Saturday, December 31, 2011

Menanti hari esok

Sekejap saja, hari ini hari terakhir dimukabumi dalam tahun masihi 2011. Adalah kot yang dok
berangan nak tido lewat malam ni sambut tahun baru. Takpe, sambutlah dengan azam baru dan
perkara-perkara yang berfaedah yang tidak melalaikan. Eloklah  bermuhasabah,  takpun pergi
ziarah sahabat andai, eratkan silaturrahim, cutikan esok...tapi jika terlintas nak 'countdown'
dengan perkara merosakkan, baik takpayah. Takde maknanya tahun baru kalau takde niat dan
azam nak berubah jadi lebih baik dari tahun-tahun sebelumnya ( ni nak ingatkan diri sendiri yang
selalu lupa dan alpa...)

2011, banyak betul kenangan dan perkara-perkara luar jangka yg berlaku pada saya. Tak
terfikir yang saya akan jadi blogger dan tulis macam-macam cerita untuk kongsi sama-sama
dengan sapa2 yang sudi nak baca (almaklum, blog biasa-biasa, kalau tak ada orang baca, sendiri
bacalah....) Dapatlah juga asah bakat menulis yang dah lama terpendam dan terendam...
...hehe... , adalah juga tempat nak lepaskan tekanan lepas seharian penat dgn kerja dan rumahtangga
( yelah tu, sebenarnya kena curi2 masa nak tulis blog sebab banyak lagi kerja-kerja yang menanti ).
Tak sangka juga  dapat ramai kawan kat alam maya ni, walau tak kenal tapi terasa kemesraannya.
Harap-haraplah tahun 2012 nanti, dapat kenal dengan ramai lagi orang baik-baik macam awak
semua yang sedang baca blog ni ......InsyaAllah

Bagaimanapun, perkara paling menggembirakan ialah dapat tutup tahun 2011 dengan program
masturat yang berlangsung di kediaman kami selama 3 hari pada cuti krismas yang lalu. sayangnya
saya tak sempat nak war-warkan kat sini sebab sibuk buat persiapan. Moga-moga akan datang
Allah beri lagi keizinanNya untuk kami jadi tuan rumah kepada insan-insan yang mahu membuat
kebaikan dan pengorbanan.

Esok....andai masih bernafas, moga Allah beri kebaikan kepada kita semua untuk jadi lebih baik
dari hari-hari sebelumnya. Esok juga, usia sudah bertambah  tua dari sebelumnya .......

Wednesday, December 21, 2011

Jangan dilupa..........

Hati seorang ibu, dia selalu inginkan yang terbaik untuk anaknya.......dia akan selalu
mencuba memberikan yang terbaik, dia sedaya upaya merencana yang baik-baik saja
untuk anaknya, dia pasti inginkan anak-anaknya hidup lebih berbahagia dari hidupnya
sendiri dan dia akan selalu berbangga dengan anak-anaknya.......


Bagaimana agaknya hati seorang ibu yang dilupakan oleh sianak ?....begitu juga,
bagaimana agaknya hati seorang anak yang dilupakan oleh siibu ?

~ Ibu-ibu ( juga bapa-bapa )....sesibuk manapun kamu, jangan lupakan anakmu

Monday, December 12, 2011

Rumahku Syurgaku

Entah mengapa........bagai hilang rasa, hilang punca, hilang idea........ingin berbicara tapi
tiada kata, mahu bercerita, tak tahu apa, mahu mengarang seperti ada yang hilang, 
banyak yg ingin dikongsi, tapi jari tak mahu menari, mahu menulis seperti biasa tapi 
kata-kata hilang entah ke mana......sesungguhnya, tanpa izin dariNya kita takkan punya
upaya, hatta mengangkat kelopak mata atau menulis walau hanya sebaris kata............


begitulah..... sangka saya di musim cuti sekolah ini, saya punya lebih banyak waktu untuk mengadap
skrin komputer, menulis segala perkara yang boleh dikongsi buat iktibar bersama tetapi rupanya
semakin sibuk pula di musim cuti ini. Yelah, sebagai pengurus rumahtangga merangkap timbalan
perdana menteri kepada en suami juga menteri tugas-tugas khas di samping menjadi ketua hakim
kepada anak-anak yang sedang membesar, sebagai motivator dan personal consultant , sesungguhnya
tugas seorang isteri dan ibu tidak pernah berhenti.

Apa lagi?.....menjadi master chef kerana di musim cuti inilah saya mengasah bakat mencuba segala
resepi yang enak untuk hidangan suami & anak-anak. Bahagianya bila penat memasak,  suami dan
anak-anak menikmati sambil memuji; " sedap...sedap....". Eh, tak pujipun takpe, bukan masak
sebab inginkan pujian, itu tanggungjawab, dan kadang-kadang saya akan jawab, " Allah yang bagi
sedap...... " atau kadang-kadangnya saya akan berkata ;" ......nabi dan para sahabat dulu , selalu
tak jumpa makanan............."
(rasa malu pada diri sendiri kerana dalam keadaan cukup makan dan pakai sekarang ini, pengorbanan
untuk agama sangat-sangat kurang, berbanding nabi dan para sahabat.........)  Oh ya, Juga tidak
ketinggalan, ada kelas masakan untuk anak perempuan saya yg berumur 10 tahun itu. Dapatlah saya mengajarnya resepi yang simple-simple sesuai dgn usianya seperti telur dadar, puding roti, ayam
goreng serai dan nasi goreng. Yalah takkan nak ajar masak opor daging (yg menjadi kegemaran kami)
pada usianya semuda itu. Jadi, siapa kata cuti sekolah  boleh duduk bersilang kaki menghabiskan cuti?
oh, tidak, tidak....jangan sangka duduk rumah saja tak buat apa-apa. Ada banyak perkara
boleh dimanfaat bersama.

Inilah masanya untuk buat SWOT analysis. Menilai semula semua kekuatan, kelemahan,
kenalpasti peluang dan ancaman yang ada. Jangan sangka menguruskan rumahtangga tidak
perlukan perancangan seperti sebuah jabatan. Hakikatnya ia jauh lebih sukar dari yang kita
jangkakan. Menguruskan manusia jauh lebih mencabar dari menguruskankan mesin dan peralatan.
Kalau tidak masakan ramai orang mencari keseronokan di luar berbanding di rumah.
Sepatutnya rumahlah dunia paling indah untuk ibu ayah dan anak-anak berkasih sayang. Rumah
adalah syurga dunia untuk kita menggapai bahagia. Apabila berada diluar, hati meronta mahu
segera pulang ke rumah bertemu ahli keluarga kerana di situ ada cinta yang mendamaikan jiwa.

Oh,  saya tidak boleh lama. Ada banyak perkara perlu dinilai semula, ada banyak perancangan
yang belum terlaksana. Moga-moga Allah permudah segala.

Ada kelapangan dan dengan izinNya, saya akan menulis semula.....

Saturday, December 10, 2011

Gerhana

malam ini gerhana bulan, jangan ada  yang gerhana di hati..................

p/s : jangan lupa solat sunat gerhana, sesungguhnya pada setiap yang terjadi, tidak
       terjadi dengan sia-sia.....

Saturday, November 26, 2011

Salam Maal Hijrah

Nampak macam mudah
dengar macam indah
tapi sebenarnya bila kita cuba nak hidupkan sunnah
bila kita berazam untuk berhijrah
untuk buang semua sifat mazmumah
gantikan dengan sifat-sifat mahmudah
ia sangat-sangat mujahadah
penuh dugaan dan susah payah
tapi kita tak boleh menyerah
tak boleh mengalah
kena cuba dan cuba lagi....istiqomah
InsyaAllah........ suatu saat Allah beri nusrah

Kepada anda semua............

Ya Allah, bantu kami......
 beri kami taufik dan hidayah
 beri kami jiwa yang sabar, hati yang tabah
 hanya padaMu kami meminta
 hanya padaMu kami berserah.......

 Selamat Tahun Baru Hijrah 1433

Wednesday, November 23, 2011

Resmi burung

Dalam banyak-banyak irama alam , antara yang saya suka dengar adalah bunyi kicauan
burung. Kalau ada burung terbang di angkasa, berkawan-kawan, terbang bebas tanpa
batasan, MasyaAllah, sangat mengujakan, semua itu bukti kehebatan dan kebesaran Allah.
Ok, mari kita contohi resmi burung, yang selalu keluar dari sarang dengan perut kosong
tetapi kembali semula dengan perut penuh berisi. Resmi burung turut menjadi perhatian
Rasulullah s.a.w seperti sabda baginda;
                  "Berangkat pada waktu pagi dalam keadaan perut kosong dan pulang
                   sebelah petang dengan perut yang penuh (kenyang)."
                                                                          (Riwayat Tarmizi dan Ibnu Majah)

Imam Ahmad bin Hambal pernah ditanya seseorang, "apa pendapat tuan mengenai orang
yang hanya duduk di rumah atau di masjid dan dia berkata, saya tidak akan mengerjakan
sesuatu sehingga rezeki datang dengan sendiri."
Imam Ahmad menjawab, " Orang itu sangat bodoh dan tidak faham mengenai agama. "

Benar, rezeki di tangan Allah bukan di tangan manusia tapi mencari rezeki yang halal itu wajib
bagi setiap umat islam.......


Monday, November 21, 2011

Bersedekahlah sebelum terlambat.....

Daripada Abu Hurairah r.a katanya , Rasulullah s.a. w bersabda;

" Setiap anggota tubuh manusia mempunyai kesempatan untuk bersedekah setiap hari,
   iaitu mendamaikan dua orang yang berbalah adalah sedekah. Menolong orang naik
   kenderaan atau menolong orang mengangkat barang ke atas kenderaan ,itupun sedekah.
   Ucapan atau tutur kata yang baik juga sedekah. Setiap langkah  menuju solat, sedekah.
   Dan menyingkirkan sesuatu yang berbahaya di jalan awam, adalah sedekah. "
   [ Sahih Muslim]


   Sedekah tidak terbatas kepada harta benda sahaja.....memberi bantuan walaupun kecil,
   hatta sekadar sekuntum senyuman juga sedekah. Demikian indahnya islam, peluang terbuka
   setiap hari untuk bersedekah, siapa kata kena tunggu jadi kaya baru boleh bersedekah,
   sesungguhnya dengan bersedekahlah rezeki akan bertambah.......

   p/s : Selamat bercuti untuk yang bercuti, tapi saya tidak boleh bercuti sepenuhnya sehingga
          semua anak murid saya selesai menduduki kertas peperiksaan Akaun pada 5 dis 2011.
          Saya masih ke sekolah   untuk menyiapkan tugasan, dan mengadakan kelas bimbingan
          percuma untuk mereka yang memerlukan pada saat-saat akhir menjelang peperiksaan.
          Moga-moga Allah menerima itu sebagai sedekah.....

Wednesday, November 16, 2011

Cinta di hati, bukan di mata.....

Dulu-dulu, waktu muda remaja
masih mentah , umurpun belasan tahun
fikiran cetek, pandanganpun masih sempit
saya ada kenal satu pakchik
saya lihat dia sayang betul pada isterinya
sampailah satu masa, isterinya jatuh sakit
dia jaga isterinya cukup baik
makan pakainya, kencing beraknya
semua diurus olehnya
dia tidak mengeluh , tidak bercerita yang buruk-buruk
(dia berbakti pada isterinya dengan setia dari mula isterinya sakit
hingga isterinya dipanggil Ilahi...)
sedang dimata saya ketika itu,
isterinya itu tiada yang istimewa
tidak cantik, biasa-biasa saja
tidak kaya, sederhana cuma
tapi saya kagum ; suaminya cukup setia
saat senang dan susah bersama
suatu hari, saya beranikan diri bertanya;
mengapa dia begitu sayang, begitu setia, begitu baik.....
begitu itu dan begitu ini .....pada isterinya.......?
diapun jawab;
"........nanti, bila kamu kawin, kamu akan tahu jawapannya......"


Kemudian, sampai masanya.....
sayapun berumahtangga, lalu saya teringat pesanannya

hari ini, sesudah berbelas tahun  saya berkeluarga
akhirnya saya faham maksud pak chik itu
dan saya temui jawapan kepada persoalan yang pernah saya tanyakan dulu
ini jawapannya;

..........Cinta dihati, bukan dimata.......

( dimata orang lain, pasangan kita mungkin tiada yang istimewa, kerana  manusia selalu   memandang
   kecantikan luaran dan kekayaan harta  sebagai pengikat kasih sayang..... realitinya, tidak semua 
   kekayaan materialistik dan kecantikan fizikal dapat menyatukan  hati, sebaliknya ia disatukan oleh 
   keikhlasan dan kerelaan untuk memberi dan menerima,  saya belajar sesuatu darinya iaitu biar bagaimana
   sekalipun pandangan orang luar terhadap  pasangan hidup kita,  biarlah, asalkan dihati kita, dia  sempurna
   dan istimewa kerana kita  yang akan hidup bersamanya......yang penting nilai agama yang ada padanya.....)


p/s : n3 sempena ulangtahun perkahwinan yang baru berlalu.....

Sunday, November 13, 2011

Selamatkan Malaysia .....(?)

Hari ini, di daerah tempat tinggal saya ini ada  pihak mengadakan perhimpunan  sebagai
bantahan terhadap kilang penuh kontroversi yang hampir siap dan akan beroperasi pada
bila-bila masa. Khabarnya risalah diedar dari rumah ke rumah. Saya tidak melihat pun risalah
itu, rasanya tidak diedarkan di kawasan perumahan tempat tinggal saya, dan dalam Buletin
Utama malam tadi, beberapa pihak lain membuat laporan polis sebagai respon terhadap
perhimpunan tersebut yang dipercayai bertujuan meracuni pemikiran rakyat.
Perhimpunan akan diadakan di kawasan rekreasi yang agak terkenal di sini iaitu di Taman Gelora
Erm... Sudah lama saya dan keluarga tidak ke sana.

Sekalipun rumah saya dan Taman Gelora itu jaraknya cuma 15 kilometer, saya tidak berminat
pun untuk menyertai perhimpunan tersebut. Ada banyak komitmen lain yang perlu saya bereskan
pada hari minggu ini seperti bersama keluarga (yg tentunya lebih penting dari perhimpunan lain....),
membuat operasi rumah yang tertangguh lantaran kesibukan tugas2 seharian selain kerja-kerja
sekolah saya pun masih banyak yang belum dibereskan. Dan paling penting, setiap hari minggu
di Kuantan ini, ada program agama untuk wanita , program tertutup , cuma 2 jam, bermula jam
10 pagi hingga 12 tengahari, pengisiannya tentang peranan dan tanggungjawab wanita terhadap
keluarga dan ummah. Tiada risalah, tiada promosi, tapi program  tersebut telah lama diadakan
sebagai wadah menimba ilmu fadhail amal. Saya lebih berminat ke program tersebut......selalunya
bila saya pulang dari program yang singkat itu, semangat saya untuk beramal akan sedikit
meningkat. Maklumlah akhir zaman ini, iman selalu turun naik, jadi kena cari pembakar semangat
untuk dapatkan kekuatan.

Sebenarnya, bila saya tahu ada perhimpunan tersebut, ada satu rasa sedih menyelinap di hati.
Mengapa? Yelah, kita berhimpun untuk menyelamatkan Malaysia dari bahaya radiasi tapi
berapa ramai dari kita berusaha menyelamatkan akidah anak-anak muda yang semakin goyah.
Kita bimbang dengan pencemaran udara dan bermacam lagi pencemaran alam sekitar tapi
entah berapa kerat sangat yang sensitif  dengan pencemaran akhlak dan sosial yang semakin
berleluasa  di kalangan remaja ? Tengok saja semasa   Himpunan Sejuta Ummat yang pernah
diadakan tidak lama dahulu. Berapa ramai yang hadir ? Sekalipun percuma, jumlah yang hadir
cuma 5000, ia jauh lebih kecil jika dibandingkan dengan bilangan penonton yang hadir untuk
menonton perlawanan bola sepak sekalipun terpaksa membeli tiket yang boleh tahan juga harganya.
Tapi tak mengapalah, hidup adalah pilihan, kita berhak memilih apa yang kita suka. Jangan paksa
orang buat apa yang mereka tak suka.

Sebelum terlupa, Taman Gelora iaitu tempat perhimpunan itu diadakan adalah salah satu pantai
menarik untuk berjogging di waktu pagi. Keindahan pantainya membuatkan ia agak terkenal
sebagai tempat rekreasi, aktiviti kelab atau persatuan, mahupun aktiviti perkhemahan.
Malangnya di sebelah malam ia dijadikan pot oleh anak2 muda yang berdarah panas untuk
memadu kasih sekalipun mereka belum sah sebagai suami isteri. Sedihnya, kebanyakan pasangan
tersebut berbangsa Melayu dan beragama Islam. Antara pencemaran alam sekitar dan pencemaran
akhlak, mana lebih bahaya ?

Jangan cakap saya tidak sayangkan Malaysia kerana tidak menyertai perhimpunan tersebut.
Saya sayangkan negara saya tapi saya percaya kekuatan dan kemajuan sesebuah  negara
sangat bergantung kepada kekuatan jiwa para belianya. Belia yang kuat mesti ada jati diri
yang kukuh untuk menangkis semua cabaran dan ujian yang semakin hebat. Bagaimana mereka
mahu menjadi belia yang kuat kalau  jiwa mereka kosong dari pegangan agama......? Selamatkah
negara jika akhlak para belianya lintang pukang dan akidahnya goyang ?

Maaf, ini cuma pendapat peribadi saya.....Selamatkan Malaysia, Selamatkan anak muda kita....
bagaimana caranya?.....kembali kepada agama........

Wednesday, November 9, 2011

Korban

~  Korbankan harta.................. jangan  terkorban kerana harta
~  Korbankan masa.................. jangan terkorban dilalai masa
~  Korbankan tenaga.............. . jangan terkorban tanpa tenaga
~  Korbankan perasaan ........... jangan terkorban dibuai perasaan
~  Korbankan cinta ........... ...... jangan terkorban diperdaya cinta
~  Korbankan segala-gala......... jangan terkorban kerana mengejar segala-gala


Cuba fikirkan....... selama kita hidup ini, benarkah kita telah melakukan pengorbanan
yang benar-benar boleh dianggap pengorbanan...........? Benarkah kita berkorban untuk
orang lain atau orang lain yang sebenarnya berkorban untuk kita ? Apa sebenarnya pergorbanan
menurut pengertian anda....?

             

Thursday, November 3, 2011

Keajaiban di Mekah; Allah menurut sangkaan hambaNya....

Sedar tak sedar dah tiba musim haji, yang terpilih ke sana tentu tak sabar nak tunggu saat
wukuf di Arafah. Menghitung hari barangkali.  Yang dah pernah pergi pasti teringat kenangan
manis di sana, mesti berazam nak pergi lagi kan?. Tak pernah dengar orang yang dah pergi
rasa serik nak datang semula. Bila tengok orang pergi haji, saya akan selalu teringat kenangan
di sana sewaktu saya dan suami dipilih Allah menjadi tetamuNya tahun 2005. Dah lama rupanya.
Jam besar yang dibina oleh anak Malaysia itu pun belum ada lagi masa tu.

Walaupun dah lama tapi semua kenangan manis disana  kekal terpahat sampai bila-bila.
Bila dah jejak kaki ke Tanah Haram, barulah faham mengapa orang2 yg dah pergi selalu pesan,
pergilah semasa muda, tenaga masih kuat, senang nak bergerak ke mana-mana, rupa-rupanya
bila kita buat kerja haji, kena guna banyak tenaga fizikal. Bermula dari hari berangkat ke Jeddah
hingga ke Mekah, perjalanannya meguji erti sabar dan redha. Dan sepanjang disana, ke mana-mana
jalan kaki,berbeza sungguh masa kat Malaysia, sikit2 naik kereta, pergi kedai dekat rumah pun nak
naik kereta, manja betul !  Tapi masa di Mekah pakat jalan kaki saja, kecuali ke tempat yang jauh
seperti melawat ladang kurma, kilang kelambu kaabah , muzium, Jabal Rahmah, dan banyak
lagilah tempat lain. Syukur Alhamdulillah, Allah sampaikan hajat kami  untuk jadi tetamuNya pada
ketika masih sihat bertenaga, perasan muda masa tu.....


40 hari di sana terasa sekejap sangat. Setiap masa penuh dengan aktiviti ibadah, tiap-tiap pagi
sebelum subuh dah jalan kaki dari hotel tempat kami menginap ke Masjidil Haram, (800 meter
jaraknya), ramai-ramai jalan kaki , meriahnya....,  nikmat yang tak terucap dapat ke masjid
setiap pagi dalam cuaca sejuk di bumi yang diberkati. Tak rasa penatpun. Bahagianya, hanya
Allah yg tahu. Ketika pertama kali masuk dalam Masjidil Haram dan nampak Kaabah, rasa
syahdu sangat, betul-betul rasa kerdil, rasa diri takde apa-apa, betul2 rasa macam hamba,
airmata mengalir tiba-tiba,  dengan kasih sayang Allah, Dia pilih untuk jadi tetamuNya walau diri
penuh dosa, dan bila tengok lautan manusia yang membanjiri dan memenuhi setiap inci ruang di
masjid tu, SubhanaAllah...........tak terucap dengan kata-kata.......

Mekah juga bumi kasih sayang . Masa di sanalah dapat tengok suami isteri lepas solat jalan
berpimpin tangan, walaupun dah berusia. Perkara biasa keluar dari masjid  on the way balik
ke hotel, singgah beli ais krim dan makan sama-sama. Romantiknya..........!

Mekah memang bumi yang baroqah, bumi di mana doa sangat mudah dimakbulkan walau
hanya sebaris kata. Ada satu kali, lepas isyak masa dalam masjid saya bisik kat kawan
sebelah, roommate saya ; tak pernah rasa solat di bumbung masjid, teringin juga......
esoknya, semasa solat subuh , saya terlewat sikit, semua ruang di tingkat bawah  penuh,
petugas arahkan kami naik tangga ke tingkat atas, naik punya naik,  pagi itu, saya solat subuh
di bumbung masjid, .....baru semalam bercakap, hari ini Allah bagi cash......SubhanaAllah !

Juga ada satu peristiwa yg takkan saya lupa sampai bila-bila.....

Suatu hari, lepas solat asar kalau tak silap, on the way balik hotel, saya singgah satu kedai,
teringin nak beli bekas air zamzam yg mak kirim suruh beli warna emas. Saya beritahu pekerja
kedai tu, saya mahu 2, satu warna emas, satu warna perak. Pekerja itu pun ambil dan bungkus
sementara saya melilau tgk barang2 lain dlm kedai tu. Bila dah siap, balik ke hotel, melangkah je
masuk ke bilik, hati  tiba-tiba berdetik; "betulke dia ambil warna emas, entah-entah dua warna
perak........"  Saya tak tengok masa dikedai tadi. Nak tahu apa jadi lepas tu? Saya pun buka kotak
tu........SubhanaAllah..... memang sah dua2 warna perak....! Sayapun dok termenung dan fikir balik
masa saya ambil barang ni dan nak bayar pekerja kedai tu ada beritahu ; "satu warna emas, satu
warna perak......"  Memang betullah dia ambil ikut apa yg saya nak, cepat2 saya tengok spesifikasi
yg tertulis diluar kotak, satu kotak ditandakan (/) pada warna emas dan satu lagi (/) pada warna perak. Takkan pekerja tu tersalah masuk pulak !

Maksudnya, dua bekas air zamzam yg saya beli itu, mmg asalnya satu berwarna emas, satu berwarna
perak tapi kerana saya telah secara tiba-tiba terdetik sesuatu di dalam hati , Allah memperlihatkan
kehebatanNya, keajaiban yang berlaku didepan mata........  petunjuk diluar kotak jelas menunjukkan
satu daripada teko itu berwarna emas, tapi kenapa bila dibuka dua2 warna perak ? Nampak macam mustahilkan?  Tiada yg mustahil dengan kuasa Allah, Dia nak tunjukkan pd saya, bagaimana sangkaan
buruk  tadi telah benar2 berlaku. Bukankah Allah ada beritahu; Aku mengikut sangkaan hamba2Ku....Pengajaran yg saya ingat sampai bila2, sampai sekarang  naluri saya tetap mengatakan
satu daripada bekas air zam-zam itu memang asalnya berwarna emas....... tulah, lain kali, berhati-hati,
jangan mudah fikir yg bukan2......

                                                gambar hiasan ; asalnya nak warna emas.......                                     

.....rindunya mahu kembali semula ke sana......doa, doa moga Allah pilih lagi.......InsyaAllah......

Sunday, October 30, 2011

Puisi untuk anak-anak.....

 Wahai anak
  Dengar..........

Bertaqwalah kamu kepada Allah
kerana itu akan membawa seluruh dunia kepadamu

Cintailah Rasulullah
kerana itu akan membuat dunia lihat lebih hebat dari kamu

Bacalah Alquran
kerana itu akan menjadi teman buat kamu

Banyakkan Selawat
kerana itu akan membuat Rasulullah cinta kepada kamu

Ikhlaskan dirimu
sabarlah kamu
Istiqomahkan dirimu

kerana
kata Rasulullah
Bagi Allah itu ada ahlinya,
dan Ahli Allah adalah Hamlatul Quran, itu adalah kamu
kamu dalam usaha menjadi ahli Allah
Jangan kamu tergamak mengundang benci Allah
Jangan kamu selesa di dalam murka Allah

Kerana,
Allah itu adalah Allah
Tiada tuhan melainkan Allah
Azab Allah sangat dasyat

Wahai anak
dengar......
kamu anak-anak yang hebat
kamu anak-anak yang kuat
kuat semangat
banyak selawat
tingkatkan zikir munajat
pohon ampun doa dipanjat
Buat Allah, tuhan alam sejagat

by;
Don Daniyal Don Biyazid

p/s : Puisi copy paste dari blog ustaz muda yg sedang popular di TV Al-Hjirah; saja nak
       share kami sekeluarga suka sgt2 rancangan kendalian 30 minit bersama ustaz Don.
       Puisi itu, mesejnya saya suka, sgt mendalam maksudnya........
     

Friday, October 28, 2011

bersabarlah.....dan teruskanlah hidup

Lumrah hidup ini, tidak selalu indah dan menyenangkan. Selalu ada awan gelap melitupi
langit yang cerah dan seringpula hujan turun tiba-tiba dikala hari panas terik membakar
bumi. Begitu juga dalam kehidupan berumahtangga, tidak semua isteri atau suami bernasib
baik beroleh pasangan yang menghiburkan. Ada ramai yang hidup bahagia , namun tak
kurang yang berendam airmata. Sebenarnya, ujian dan cabaran adalah mainan kehidupan.
Ia tanda cinta  Allah untuk melihat kesabaran manusia menempuh segala dugaan. Bukankah
hidup satu perjuangan, dalam perjuangan perlu ada kesungguhan, keyakinan, jua kesakitan
yg mematangkan  fikiran dan menambah pengalaman.

Kerana perkahwinan umpama satu pelayaran, tidak semua berjaya sampai ke pulau
perhentian kerana apabila dilambung ombak dan dihempas badai,pasti ada bahtera yang
tenggelam atau hancur berkecai. Kepada sahabat yang diuji dengan kegagalan dalam
perkahwinan, kepadamu ingin ku berpesan; bersabarlah...........dan teruskanlah hidup.
Menangislah semahunya dan kemudian kumpullah semula kekuatan untuk melangkah
ke hadapan. Yakin dan percayalah, Allah tidak pernah berlaku zalim kepada hamba
hambaNya. Betapa disebaliknya semua ujian itu, pasti ada hikmah yang tersembunyi
buatmu, yang mungkin tidak kau rasai pada hari ini tapi akan kau temui juga bila tiba
saatnya nanti.

Benar, tiada siapa yang mahu pelamin hidupnya musnah dilanda taufan sengketa tapi
siapa kita untuk menolak takdir yang telah tertulis. Selepas semua jalan perdamaian
yang kau usahakan menemui jalan buntu, barangkali perpisahan itulah yang terbaik.
Lebih baik jauh yang mendamaikan dari dekat yang menyakitkan. Sungguhlah cerai
itu perkara halal paling dibenci Allah tapi apabila kau terpaksa jua menempuhinya,
tiada yang dapat membantumu selain sabar, kerana sabar itu indah dan Allah sentiasa
bersama orang-orang yang sabar...............

Dalam kesedihanmu, barangkali bait-bait kata ini dapat membantu;


Sahabatku, pandanglah ke depan, jalan terbentang luas, sekali kita gagal, bukan bererti
kita akan gagal selama-lamanya kerana kegagalan yg sebenar adalah apabila kita tidak
dapat taat perintah Allah dan ikut sunnah Rasulullah s.a.w.

Ranjau hidup adalah ujian yg menghidup jiwa......Jangan bersedih........teruskanlah hidupmu

Tuesday, October 25, 2011

Cinta

"Daripada Abu Muslim al khaulani daripada Mu'az bin Jabal r.a, ia berkata : "Aku
  Mendengar Rasulullah s.a.w menceritakan daripada tuhannya dengan sabdanya :
  Orang yang bercinta kerana Allah berada diatas mimbar daripada cahaya dalam
  naungan Arasy pada hari yang tiada naungan kecuali naungannya. "

 Abu Muslim menyambung, "Kemudian aku keluar bertemu Ubadah b Samit, lalu
 aku menyebutkan kepadanya hadis Mu'az bin Jabal, maka ia menyatakan :

 'Aku mendengar Rasulullah s.a.w menceritakan daripada tuhannya yang berfirman:
 " CintaKu berhak untuk orang yang bercinta keranaKu, cintaKu berhak untuk
  orang yang saling tolong-menolong keranaKu dan cintaKu berhak untuk orang yang
  saling berkunjung keranaKu. Orang yang bercinta kerana Allah berada diatas mimbar
  daripada cahaya dlm naungan Arasy pada hari yg tiada naungan kecuali naunganNya"
                                                                                                        [Riwayat Ahmad]

Cinta itu indah. Ia hadiah atau anugerah dari Pencipta Yang Maha Indah. Cinta yang
sebenar bersifat mahal dan tidak murah kerana untuk mendapatkannya ia perlu usaha
berterusan dan mujahadah. Namun ingatlah, cinta bukan segala-gala, cinta hanyalah
perantaraan untuk kita mendekatkan diri kepada yang Maha Esa. Cinta manusia adalah
amanah, jangan khianati dengan maksiat dan dosa yang tak sudah-sudah.

Hari ini, kerana memburu cinta manusia, ramai yang terlupa mencari cintaNya, kerana
menagih janji dalam bercinta, ramai menggadai jiwa dan raga, hingga membunuh nyawa
sikecil yang tak berdosa.......

Cinta sejati perlu diuji, hanya yang berjaya menempuhnya akan beroleh kemanisan dihati
Fikir-fikirkan............

Selamat bercinta................!

Saturday, October 22, 2011

Sembang-sembang : wanita hari ini

Kiah, Peah dan Joyah bersahabat baik. Mereka selalu bertemu utk membincangkan isu2
semasa. Satu hari, mereka mengadakan forum perdana dirumah Kiah. Moh kita dengar isi
perbualan mereka.....

Kiah : untunglah kau Peah, kau takyah keje, duduk rumah goyang kakipun, cukup bulan
          dapat upah dari suami. Aku hari2 kena pergi kerja, pergi pagi balik petang, dapat
          gaji bayar hutang, nak harap laki aku kerja sorang, dapat makan ikan kering ngan
          ikan bilis jelah hari2

Peah  : Untung kata kau ! hei....ko lagi untung tau, cukup bulan dapat gaji, pegang duit
            sendiri, boleh beli barang apa kau nak. Aku kena mintak baru dapat, ko ingat
            senang ke nak dapat duit orang, cam pengemis tau !

Kiah  :  Suami  ko kerja pangkat besar, gaji ribu riban, takkan dia tak nak bagi, lainlah
            macam aku, laki aku gaji kecik, aku jeles tau tengok ko, takyah belajo tinggi2
            tapi dapat suami boleh tanggung serba serbi

Peah :  Apalah ko ni, patutnya aku yg jeles kat kau, kau ramai kawan, walaupun kau keje
            tapi laki kau rajin tolong kau buat keje rumah , tak macam aku, semua benda
            kat rumah tu aku kena buat, mentang2lah aku ni suri rumah.

Kiah :   Memanglah kau yg kena buat sebab kau duduk kat rumah, dia sibuk kat pejabat.
            Kalau kaupun malas nak buat, apa ke jadahnya kau duduk kat rumah 24 jam?
            Macam aku ni, kenalah dia tolong aku, sama2 penat cari duit, sama2lah buat kerja
            rumah, aku mana ada bibik...

Peah  :  Tapi aku nak suami yg ada ciri2 macam laki kau. Walaupun gaji kecik, tapi dia
            hormat kau, tolong kau buat kerja rumah, tak macam aku, laki aku ego, mentang2lah
            dia bos kat pejabat, balik rumahpun dia dok mengarah aku je


Kiah  : Aku lak, selalu berangan nak laki kaya cam suami ko, kurang2 aku takyah penat2
           keje, kau ingat aku suka ke bawak kete hari-hari, pagi2 buta tekan minyak, masuk
           gear, pecut macam nak masuk F(1) sebab nk sampai cepat ke pejabat, silap2
           haribulan, tak sempat pencen aku dah jalan

(Joyah yg sedari tadi mendiamkan diri menyampuk.....)

Joyah : Apalah korang ni, tak tahu bersyukur langsung. Cuba tengok aku, lagi kesian, aku
           dahlah ibu tunggal, takde suami, kena kerja lagi cari rezeki, ada masalah ke apa ke
           kena  tanggung sorang2, korang ada juga tempat nak bercerita, mintak pendapat ke...

Kiah   : kaupun untung juga, kurang2 kau nak g mana2 takyah mintak izin suami, boleh buat
            keputusan sendiri, tak macam kami, nak g mana2 kena mintak izin dulu, kalau dia tak
            bagi, terpaksa ikut juga walaupun dalam hati rasa berbuku je.....

Joyah : Pulak...! Eh, payah2 sangat kau bagi jelah laki kau tu kat aku, habis cerita....

Peah  : Kau biar betul Joyah, ada bermalam kat hospital malam ni kang.....!

( Mat Bon, anak Kiah yang baru2 belajar nak kenal dunia dan sedari tadi memerhati
  gelagat wanita2 harapan negara tu hanya mampu mengeleng2kan kepala sambil berkata
  di dalam hati; patutlah nabi kata perempuan ramai masuk neraka )

AMARAN :CERITA REKAAN SAHAJA ! TIADA KENA MENGENA DENGAN YANG
                   MASIH HIDUP ATAU YANG BARU DIKEBUMI....
         
 

Thursday, October 20, 2011

Kisah seorang anak

Isnin lepas, sewaktu perhimpunan mingguan, pengetua sekolah  telah memanggil 3 orang
pelajar tingkatan 5 naik ke pentas untuk diperkenalkan sebagai pelajar harapan sekolah
yang diharapkan boleh menjadi contoh dan inspirasi kepada pelajar lain untuk berjaya
dalam SPM yang akan tiba tidak lama lagi. Di antara 3 orang itu, salah seorang darinya
menarik perhatian kami, guru-guru untuk bercakap tentangnya kerana kisah hidupnya
menyimpan cerita tersendiri dan sangat menyentuh hati ;

Dia  pelajar pendiam namun  rajin membantu guru selain memiliki sikap yang 
menyenangkan serta tidak sombong . Dalam kelasnya, dia antara pelajar lelaki yang
menyerlah. Awalnya tidak ada yang tahu kisah hidupnya, namun apabila keputusan
peperiksaannya merosot sejak akhir2 ini ,guru kelasnya dan guru-guru lain yang 
mengajarnya  mula curiga dan  mencari punca kepada kemerosotannya. Dari situ, 
dia  membuka cerita,( rela dalam terpaksa) kerana sekurang-kurangnya guru2 tahu
duduk perkara yg sebenar ,katanya ; Saya tinggal dengan ayah tiri (bekas) selepas ayah
tiri dan ibu  berpisah. Ibu dan ayah kandung saya pula sudah lama bercerai, kemudian 
ibu kawin lain dan kami mendapat ayah tiri warga seberang. Malangnya, perkahwinan
itu tidak kekal lama, mereka berpisah dan ibu kawin lain lalu pindah mengikut suami.
Tinggallah kami, dengan bekas ayah tiri, yang sangat panas baran namun masih punya
belas ehsan untuk membenarkan kami tinggal bersamanya tapi dengan syarat kami harus
mengurus segala-galanya sendiri seperti  makan pakai, urusan sekolah dan lain-lain. 
Bak kata pandai-pandailah nak hidup.......
Sebagai anak lelaki yang paling besar, saya menguruskan segala-galanya, memasak 
untuk adik-adik, mengemas rumah, membasuh malah apa saja yang perlu dibereskan 
di rumah itu, dan tidak boleh melakukan perkara yg boleh menimbulkan kemarahan ayah 
tiri kerana silap sikit saja  kami akan dipukul . Sebenarnya,rumah itu bukanlah syurga bagi
kami tapi kerana tiada pilihan lain, segalanya harus dihadapi dengan tabah. Kami tidak 
boleh banyak kerenah lebih2 lagi saya yg akan menghadapi peperiksaan SPM tak lama lagi. Sekurang2nya bekas ayah tiri masih bertimbangrasa tidak menghalau kami keluar dari 
rumah sedang hakikatnya kami bukanlah darah dagingnya. Kami cumalah bekas anak 
tirinya...........


Begitulah lebih kurang kisah hidupnya. Sungguh menyedihkan kerana mereka kehilangan
kasih sayang dan perhatian angkara perceraian.

Sangat menghairankan juga bagaimana sang ayah dan ibu boleh melupakan anak-anak
begitu saja selepas berpisah. Terlalu marah barangkali kepada pasangan hingga anak-anak
menjadi mangsa, sedangkan mereka itu langsung tidak bersalah malahan bijak dan mampu
untuk pergi lebih jauh jika diberi peluang, rangsangan dan kasih sayang. Maha Besar
Allah Yang Maha Pengasih yang memberikan kebijaksanaan dan ketabahan kepada pelajar
tersebut untuk bertahan mencari ilmu dalam serba kepayahan. Kami semua berdoa agar dia
kuat dan tidak  patah semangat sekalipun riak di wajahnya kadang2 seperti menanggung beban
yang berat.

Sebagai guru, saya tidak begitu terkilan seandainya dia kurang cemerlang berbanding
pelajar lain (kerana tekanan yg ditempuhnya), tapi saya (mungkin juga guru2 lain) akan
sangat-sangat terkilan jika kerana kepincangan keluarganya itu, dia akhirnya tersilap
memilih kawan, tersalah jalan hingga hilang pertimbangan untuk menjadi contoh terbaik
kepada adik-adiknya yang masih mengharapkan bimbingan. Moga-moga Allah melindunginya
dari pekara2 yg buruk.

Ketika mula2 mendengar kisahnya, sungguh kerkejut  apabila mengetahui bagaimana
dia melakukan semua kerja2 rumah (sedang  perempuan pun ada yg malas !) ,
sambil meneruskan tanggungjawabnya belajar tanpa jemu. Sungguh ! kami kagum dengan
ketabahannya, dialah ayah , dialah ibu, dalam usia remajanya , dia memikul tanggungjawab
yang bukan sedikit. Dalam seribu satu ujian hidup yang ditempuhnya, banyak kali juga kami
dapat melihat senyumannya.........
Berapa ramai orang boleh bertahan dalam keadaan sepertinya ?


( ......suatu hari, dia berkata kepada gurunya; cikgu, saya tak dapat hadir ke kelas petang
  ini, saya mahu ke bandar bertemu ibu, dah lama  saya tak jumpa ibu......)

dapatkah anda selami perasaan si anak itu ?

oleh itu, bersyukurlah jika anda punya keluarga bahagia kerana diluar sana masih ramai insan2 yg 
dahagakan kasih sayang.........

Saturday, October 15, 2011

Nilai kita

"Sebotol kicap mungkin berharga RM2.20 sebotol kerana nilai kicap itu,
  jika botol yang sama diisi dengan madu harganya mungkin RM60 sebotol.
  Botol itu akan menjadi RM300 jika didalamnya terkandung minyak wangi.
  Begitu juga nilai diri kita adalah bergantung kepada kuantiti dan kualiti
  taqwa yang ada dalam jiwa kita. Kalaulah kebesaran dunia yang kita agung-
  agungkan maka tiada nilai kita disisi Allah SWT. "

  ~ petikan kata2 dari sebuah majalah  Islamik.

  Kesimpulannya ; terpulanglah kepada kita, pilihlah sama ada mahu menjadi
                            kicap, madu atau minyak wangi.....................

Monday, October 10, 2011

Mari berdoa....

Sabda Nabi s.a.w ;
                              "Tiga doa yang pasti dimakbulkan Allah, iaitu doa seorang bapa (dan ibu)
                                terhadap anaknya , doa orang yang bermusafir dan doa orang yang
                                dizalimi. "                          
                                                               [Riwayat Abu Daud, Al Tirmizi dan Ibn Majah]


Allah memberikan keistimewaan kepada golongan ini dimana doa mereka tidak terhijab
iaitu ;

~ Doa ibubapa kepada anak-anak
~ Doa anak yang soleh
~ Doa orang yang teraniaya
~ Doa orang yang berada dalam kesusahan
~ Doa seorang sahabat kepada sahabatnya
   dlm keadaan sahabatnya tidak mengetahui
~ Doa orang yang dalam musafir
~ Doa orang yang berpuasa
~ Doa pemimpin yang adil

Mari amalkan;

Doa utk dapat jodoh Surah An Nahl (ayat 72)
                                      Surah Ar Ruum (ayat 21)
                                      Surah Toha , (ayat   131 & 132)

Doa utk dapat zuriat : Surah Al Anbiya , (ayat 89)
                                     Surah Al Furqan (ayat 74)
                                     Surah Ali Imran (ayat 38)

Doa agar anak taat perintah Allah: Surah Al Baqarah (ayat 128)

Doa agar anak pandai belajar : Surah Al Anbiya (ayat 79)

Doa agar anak lembut hati ;  Surah Al Anbiya (ayat 69)
                                                 Surah Toha (ayat 1 - 5)

Doa agar anak kerjakan solat ;     Surah Ibrahim (ayat 40-41)
                                   

Marilah berdoa......kerana sesungguhnya Allah Maha Mendengar.....

Saturday, October 8, 2011

maaf ya pak....

Pak menteri, terima kasih ya.....kerana hujung tahun ini simpanan saya akan sedikit bertambah
dari sebelumnya dan barangkali tahun depan gaji saya akan meningkat lebih banyak dari tahun
ini, juga harap-harap  jawatan saya bisa dinaikkan ke gred yang lebih tinggi.........(syukur,
Alhamdulillah.....) saya janji pak, saya akan kerja lebih baik, lebih bagus dari sebelumnya tapi
bukan kerana janji bapak itu.....tapi kerana memang dalam bekerja harus ada tanggungjawab,
ketekunan dan kesungguhan.  Bukankah Allah suka hamba-hambaNya yang melakukan sesuatu
dengan penuh kesungguhan. Seandainya bapak tidak memberipun saya akan tetap akan kerja
sepenuh hati, separuh mati....


Saya gembira sekali, bapak ingat pada kami......

Tapi pak, ada satu hal yang buat saya tidak gembira , maaf ya pak,  saya tidak mahu kerja
sampei usia saya 60. Saya baru berkira-kira mahu bersara awal sebelum berumur 58 tapi
bapak sudah wajibkan saya kerja lebih dari itu. Aduh.......gi mana ni? Sebentar tadi saya
mikirin gi mana saya bisa naik tangga tingkat 4 setiap hari pada usia sebegitu ? Atau apakah
kanta mata saya akan semakin tebal untuk melihat tulisan di papan putih, oh....mungkin saya
harus mengambil lebih  vitamin dan supplement mulai sekarang. Moga-moga suara saya masih
bisa jelas kedengaran di cuping telinga anak-anak murid saya yang sentiasa cergas dan bertenaga.

Tapi bapak ngak usah khuatir, sementara ini saya akan terus jalankan tugas saya sebaiknya.
Sedaya upaya saya akan membantu mereka anak-anak bangsa kita untuk menjadi manusia
yang berguna kepada agama, bangsa dan negara. Sebentar tadi juga, sebelum menulis surat
ini, saya sedang memerah otak merangka program-program akhir yang boleh saya lakukan
untuk mereka sebelum peperiksaan bermula 37 hari dari sekarang. Sementara punya
kesempatan ini, saya akan mencuba yang terbaik.

Pak, sebetulnya saya mahu istirehat lebih awal, sebelum angka 60 itu tiba. Orang lain
mungkin tidak apa-apa, tapi saya enggak mahu. Andai saya masih bisa hidup ketika itu, saya
mahu sama suami keliling kota, pusing dunia, sesekali bermain dengan cucu-cucu yang sedang
membesar. Saya kira, bukan lagi masa untuk saya terlalu mengejar dunia. Harap bapak
tidak salah faham sama saya. Itu saja.

Mohon permisi pak.




Thursday, October 6, 2011

Anda tahan dengar leteran?

Ada org tanya saya; mengapa  perempuan suka berleter?
Saya pun jawab dgn penuh  yakin, sebab;

pertama;  perempuan suka berfikir. Bila byk berfikir idea byk dtg, bila dtg idea
               takkan nak biarkan saja, mestilah kita akan zahirkan dlm bentuk kata-kata.

kedua;     perempuan spesis yg peka (bukan pekak ye..) Bila peka mereka mudah nampak
               apa yg tak kena. Bila ada yg tak kena mereka akan tegur, takkan nak diamkan saja.

Ketiga;   perempuan penuh sifat kasih sayang.Orang takkan tahu kita kasih atau sayang pada
              seseorang kalau kita membisu seribu bahasa. Jadi jalan terbaik ialah meluahkannya.
              Leteran juga satu bentuk pernyataan kasih sayang.....err, maksudnya di sini ialah
              leteran yang bersifat membina, bukan menghina.............

Alahai.....sekali-kali kena leter, takkan tak boleh kot, kuatkanlah semangat tu, sahabat nabi,
Saidina Umar yg garang tu (punyalah garang sampai iblis pun takut) pun boleh bersabar
waktu isteri dia berleter, dia tak jawabpun diam saja , disitu terletak kebijaksanaannya,
(garang-garang Saidina Umar pun, masih ada taman dalam hati....)

Seorang suami yang berdiam diri ketika isteri berleter bukan bererti dia takut kepada
isterinya dan kekuatan seorang suami sebenarnya bukanlah terletak kepada sekuat mana
dia berjaya mematahkan tulang rusuk isterinya atau melebamkan biji mata isterinya tetapi
kekuatannya terletak kepada sekuat mana dia menahan telinganya dengan leteran isterinya.
Setuju? Tak setuju tak mengapa.

(lain kali kalau  kena leter dgn mak atau isteri ke, cuba pergi peluk mak/isteri tu dan dan tu
 juga, mesti tak jadi dia nak berleter.....trylh kalau tak caya.....)

Sekian.

p/s: isteri kalau nak berleterpun agak2lah, kalau kawan tu baru balik kerja, penat-penat
      takkan terus nak berleter kot.....pandai2lah, kan dah  pesan ari tu jangan buat suami
      marah.....

Monday, October 3, 2011

Rindu....

Entah mengapa malam ini
ada rindu mengusik hati
sepi malam yang suram
di luar hujan turun......
menyimbah bumi
di dalam ada rindu
yang tak pernah mati

Sungguh........sesekali ada resah
sesekali bertandang jua
mimpi yang indah



Tuhan...........
kupanjatkan doa
di manapun dia berada
lindungi dia dengan rahmatMu

kata orang;
........sayang isteri tinggal-tinggalkan............





Sunday, October 2, 2011

Berbicaralah tapi jangan.........

Berbicaralah tapi jangan melampaui batas...............

Menurut Imam al-Ghazali, tanda-tanda lidah yang kotor adalah :

~ berkata-kata yg tidak berfaedah
~ berlebih-lebihan apabila bercakap
~ suka bercakap perkara batil
~ suka memaki hamun
~ suka bertikam lidah/bertengkar
~ suka mengumpat
~ mencari-cari kesilapan orang lain
~ bergurau senda secara berlebih-lebihan
~ suka menghina/ mengejek/ membuka keaiban orang lain
~ bersumpah palsu
~ memuji bukan pada tempatnya @ mengampu


[p/s ; secara jujurnya ada waktu2nya tak mampu menahan hati dari merasa jengkel
        apabila berhadapan dengan insan-insan yg 'over' dlm berkata-kata.........
        Astagfirullah hal 'azim.......ampun ya Allah, ampun ............]

Wednesday, September 28, 2011

buat lelaki yang bergelar suami........

Sedikit pesan kepada lelaki samada yang sudah berkahwin, yang baru berkahwin,
yang belum berkahwin atau yang akan berkahwin :

Di saat anda melafazkan "aku terima nikahnya......", ingatlah :

~ isterimu itu perlu dikasihi, bukan dikasari
~ isterimu itu perlu disayangi, bukan disakiti
~ isterimu itu perlu dihargai, bukan dikhianati
~ isterimu itu perlu dihormati, bukan dipijak sesuka hati
~ isterimu itu perlu dilindungi, bukan dibelasah kalau tak puas hati
~ isterimu itu perlu dididik, bukan untuk ditengking herdik
~ isterimu itu perlu diingatkan tapi bukan dengan ugutan
~ isterimu itu AMANAH, bukan untuk disumpah seranah

berilah dia cinta yang ikhlas, dia akan berbakti kepadamu tanpa mohon dibalas
berilah dia kasih dan sayang, dia akan bersamamu di saat susah dan senang
berilah dia penghargaan, dia akan memberimu penghormatan
berilah dia bahagia , dia akan berusaha membuatkan kamu gembira
berilah dia hak yang sepatutnya, pasti rezekimu berganda-ganda
berilah dia DIDIKAN AGAMA, dia akan membawamu ke SYURGA

Wanita yang kamu nikahi itu..... lembut hatinya
janganlah keegoanmu menyebabkan isterimu berubah perilaku
andai kau menjaganya dengan penuh wibawa
dia akan bersamamu hingga ke hujung nyawa.....

berkahwin itu sunnah, mahligai kasih yang indah
ada waktu tergigit lidah......
mengadulah kepadaNya segala resah dan gundah
jangan jadikan isterimu tempat melepas segala masalah
diapun manusia biasa......rapuh dan lemah.......
Engkaulah penguatnya......tapi bila kau biarkan dia tanpa arah
tanpa bimbingan, tanpa didikan, yang kau tahu cuma memerintah
bagaimana dia dapat menjadi isteri yang setia?
sedang engkau terlalu ego untuk melihat ke dalam matanya
berkongsi segala duka dan lara dihatinya
akhirnya, jadilah dia isteri yang dendamnya sentiasa membara
kelak mahligaimu  bertukar menjadi neraka dunia

Duhai lelaki ibarat mentari
jadilah dikau kekasih sejati, suami mithali
tawan hatinya dengan wibawa seorang menteri
didik isterimu seikhlas hati penuh berseni
pimpin tangannya, tunjukkan jalan yg diredhai
percayalah........dia kan taat berbakti seperti bidadari..................

Monday, September 26, 2011

Nasihat buat wanita..........

Salah seorang sahabat nabi s.a.w iaitu Abdullah bin Jaafar ibnu Abi Talib telah
memberikan nasihat kepada anak perempuannya di hari pernikahan :

~  wahai anakku, berhati-hatilah dengan sifat cemburu kerana cemburu itu adalah
    kunci awal perceraian
~  Berhati-hatilah engkau, jangan banyak menegur (berleter) terhadap suamimu
    kerana banyak menegur itu menimbulkan kebencian
~ Usahakanlah sentiasa memakai celak kerana celak itu sebaik-baik perhiasan
   dan berwangi-wangianlah untuk suamimu


Ini pula nasihat  Umamah binti Harith kepada puterinya pada hari pernikahan :

Wahai puteriku, jagalah sebaik-baik 10 perkara, kelak kamu akan memiliki
perbendaharaan rumahtangga ;

~  Temani suamimu dengan sifat qanaah (terima seadanya). Hormati dia dengan
    menggembirakannya dan memberinya kepuasan.
~  Turuti perintah suamimu sebaik-baiknya.
~  Awasi sorotan matanya jangan sampai suamimu melihat sesuatu yang buruk padamu
~  Awasi hidungnya, jangan sampai suamimu mencium bau kecuali bau yang paling
    sedap dan nyaman
~ Jagalah baik-baik tempat tidur suamimu, jangan sampai tidurnya terganggu kerana
    ia boleh membawa kemarahan
~ Jagalah baik-baik waktu makannya, jangan sampai dia lapar kerana lapar itu
   menimbulkan kemarahan
~ Jagalah baik-baik harta suamimu dengan cermat dan aturkan perbelanjaan sebaik mungkin
~ Jagalah anaknya, keluarga dan pembantu rumahtangga suamimu dengan sebaik-baiknya
~ Janganlah melawan dan menderhaka perintah suamimu kerana itu akan menyedihkan hatinya
~ Jangan membuka rahsia suamimu kerana membuka rahsia, kamu tidak akan selamat
   darinya. Berhati-hatilah, tika dia bergembira janganlah kamu bersedih didepannya
   dan tika dia bersedih gembirakanlah dia


[p/s ; err...janganlh salah faham pulak, kalau sampai pukul 6.30 pagi suami tak bangun-bangun
         jugak, kejut-kejutlah dia suruh solat subuh.........]


.....tingginya darjat suami hingga kata nabi jika manusia dibenarkan bersujud, mescaya akan  
   diperintahkan isteri untuk sujud kepada suami.....

Wednesday, September 21, 2011

Pesanan buat sang isteri.....

Salman Al Farisi r.a telah meriwayatkan pada suatu hari Fatimah r.ha dlm keadaan
tergesa-gesa telah datang bertemu ayahandanya. Baginda melihat kedua mata Fatimah r.ha
berlinangan airmata dan raut wajahnya sedih. Lalu baginda bertanya; Mengapa wahai
anakku? Fatimah r.ha menjawab;

"Ya Rasulullah, semalam aku bergurau dgn Ali, tanpa aku sengaja terkeluarlah perkataan
yang menyinggung perasaannya. Setelah itu, aku dapati mukanya kemerahan kerana
menahan marah. Aku sungguh menyesal atas keterlanjuran kataku itu lalu segera memohon
maaf kepadanya; hai kekasihku, kesayanganku, relakanlah akan kesalahanku, seraya
aku mengelilinginya dan merayunya sebanyak 72 kali sehingga dia redha dan tertawa
padaku. Walaupun suamiku telah redha tetapi aku masih tetap merasa takut kepada
Allah swt"

Rasulullah saw bersabda kepada Fatimah rha; " Wahai anakku, Demi dzat yang telah
mengutusku sebagai nabi dgn agama yang Haq, sesungguhnya sekiranya engkau mati
sebelum Ali meredhaimu, aku tidak akan solah jenazahmu"

Kemudian, baginda selaku seorang ayah menasihati puterinya;

1. Wahai anakku, tidakkah engkau ketahui bahawa redha suami adalah redha Allah
     dan kemarahan suami adalah kemarahan Allah
2. Wahai anakku, seorang wanita yang beribadah betul2 seperti ibadah Mariam puteri
    Imran tetapi suaminya tidak redha kepadanya, Allah swt tidak akan menerima ibadahnya.
3. Wahai anakku, amal yg paling utama bagi para wanita ialah TAAT suami dan sesudah itu
    tidak ada lagi amal yang paling utama dari duduk bermesra-mesraan dgn suaminya
4. Wahai anakku, duduk satu jam bergaul mesra dgn suami lebih baik dari ibadah satu
    tahun dan dicatat tiap-tiap pakaian yg dikenakan pada waktu bergurau mesra seperti
    pahala seorang yg mati syahid.
4. Wahai anakku, sesungguhnya seorang wanita jika bergurau senda dan memakaikan
    pakaian utk suaminya serta anaknya, pasti baginya syurga. Allah swt membina sebuah
    kota di syurga utk setiap pakaian yg dipakaikannya.

********

Sabda Rasulullah s.a.w ;
" Sebaik-baik wanita ialah mereka yang apabila kamu melihatnya menyenangkan hatimu,
   apabila kamu menyuruhnya dia taat, apabila kamu tiada, dia menjaga maruahnya dan
   menjaga hartamu"                                          [Riwayat al-Tabarani]

Sunday, September 18, 2011

He knows better than us..........

3 hari lepas lepas, saya bertemu teman lama, sembang-sembang, cerita-cerita. Katanya;

"Aku bosan betul kalau org tanya,..... anak sorang saja? dah besar tu, tak nak tmbh lagi?"

"Jawab jelah, itu je rezeki Allah bagi, nak buat camne..." Kata saya memujuk.
Kadang2 yg bertanya tu, tak de modal nak buat bercakap. Jadi nak tak nak terpaksa
bertanya.

"Kdg2 rasa nak jawab; kalau dpt anak tu mcm tekan butang, dah 8 anak aku..."
Saya ketawa , diapun ketawa. Kelakar pun ada sebab kadang-kadang pertanyaan blh
mengundang kesedihan atau kemarahan dipihak satu lagi. Mungkin sebab itulah dalam
Islam kita diajar agar menjaga lidah kerana kalau tersalah ckp boleh mengundang padah.

Sebenarnya, bukan dia seorg saja yg mengalaminya, sayapun kdg2  ditanya;

" aik, 3 je, dah taknak ke? sikitlah 3 tu, tambahlah lagi....." . Ish, kalau dapat anak
semudah mengisi nasi tambah, memang dah lama saya tambah. Mentang2lah yang
bertanya tu anaknya ramai. Cuba kalau diapun takde anak ? Dulu2 terasa juga tapi
sekarang tidak lagi. Apa saja org nak tanya, itu hak dia. Kalau mampu jawab, kita
jawab, kalau tak , senyum sajalah.....positif, takyah ambik hati sangat......

******

Itu kisah anak. Belum lagi soal jodoh. Kata seorang teman, yg hanya beberapa tahun
lebih muda tapi masih sendiri;

"Saya dah tak fikir pasal tu lagi kak. Ada jodoh ada, kalau takde berserah saja....."

Saya mengusik " Janganlah berserah, kena usaha juga, bykkan doa.....mintalah mak
ayah carikan....."

Dia ketawa ; "itulah yg susah.....bila kita dah stabil, lelaki tak berapa berani nak masuk..."

"Takpe....nanti akak tlg doakan, nak tolong caripun tak de calon, tak de pengalaman
 jadi agen pencari jodoh ni........"


" tapi kadang2 sedih gak  bila orang buat statement macam-macam...."

" Jangan sedih, semua benda yg berlaku ada hikmahnya......Allah tak jadikan satu
  benda dgn sia-sia, kita aje yg tak tau rahsia dan kebaikannya...."

Cakap senanglahkan ! Saya pukul diri sendiri, habis saya nak ckp apa lagi? Takkan
saya nak ckp benda2 yg boleh lukakan hatinya. At least, bagilah dia sokongan moral.

Lumrah hidup. Tak semua benda yang kita inginkan akan kita dapati dan tak semua
juga yang kita dapat itu adalah apa yang kita inginkan. Cuma jangan putus asa kerana
sebagai manusia kita kena berusaha sehabis daya, sekuat tenaga dan selepas itu
serahkan kepada Yang Maha Berkuasa......

Kemudiannya saya beritahu dia dengan lembut;
" Cepat atau lambat, sikit atau banyak, itu semua urusan Allah, kita buat yang terbaik
   tapi belum berjaya, bermakna Allah belum izinkan...... redhalah dgn ketentuannya......"

Wah....! macam pakar motivasilah kak ........dia mengusik.......hahaha.....

Pakar motivasi tak bertauliah...........!  Tak kisahlah kan, janji kita bagi nasihat....
daripada buat org sedih, baik kita bg semangat........jika anda belum mendapat
apa yang anda inginkan, jangan putus asa , teruslah berusaha tapi sematkan dalam
hati......apapun hasilnya ; He knows better than us.........

Wednesday, September 14, 2011

Inilah kisah cinta paling hebat....

Anda suka baca kisah cinta? Romeo and Juliet misalnya atau kisah cinta Shah Jahan dan
isterinya Mumtaz. Shah Jahan begitu menyintai isterinya hingga beliau berjanji membina
mahligai indah sebagai bukti kasih mereka. Akhirnya terbinalah istana Taj Mahal( yg
diambil sempena nama isterinya), menjadi salah satu monumen paling ramai dikunjungi
manusia. Hari ini ada pasangan yg baru berkawin melawat Taj Mahal sebagai simbol
penyatuan cinta mereka. (bilalah saya nak dapat ke sana agaknya....)

Sebenarnya ada lagi kisah cinta paling hebat di dunia ini iaitu kisah cinta baginda
Nabi kita Nabi Muhammad s.a.w dan isterinya Khadijah r.h.a. Semua orang
tahu, Khadijah r.h.a meminang Rasulullah s.a.w kerana terpesona dengan
akhlaknya. Bayangkan bagaimana tingginya akhlak nabi hingga mampu
'mencairkan' hati seorang wanita ahli perniagaan, dari keturunan bangsawan lagi
hartawan sedang nabi hanyalah seorang anak muda yang miskin, yatim piatu dan
keseorangan. Di zaman ini, mana mungkin ahli perniagaan ternama lagi berusia
jatuh cinta pada pemuda biasa yang tak punya apa-apa. Kalaupun ada, orang
mungkin berkata, dia gila atau  terkena 'ubat guna-guna'.

Perbezaan usia antara mereka bukanlah halangan untuk mereka membina
rumahtangga bahagia. Rasulullah s.a.w tidak pernah menikahi mana-mana wanita
sepanjang bersama Khadijah. Cinta dan kasih sayang mereka melimpah ruah
hingga Khadijah menyerahkan seluruh jiwa, tenaga, harta dan keluarga demi
membantu kekasihnya menegakkan agama. Khadijah menjaga nabi dengan
penuh kasih sayang, belaian dan sentuhan yang mendamaikan. Dia
mententeramkan jiwa kekasihnya ketika nabi ketakutan selepas didatangi Jibril.
Dia menuturkan kata-kata lembut tapi penuh semangat lagi menghiburkan. Dialah
wanita yang selalu ada di sisi nabi di saat semua orang membencinya.Mulianya
wanita bernama Khadijah ini hingga nabi tak pernah melihat sesuatu yg
menyedihkan darinya. Cinta dan kasih antara dua insan mulia ini begitu utuh
hingga Khadijah tak pernah menyangkal atau mendustakan mahupun
merendahkan apa yg disampaikan nabi.

Kasih  Rasulullah s.a.w terhadap Khadijah begitu mendalam. Baginda sentiasa
menyebut kebaikan Khadijah hatta selepas kewafatannya hingga dicemburui
Aisyah. Kata Aisyah:

"Belum pernah aku cemburu terhadap isteri-isteri Rasulullah s.a.w sebagaimana
aku cemburu terhadap Khadijah walhal aku tidak pernah melihatnya.Tetapi
Rasulullah selalu menyebut-nyebut namanya, bahkan adakala menyembelih
kambing  lalu diberikan kepada sahabat-sahabat Khadijah. Bahkan aku pernah
berkata ; bukan kah Khadijah itu seorang wanita tua? Bukankah Allah telah
memberimu penganti yang lebih baik, isteri yang lebih muda dan baik darinya?
Rasulullah s.a.w menjawab; Tidak! Demi Allah!  Dia  tidak memberikan seorang
pengganti yg lebih baik darinya. Khadijah telah beriman kepadaku disaat orang
lain mengingkariku. Dia membenarkan aku ketika orang lain mendustakanku.
Khadijah membantuku dengan menginfakkan seluruh hartanya ketika orang lain
menahan harta dariku dan Allah mengurniakan beberapa zuriatku dari rahimnya
yang tidak diberikan oleh isteri-isteri yang lain " [H.R. Ahmad]

Kewafatan Khadijah meninggalkan kesedihan yang begitu mendalam di jiwa
nabi hingga tahun tersebut dikenali dengan tahun kesedihan. Sekalipun selepas
kewafatannya, nabi selalu mengenang saat-saat indah bersama Khadijah r.h.a.
Mulianya Khadijah hingga Allah mengirim salam kepadanya dan menjanjikan
sebuah istana di syurga.

Di saat-saat akhir kewafatannya, ketika dipangkuan nabi, masih sempat beliau
meminta nabi menggunakan tulang belulangnya untuk agama Allah. Inilah bukti
kecintaan yg tidak berbelah bagi.


Takala anda menangis ketika membaca sebuah novel cinta atau menonton
telenovela , menangislah ketika menghayati perjalanan cinta seorang isteri
yang mengorbankan segala kesenangan, kemewahan dan kemegahan demi
membantu kekasihnya di jalan Allah. Isteri yang setia, patuh dan selalu
berbuat baik terhadap suaminya hingga pemergiannya ditangisi dan dirindui
selamanya. Kerana cinta mereka, legasi Muhammad berkembang ke seluruh
dunia.

Inilah kisah cinta paling hebat.................

buat isteri-isteri, bakal2 isteri dan semua wanita diluar sana, marilah
mencontohi keperibadian Khadijah r.h.a

Monday, September 12, 2011

Biar sakit di mata........

Pesan orang tua-tua, kalau cari calon isteri atau suami;

          biar sakit dimata,  jangan sakit dihati
       
Faham  maksudnya? Takkan tak faham kot.....Jom tengok info di bawah :

kajian JAKIM menunjukkan data berikut:

Punca utama suami mohon cerai:

32.97%  sebab sikap tak bertanggungjawab
12.03%  sebab akhlak dan sosial
5.43%    sebab campur tangan org ketiga. cth; bekas kekasih atau mertua
2.26%    sebab ekonomi

Punca utama isteri mohon cerai :

17.68%  sebab sikap tak bertanggungjawab
5.84%    sebab akhlak dan sosial
4.42%    sebab campur tangan org ketiga/bekas kekasih  atau mertua
1.38%    sebab ekonomi
1.34%    sebab masalah seksual

cuba tengok, takdepun dlm data tu sebut sebab perceraian kerana muka suami
tak hensem atau muka isteri tak cantik......


Sebab utama? ...... tak bertanggungjawab !

Kedua? ............... akhlak dan sosial !

Sebab duit? Masalah kewangan ? ....sikit sangat peratusnya, maksudnya kalau
perangai elok, tahu tanggungjawah masing2, pasangan akan bersedia
mengharungi segala susah senang bersama.........duit boleh dicari, tapi kasih
sayang ? duit banyak, hidup mewah tapi jika perangai tunggang langgang,
lama2 rumahtangga boleh lintang pukang.....

Ok, apa pula nabi pesan kat kita; wanita itu dikahwini kerana kecantikannya,
hartanya, keturunannya, agamanya, maka pilihlah agamanya, nescaya engkau
akan selamat...........bukan untuk lelaki saja, wanitapun sama.
Kalau ada mana2 pakwe approach, jangan terus terima, siasat2lah dulu
perangainya, latar belakang  agamanya, jangan tengok keretanya saja kerana
kereta itu barangkali kereta pinjam.

Yang lelakipun, jangan fokus rupa saja, terlampau cantik sangatpun susah
juga nak jaga, yang pentingnya AGAMA dan AKHLAK.....

Seteruk manapun seorang perempuan tapi kalau jatuh ke tangan lelaki baik
dan bertanggungjawab, ada peluang besar untuk dia berubah kearah kebaikan
tapi.........sebaik-baik manapun perempuan , kalau jatuh ke tangan lelaki jahat
dan tidak bertanggungjawab, ada kemungkinan untuk dia rosak dan hancur
(err.......ni teori saya saja, boleh percaya dan boleh juga diabaikan saja, tapi
 berdasarkan pemerhatian, dah byk jumpa kes camni....)

Ramai pasangan muda menjadikan perkahwinan sebagai kemuncak percintaan
mereka dan berakhir disitu saja tapi hakikatnya perkahwinan bukanlah penamat
percintaan tapi permulaan sebuah percintaan....tapikan, dalam rumahtangga,
cinta bukan segala-gala......nanti, bila awak dah kawin, baru awak faham apa
yang saya kata.....tak caya?  try tanya orang lama-lama..............

hiasan sahaja: tiada kena mengena dengan yang masih hidup atau yang sudah
tidak bernyawa........

Saturday, September 10, 2011

Budak baik....

Saya sebenarnya sukar mahu menjemput sesiapa jua dtg ke rumah  kecuali
saudara mara, teman-teman rapat dan jiran tetangga. Tapi entah mengapa,
dengan yang seorang ini, saya mudah saja nak ajak dia dtg ke rumah ketika
pertama kali saya tahu dia ada di daerah tempat tinggal kami walaupun
hakikatnya saya belum pernah melihatnya. Bukan senang sebenarnya untuk
saya pujuk en suami  beri persetujuan. Katanya ;

" Percaya sangatlah manusia dlm internet tu, entah sapa-sapa....."

Terdiam juga saya, tapi instinct saya kuat mengatakan dia bukan jenis manusia
seperti yang disebut en suami itu. Sebab ? ooo....sebab saya tengok  blognya
tulis benda2 yg baik walaupun kadangkala bahasanya sedikit kasar. Yelah, orang
muda, jiwa muda, darah muda maka tak heranlah bahasanyapun bahasa orang
muda.  Tapi saya tak putus asa. Saya pujuk lagi en suami agar bersetuju dgn
cadangan saya untuk menjemput dia makan malam di rumah kami. Anak-anak
pula menyampuk ;

"Ummi....jangan mudah percaya pada orang yg kita tak kenali...." Kata anak
sulong saya.

"Aahlah.....sekarang banyak jenayah siber ...." anak kedua saya pula menambah.

"betullah....tak payah, tak payah......" sokong anak ketiga saya.

Ish, dah bersekongkol pulak mereka. Nampaknya berkecailah harapan saya
(bagaimanapun saya tak nafikan kebenaran kata-kata mereka itu ), takpe, takpe
cuba lagi hari lain. Pujuk punya pujuk, akhirnya dia setuju cadangan saya
(agaknya dia bosan dengan pujukan saya). Akhirnya, dia benarkan saya jemput
pemuda itu datang makan malam di rumah kami. Tercapailah hajat saya.
Sebenarnya, pemuda itu hanya makan malam dengan suami dan anak2 lelaki
saya saja di ruang tamu , sementara saya dan saudara perempuannya makan
di dapur. Pemuda itu tak bercakap pun dgn saya. Lepas makan,  dia pulang dan
en suami beritahu saya;

" baik budaknya....."

"kan betul gerakhati saya"  kata saya  tersenyum (bangga lah tu...tak baiknya)

********

Saya fikir itu kali pertama dan terakhir, dia akan jadi tetamu kami tapi tak sangka
dia sudi datang lagi ke rumah kami malam tadi. Kali ini, en suami dan anak2
saya tidak membantah. Nampaknya , mereka sudah mesra, rancak betul berbual
sambil ketawa-ketawa walaupun sebenarnya jarak usia mereka jauh berbeza. En
Suami saya sudah 40an (tak tahulah nak kata tua ke muda sbb di mata dan dihati
saya, en suami sentiasa muda....mesti dia bangga habis kalau dia baca ini.. hihihi)
Wah, en suamipun dah mula sukakan dia.....err, maksudnya sukakan akhlaknya...

lepas dia pulang, saya pun bisik kat en suami; " nasib baiklah kita takde anak
pompuan besor, kalau tidak mahunya saya pinang dia jadi menantu" hahaha......
....gurau saja, gurau saja , don't take seriously......(dia sudah ada pilihan hati)

kalaulah budak baik tu baca entri ini, saya nak tanya dia, apa ilmu dia pakai
sampai semua orang suka padanya........

(lain kali kalau dia dtg lagi, saya nak suruh dia bawa keropok lekur barang
seketul dua )

moral of the story: anda tidak perlukan wajah tampan atau badan sasa untuk memikat hati
bakal  mertua. cukuplah anda punya agama + akhlak yang baik , kerjaya yg stabil dan 
pemikiran yg matang...... (eh.....jangan tanya saya sapa budak baik itu ye.....)

Wednesday, September 7, 2011

Kisah facebook dan calon isteri.....

Kisah 1

Saya bertemu teman lama baru-baru ini. Kami berbual banyak perkara dan salah
satunya ialah tentang calon menantu. Oleh kerana dia kawen diusia muda dan
cepat pula dikurniakan cahaya mata maka anaknya kini telahpun berusia awal
20an. Baru saja bergelar hafiz dan sedang menyambung pengajian di Afrika
Selatan. Pakej yg lengkap nampaknya....! Kata teman saya itu dengan nada
gurauan ; antara syarat yg diberikan kepada anaknya untuk mencari calon isteri
nanti ialah siperempuan  itu tiada akaun facebook ! Saya tanya kenapa...?
Dia cuma ketawa....mesti ada sebabnya......tapi di zaman ini memiliki akaun
facebook seakan sudah menjadi seperti satu trend bukan saja kepada golongan
remaja tetapi juga kepada yg sudah bekerluarga dan warga pertengahan umur
barangkali. mungkin dia bergurau, mungkin juga dia benar-benar bermaksud
demikian..........

*****

Kisah 2

Beberapa bulan dulu saya duduk berbual dengan beberapa remaja lelaki (anak
murid saya sebenarnya) tentang hal-hal yang berlaku disekeliling mereka. Bila
dah berbual tu, biasalah macam-macam isu yang keluar, antaranya tentang calon
isteri. Salah seorang darinya yg masih belasan tahun berkata dengan tersenyum;


" Saya nanti nak cari calon isteri yg tak main facebook..."

"Kenapa?" tanya saya.

"kalau ada akaun facebook, belum kawin dia sudah curang dengan saya......dia
boleh sembang dgn sapa2 saja, add sapa-sapa yg nak jadi kawan dia, saya tak
suka cam tu...."

wah...! ada citarasa tersendiri. Emm.......bagus juga !

Suatu hari, dia bergurau dgn saya;

" Cikgu, kirim salam kat anak cikgu, boleh saya jadi menantu ? "

Sayapun menjawab dgn nada gurauan yg tegas;
"......dia tak layak utk awak, dia ada akaun facebook....!"

Ironisnya, remaja lelaki ini  bukanlah remaja kategori alim atau warak, cuma
remaja biasa yg sekali-kala nakal dan melanggar peraturan.

Emm ....dahlah bilangan lelaki berkualiti makin sikit, akan bertambah sukarlah
nampaknya untuk kaum hawa mencari calon suami andainya syarat diatas diguna
pakai oleh semua bakal mertua dan bakal suami.

Sebenarnyakan, tak salahpun ada facebook kalau pandai guna tapi kalau dah
24 jam mengadap facebook, apa ke jadahnya......? betultak ...?

Monday, September 5, 2011

Raya datang dan pergi......

Sekejap saja masa berlalu, hari ini sudah 7 syawal, sudah habis seminggu raya,
masing2 sudah kembali ke rutin harian biasa, anak-anak pulang ke kota, ibu ayah
yang sudah tua masih setia di desa,  persekolahan bermula dan yang bekerja
kembali meneruskan tugas-tugas lama yang tergendala dgn lemang dan ketupat
yang masih melekat di tangan ingatan........masih terasa keenakkannya.........

Seperti biasa hari raya adalah hari berkumpul seisi keluarga, hari mengenal
saudara mara, hari berziarah ke rumah jiran tetangga, inilah masanya  melupakan
sengketa (kalau ada), semua orang dengan wajah ceria menghulur tangan sambil
berkata; "Selamat hari raya.....mohon maaf  kalau ada salah silap dari hujung
rambut sampai hujung kaki........" dan akan disambut pula dengan kata-kata :
 " Sayapun sama.......mohon maaf juga atas segala-galanya......" . Maka gugurlah
segala dosa dosa (InsyaAllah), dan bertambah panjanglah usia, murahlah rezeki
seperti janji Allah kepada sesiapa jua yang menghubungkan silaturrahim. Ia tradisi
yg harus dikekalkan sampai bila-bila, sebagai bukti hari raya adalah hari
kemenangan untuk semua........

Seperti biasa, raya kali ini kami juga berkumpul bersama-sama di rumah bonda.
Bergurau senda, bergelak ketawa, bercerita, bertukar idea, berkongsi cerita,
ia sungguh membahagiakan kerana sejak bertahun-tahun dulu begitulah
situasinya.Inilah waktunya dimana  kami lupa segala saat-saat sukar yang pernah
ditempuh bersama ketika dihimpit kesusahan dan kemiskinan puluhan tahun yang
lalu sewaktu  masih di zaman anak-anak......

Waktu berputar, zaman beredar, kitapun membesar, raya terus datang dan pergi
saban tahun, dinanti dan dirai, moga ia bukan syawal terakhir.....yang pasti anak
anaklah yang paling gembira kerana mereka mendapat hadiah istimewa kerana
disebalik peningkatan harga barang dan kos sara hidup yang semakin tinggi,
masih ramai yang bermurah hati bersedekah duit raya yang bukan sedikit nilainya
buat si anak kecil, yang pasti siibu (dan bapajuga ) akan turut tersenyum
melihat sampul raya yang semakin tebal............dimurahkan rezeki, tahun depan
InsyaAllah bertambah tebal lagi............

Selamat hari raya, moga selamat dari segala dosa dan bala.......

jgn lupa hari raya juga waktu terbaik utk sibujang berkenalan dgn bakal pak mertua..........

Wednesday, August 31, 2011

dam dam dom........

Malam raya di felda jengka
macam berada di medan perang
dum dam dum dam..........!........prangggggggg!
jangan ada yang mati sakit jantung sudahlah
mintak2lah tak de yang putus jari
yelah.......orang felda dah kaya raya
setakat bakar mercun setahun sekali apalah sangat
tapi kalau dah tak berenti-renti bunyi dum dam dum dam
mahu terbakar juga hati
nasib baik malam ini sunyi sepi
eh, mana diorang pergi ?
pergi ziarahlah kot.......takpun duduk depan tv
sambil makan lemang ketupat
ada lagi ke?
kalau takde pun kuih raya banyak lagi
sambil makan sambil sembang-sembang
sambil bincang-bincang.....macam2 hal
jangan gumpat sudahlah.....
tak pasal2 kena mintak maaf semula
lagipun dah lama merdeka ni
kita merdekalah betul-betul
dari segala sifat-sifat mazmumah
ooo......sebelum terlupa, teman nak ucap
Selamat Hari Merdeka.............











Saturday, August 27, 2011

Salam Aidil Fitri.........


Ramadhan pergi, syawal kembali
ceria dijiwa, gembira dihati
Sempena syawal yang mulia ini
kemaafan diminta setulus hati

Dalam tutur bicara mungkin ada khilaf dan dosa
dalam gurau dan senda, bimbang ada yang terasa
dengan penuh kerendahan hati, daku meminta
moga dimaafkan segala salah silapnya

Selamat Menyambut Lebaran yang mulia, moga pelajaran taqwa dan iman
yang kita perolehi di madrasah ramadhan kekal menemani sepanjang perjalanan
di kehidupan mendatang yang penuh ujian.........


Sunday, August 21, 2011

Cintaku beralih arah.....

Kekasihku berkata;
Sebut namaKu, Aku dekat denganmu
hayati ayat-ayat cintaKu, Aku ada dalam hatimu
jika kau datang padaKu berjalan
Aku datang padamu berlari
bila kau datang padaKu sejengkal
Aku datang padamu sehasta
bila kau datang padaKu sehasta
Aku datang padamu sedepa
Aku tak pernah lupa padamu
selama mana kau ingat padaKu.......

KataNya lagi;
kau ingat Aku dalam senang dan lapangmu
Aku ingat kamu dalam susah dan sempitmu
kau sebut namaKu dalam majlis yang kecil
Aku sebut namamu dalam majlis yang lebih besar
kau panggil Aku bila dan dimana pun
Aku datang padamu kerna cintaKu  tak pernah layu......

tapi..... sungguh aku manusia pelupa
sering lalai dan selalu leka
ku biarkan cintaNya begitu saja
ku tak pernah peduli untuk bersamaNya
bila aku senang dan girang
aku lupa Dia sedang memandang
waktu aku bahagia gembira
aku lupa bersyukur padaNya
cuma bila diriku dilanda musibah
dikejar masalah demi masalah
baru kuingat padaNya
akhirnya aku tahu
hanya Dia tempat berserah

Kekasihku
aku datang kembali menagih cintaMu
sambut tanganku, dakaplah aku
pimpinlah aku dengan kasihMu
payungi aku dengan rahmatMu
kumohon berilah aku hidayah
agar cintaku tak beralih arah.........

notahati : Ya Allah, suburkan cinta kami padaMu di akhir-akhir ramadhan ini..........

Thursday, August 18, 2011

Anak-anak gadis.......sayangilah dirimu

Sebenarnya bukan mudah menjadi ibu bapa di zaman ini. Anak-anak sekarang
ternyata lebih berani hingga kadang kala hilang rasa simpati biarpun terhadap
ibu bapa sendiri. Entah di mana silapnya atau mungkin adat dunia kerana yang
muda selalunya dilabel 'darah muda' , ada waktunya perbuatan mereka tak
masuk akal hingga boleh 'membengkrapkan' ibu bapa dan mengguris perasaan
yang bukan sedikit seperti berita ini. Sekalipun ia berita gembira kerana sianak
ditemui namun ia tetap berita menyedihkan kerana anak-anak gadis zaman ini
nampaknya lebih percaya teman lelaki (yg pastinya belum tentu jujur hatinya) dari
ibubapa mereka sendiri. Kenapa agaknya ye ?

Sebagai ibu yg juga punya anak (sekalipun mereka masih di sekolah rendah),
saya tidak terlepas dari merasa gusar dengan perkembangan sekarang.
Seringsaja dilaporkan ada anak gadis yang hilang atau sengaja menghilangkan diri.
Ada yang selamat pulang, ada yang terus tak pulang-pulang ! Saya tak dapat
bayangkan bagaimana perasaan ibubapa mereka menempuh ujian sebegini
hebat. Sekalipun mungkin ada kesilapan dipihak ibubapa, amatlah tidak wajar
anak-anak melarikan diri ke dunia luar yg belum tentu membahagiakan. Pada
saya tiada tempat yg lebih selamat dari di rumah sendiri dan tiada insan yg lebih
dipercayai dari ibubapa sendiri. Merekalah satu-satunya manusia yg menyayangi
anak-anak tanpa syarat. Mungkin ada satu dua kes dimana ibubapa membuang
anak, tapi ia sangat jarang-jarang berlaku (kecuali kes-kes anak luar nikah)

Anak-anak gadis sekalian.........janganlah terlalu mudah percaya pada janji lelaki
yang baru beberapa bulan anda kenali. Mungkin ketampanannya atau lembut
lidahnya mengusik jiwa, namun sematkanlah dalam hati bahawa semua itu boleh
jadi hanya sandiwara untuk memerangkap anda yang masih muda. Sedalam
mana pun cintanya pada anda (betulke?), itu bukan jaminan yang anda akan
selamat ditangannya. Jika apa-apa terjadi, silelaki itu biasanya jarang
dipersalahkan tetapi andalah yg akan menanggung akibatnya sampai bila-bila
dan  kerana dunia ini kadang-kadang tidak adil, anda akan terus dipersalahkan
untuk satu tempoh yang lama. Kesannya bukan kepada anda saja tapi turut
terpalit kepada ibubapa dan kaum keluarga . Memanglah kita kena berbaik
sangka sesama manusia tapi apabila melibatkan pergaulan berbeza jantina kita
perlu bersangka buruk untuk kebaikan bersama.

Saya teringat beberapa bulan dulu ketika ada perjumpaan antara ibubapa dan
guru dalam satu program anjuran sekolah, seorang ibu tanpa segan silu (dengan
nada sedih memberitahu guru kelas anaknya ( yg terkenal kerana masalah
disiplin ) bahawa satu-satunya manusia yg boleh menegur dan memberi nasihat
kepada anaknya hanyalah teman lelaki anaknya itu !
Tidakkah kita sedih jika berada ditempat ibu itu................

Anak-anak gadis sekalian...........sayangi dirimu dan kasihanilah ibubapamu.........

Tuesday, August 16, 2011

Si kacak yang hebat......


"Pada hari Kiamat nanti, di 
Di dalam sebuah hadis Rasulullah saw bersabda yang
 bermaksud: Dihadapan Allah swt tidak akan ada syafaat yang mempunyai taraf
 yang lebih tinggi daripada Al-Quran, bukan Nabi,  bukan malaikat dan 
 sebagainya".

Melalui hadis di atas kita dapat mengetahui bahawa Al-Quran adalah 

pemberi syafaat yang mana syafaatnya akan diterima Allah.

Terdapat satu riwayat menyatakan bahawa apabila seseorang itu 

meninggal dunia dan keluarganya sibuk melakukan upacara pengkebumian, 
seorang yang kacak akan berdiri di bahagian kepalanya.

Apabila mayat itu dikafankan, orang itu akan datang mendiami antara 

dadanya dan kain kafan itu.

Bila selesai dikebumikan, orang ramai termasuklah ahli-ahli keluarga dan 

kekasih kita akan pulang ke rumah dan datanglah dua malaikat Munkar 
dan Nakir cuba untuk memisahkan orang yang kacak itu supaya mereka
dapat membuat pertanyaan mengenai iman orang yang meninggal dunia 
itu tanpa sebarang gangguan.

Tetapi orang yang kacak itu akan berkata:

"Dia adalah kawanku. Aku tidak akan meninggalkannya berseorangan 

walau dalam keadaan apa sekalipun. Jalankanlah tugas kamu tetapi 
aku tidak akan meninggalkannya sehingga aku membawanya masuk 
ke syurga!"

Selepas itu dia berpaling ke arah mayat sahabatnya dan berkata:

"Akulah Al-Quran yang mana engkau telah membacanya kadang kala 

dengan suara perlahan dan kadang kala dengan suara yang kuat."

"Janganlah engkau bimbang. Selepas pertanyaan Munkar dan Nakir ini, 

engkau tidak akan berasa dukacita lagi"

Bila pertanyaan selesai, orang yang kacak itu akan mengadakan untuknya 

satu hamparan sutera yang penuh dengan kasturi dari malaikat-malaikat 
dari syurga. 




Lihatlah bagaimana Al Quran menjaga kita di sana kelak. Ia janji Allah 
yang pasti buat mereka yang yakin dan percaya pada kehebatan Al Quran 
sebagai penyelamat dan pemberi syafaat. Sungguh beruntunglah orang-orang 
yang selalu berdampingan dan menghabiskan masa bersama 'sikacak' 
ini...........ayuh, kita habiskan masa bersama sikacak yang hebat ini !
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...