Wednesday, September 21, 2011

Pesanan buat sang isteri.....

Salman Al Farisi r.a telah meriwayatkan pada suatu hari Fatimah r.ha dlm keadaan
tergesa-gesa telah datang bertemu ayahandanya. Baginda melihat kedua mata Fatimah r.ha
berlinangan airmata dan raut wajahnya sedih. Lalu baginda bertanya; Mengapa wahai
anakku? Fatimah r.ha menjawab;

"Ya Rasulullah, semalam aku bergurau dgn Ali, tanpa aku sengaja terkeluarlah perkataan
yang menyinggung perasaannya. Setelah itu, aku dapati mukanya kemerahan kerana
menahan marah. Aku sungguh menyesal atas keterlanjuran kataku itu lalu segera memohon
maaf kepadanya; hai kekasihku, kesayanganku, relakanlah akan kesalahanku, seraya
aku mengelilinginya dan merayunya sebanyak 72 kali sehingga dia redha dan tertawa
padaku. Walaupun suamiku telah redha tetapi aku masih tetap merasa takut kepada
Allah swt"

Rasulullah saw bersabda kepada Fatimah rha; " Wahai anakku, Demi dzat yang telah
mengutusku sebagai nabi dgn agama yang Haq, sesungguhnya sekiranya engkau mati
sebelum Ali meredhaimu, aku tidak akan solah jenazahmu"

Kemudian, baginda selaku seorang ayah menasihati puterinya;

1. Wahai anakku, tidakkah engkau ketahui bahawa redha suami adalah redha Allah
     dan kemarahan suami adalah kemarahan Allah
2. Wahai anakku, seorang wanita yang beribadah betul2 seperti ibadah Mariam puteri
    Imran tetapi suaminya tidak redha kepadanya, Allah swt tidak akan menerima ibadahnya.
3. Wahai anakku, amal yg paling utama bagi para wanita ialah TAAT suami dan sesudah itu
    tidak ada lagi amal yang paling utama dari duduk bermesra-mesraan dgn suaminya
4. Wahai anakku, duduk satu jam bergaul mesra dgn suami lebih baik dari ibadah satu
    tahun dan dicatat tiap-tiap pakaian yg dikenakan pada waktu bergurau mesra seperti
    pahala seorang yg mati syahid.
4. Wahai anakku, sesungguhnya seorang wanita jika bergurau senda dan memakaikan
    pakaian utk suaminya serta anaknya, pasti baginya syurga. Allah swt membina sebuah
    kota di syurga utk setiap pakaian yg dipakaikannya.

********

Sabda Rasulullah s.a.w ;
" Sebaik-baik wanita ialah mereka yang apabila kamu melihatnya menyenangkan hatimu,
   apabila kamu menyuruhnya dia taat, apabila kamu tiada, dia menjaga maruahnya dan
   menjaga hartamu"                                          [Riwayat al-Tabarani]

18 comments:

Pn Kartini said...

Assalamualaikum..:)

...keberkatan mentaati suami pasti mmbawa kebahagiaannya....

:)tksh utk n3 yg menarik:)

ukhti,mardhiah said...

Assalamualaikum cikgu.

(",) mard suka baca ni, sweet.

benarlah, suami tu bukanlah kekasih sementara, tetapi tempat isteri berteduh dunia dan akhirat.

Subahanallah.

Afida Anuar said...

Terima kasih kak norsha, perkongsian yang sangat berguna sebagai persediaan untuk si bujang melangkah ke alam rumah tangga nanti..cheewah;)

School Of Tots said...

Alhamdulillah atas perkongsian ini. Manusia sering lalai, ilmu pula cetek. Rajin2 lah menuntut ilmu kerana ia haq kita drpd Allah SWT.

Wanita Bertudung Hijau said...

sukalah entry ni

nam said...

assalamualaikum wbt..

masyaAllah.. nice entry kak...

semoga Allah permudahkan si isteri dan bakal2 isteri untuk mentaati suami.. :D

CS said...

suka...sgt suka...cerita ulangan yg sgt22222 disukai..pesanan yg harus disemat di hati..InsyaALlah!

s a r said...

masyaAllah.

sangat suka. besarnya la pahala. thanks for sharing. :)

assalamualaikum :)

fuad ansari said...

tersenyum para suami kalau membaca...

kalaulah beroleh isteri yg sebegitu, alangkah bahagianya suami tersebut..

sungguh, Ali ra berhak mendapat isteri yang sebegitu...

akuhuduh said...

kalu suami cakap nak kawen satu lagi then isteri masam muka dan body language tunjukkan tak suka lantas buatkan hati suami terluka.... ke syurga ke neraka......

"jihad paling besar bagi isteri is melawan sifat cemburu"

Marina Ali said...

Kak Norsha:ingatan yang sungguh berharga...satu perkongsian n patut diamalkan secara istiqamah ...saling meminta maaf dengan pasangan sebelum tidur...boleh juga diaplikasikan bersama anak2,amalan keluarga kami..alhamdulilah anak2 pun turut sama meniru apa yang kami laksanakan.

Ismi Ijmi said...

tersenyum para suami membaca,
jeles para pem-bujang membaca.

adeih, mampukah aku jadi sebaik Ali kw.

NaeBlog said...

Terima Kasih!!!

Entry yang sangat2 menarik untuk renungan...
Mereka insan hebat... namun mereka lebih risau, mereka lebih takut memikirkan jika mereka melakukan dosa... Berbeza dengan kita yang kadangkala tidak ada sekelumit takut pun, walau melakukan dosa besar

Moga Dia melindungi

~PENCHENTA~ said...

Teringinnya nak jadi isteri solehah. :)

Doakan kak. :)

mhafiz_ydin said...

"Sebaik-baik harta untuk disimpan adalah isteri yang solehah" (mafhum hadith)

Doa.. Doa.. nak isteri solehah.

Bijen M. said...

Hiks!


:)

Sekarang ni tak reti nak cakap banyak dah.


Hiks!

Norsha said...

Pn Kartini,
Mardhiah,
Afida,
WBH,
nam,
CS,
Sar,
Marina Ali,
Naeblog,
Penchenta,
......moga dapat ilmu, dapat amal utk jadi isteri yg terbaik kepada suami.....yg belum berkhwin moga anda bertemu lelaki soleh yg boleh membimbing dunia dan akhirat....:)

Norsha said...

School of tots,
Fuad ansari,
Izmer,
Mhafiz_din,
akuhuduh,
.......moga jadi suami yg bersifat pengasih dan penyayang kpd ahli keluarga......err, bab kawin lain tu tak tahu nak jawab apa....Allahualam, Allah lebih tahu.....

Bijen M,
eloklh kalau tak reti nk ckp byk sebab diam itu lebih baik dr berkata yg sia-sia....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...