Saturday, December 31, 2011

Menanti hari esok

Sekejap saja, hari ini hari terakhir dimukabumi dalam tahun masihi 2011. Adalah kot yang dok
berangan nak tido lewat malam ni sambut tahun baru. Takpe, sambutlah dengan azam baru dan
perkara-perkara yang berfaedah yang tidak melalaikan. Eloklah  bermuhasabah,  takpun pergi
ziarah sahabat andai, eratkan silaturrahim, cutikan esok...tapi jika terlintas nak 'countdown'
dengan perkara merosakkan, baik takpayah. Takde maknanya tahun baru kalau takde niat dan
azam nak berubah jadi lebih baik dari tahun-tahun sebelumnya ( ni nak ingatkan diri sendiri yang
selalu lupa dan alpa...)

2011, banyak betul kenangan dan perkara-perkara luar jangka yg berlaku pada saya. Tak
terfikir yang saya akan jadi blogger dan tulis macam-macam cerita untuk kongsi sama-sama
dengan sapa2 yang sudi nak baca (almaklum, blog biasa-biasa, kalau tak ada orang baca, sendiri
bacalah....) Dapatlah juga asah bakat menulis yang dah lama terpendam dan terendam...
...hehe... , adalah juga tempat nak lepaskan tekanan lepas seharian penat dgn kerja dan rumahtangga
( yelah tu, sebenarnya kena curi2 masa nak tulis blog sebab banyak lagi kerja-kerja yang menanti ).
Tak sangka juga  dapat ramai kawan kat alam maya ni, walau tak kenal tapi terasa kemesraannya.
Harap-haraplah tahun 2012 nanti, dapat kenal dengan ramai lagi orang baik-baik macam awak
semua yang sedang baca blog ni ......InsyaAllah

Bagaimanapun, perkara paling menggembirakan ialah dapat tutup tahun 2011 dengan program
masturat yang berlangsung di kediaman kami selama 3 hari pada cuti krismas yang lalu. sayangnya
saya tak sempat nak war-warkan kat sini sebab sibuk buat persiapan. Moga-moga akan datang
Allah beri lagi keizinanNya untuk kami jadi tuan rumah kepada insan-insan yang mahu membuat
kebaikan dan pengorbanan.

Esok....andai masih bernafas, moga Allah beri kebaikan kepada kita semua untuk jadi lebih baik
dari hari-hari sebelumnya. Esok juga, usia sudah bertambah  tua dari sebelumnya .......

10 comments:

Afida Anuar said...

Kak Norsha, sekejap je kan? Rasa baru lagi tahun 2010 berakhir....tengok2 2011 dah nak berakhir. Betul la dunia ni dah nak sampai ke penghujung...



Fida pun punya perasaan yang bercampur baur jugak setiap kali tiba tahun baru... tapi tak boleh nak terangkan kenapa. Hanya Allah je Yang Tahu.. Yang kak norsha pun fida tak boleh teka;) he he

As said...

Ha betullah tu Kak fida, As pun rasa sekelipan mata sahaja.

Kak Norsya entah kenapa tetiba rasa mahu tanya satu soalan. Akak pakai purdah kah? If yes kat sekolah akak depa benarkan dak?

If anak-anak didik tak berapa dapat nak capture since As ajar language, ingatnya boleh bukak purdah time mengajar. Or akak ada pengalaman to share?

Jazakalillah khairan kathir.

Norsha said...

fida,
masa la ni mcm berlari je kan, pejam celi pejam celik dah sampai hujung tahun...sebenarnya kan fida, esok hari lahir akak....hehe....tu yg rasa dah makin tua.....:D


As,
Akak ni bukannya kuat sgt. Tak pakai purdah pun, cuma ada kekuatan time ada program2 agama, tataulah bila nk ada kekuatan tu....

Akak ada sorang kawan yg jadi cikgu dan pakai purdah even disekolah tapi dlm kelas bukaklah utk mudahkan p&p. Gurubesar dia faham, Alhamdulillah....

fuad ansari said...

esok hari lahir cikgu?? lahir di tahun baru.. untunglah.. asal besday cikgu je,satu dunia cuti.. (",)

tahun 2011, saya pun tak sangka punya sahabat blogger dan antara yang terawal adalah cikgu... (",)

Noorieda said...

ASSALAMUALAIKUM W.B.T....

cikgu,hehe....cikgu pun akan mengajar semula kan? hehe....^_*

ukhti,mardhiah said...

~selamat tahun baru cikgi norsha~
love, u.
Azam, mari kita buat amal byk2 sekali.
<3

Cikgu Ma said...

akhir tahun 2011 diakhiri dengan penerbangan saya ke Sarawak...kembali bertugas =)

~PENCHENTA~ said...

Salam, kak norsha.

Semoga dengan berubahnya hari dan tahun, mengingatkan kita betapa dekatnya kematian. Allah. :')

Norsha said...

fuad,
kiranya satu dunia la ye raikan akak punya besday ni....:)

norieda,
Waalaikummussalam wbt,

yup...!...jom kembali ke sekolah...!

mard,
InsyaAllah2....

cikgu ma,
kembali bertugas....!

penchenta,
semakin meningkat usia, makin tambah dekat dgn pusara...

Pencari ALLAH said...

Sama-sama beringat dan beramal :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...