Tuesday, November 27, 2012

puisi suami & isteri

Isteri bukanlah hamba kepada lelaki
juga bukan 'mainan' atau 'alas pengesat kaki'
mereka dicipta untuk saling melengkapi
kasih mengasihi dan  hormat menghormati
juga untuk saling menyayangi
saling mengimbangi
sesekali mereka bertikam lidah, berselisih pendapat
itu biasa untuk menambah dewasa
menguji sabar dan  bijaknya dalam mengemudi
bahtera rumahtangga di lautan hidup yang bergelora
andai mereka saling berusaha
untuk menerima kekurangan yang ada
memperbaiki kelemahan sebagai manusia
dan mensyukuri setiap nikmat pemberianNya
saling berpimpin tangan untuk maju ke hadapan
Allah pasti tidak akan membiarkan
mereka terkapai-kapai tanpa bantuan
sesekali mungkin ada ujian
ada airmata atau tangisan
sebenarnya itulah penawar dalam perjalanan
asal saja mereka tidak melupakan
bahawa perkahwinan adalah penyatuan dua jiwa
dan  medan  menambah pahala.....



* sempena banyaknya  majlis walimatul urus di musim cuti persekolahan ini....

3 comments:

fuad ansari said...

lama tak komen sini.. maaf cikgu, sibuk sikit..

saya suka ayat,

bahawa perkahwinan adalah penyatuan dua jiwa..
dan medan menambah pahala.....

memberi motivasi sungguh.. (",)

School Of Tots said...

Suami dan isteri saling lengkap melengkapi. Antara ramuan utama sebagai penyeri ialah sentiasa sabar dan bersyukur. Tanpanya hidup tidak pernah cukup.

ukhti,mardhiah said...

Assalamualikum cikgu
:)
sedapnya baca...
Sweet sgt2

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...