masing2 sudah kembali ke rutin harian biasa, anak-anak pulang ke kota, ibu ayah
yang sudah tua masih setia di desa, persekolahan bermula dan yang bekerja
kembali meneruskan tugas-tugas lama yang tergendala dgn lemang dan ketupat
yang masih melekat di
Seperti biasa hari raya adalah hari berkumpul seisi keluarga, hari mengenal
saudara mara, hari berziarah ke rumah jiran tetangga, inilah masanya melupakan
sengketa (kalau ada), semua orang dengan wajah ceria menghulur tangan sambil
berkata; "Selamat hari raya.....mohon maaf kalau ada salah silap dari hujung
rambut sampai hujung kaki........" dan akan disambut pula dengan kata-kata :
" Sayapun sama.......mohon maaf juga atas segala-galanya......" . Maka gugurlah
segala dosa dosa (InsyaAllah), dan bertambah panjanglah usia, murahlah rezeki
seperti janji Allah kepada sesiapa jua yang menghubungkan silaturrahim. Ia tradisi
yg harus dikekalkan sampai bila-bila, sebagai bukti hari raya adalah hari
kemenangan untuk semua........
Seperti biasa, raya kali ini kami juga berkumpul bersama-sama di rumah bonda.
Bergurau senda, bergelak ketawa, bercerita, bertukar idea, berkongsi cerita,
ia sungguh membahagiakan kerana sejak bertahun-tahun dulu begitulah
situasinya.Inilah waktunya dimana kami lupa segala saat-saat sukar yang pernah
ditempuh bersama ketika dihimpit kesusahan dan kemiskinan puluhan tahun yang
lalu sewaktu masih di zaman anak-anak......
Waktu berputar, zaman beredar, kitapun membesar, raya terus datang dan pergi
saban tahun, dinanti dan dirai, moga ia bukan syawal terakhir.....yang pasti anak
anaklah yang paling gembira kerana mereka mendapat hadiah istimewa kerana
disebalik peningkatan harga barang dan kos sara hidup yang semakin tinggi,
masih ramai yang bermurah hati bersedekah duit raya yang bukan sedikit nilainya
buat si anak kecil, yang pasti siibu (dan bapajuga ) akan turut tersenyum
melihat sampul raya yang semakin tebal............dimurahkan rezeki, tahun depan
InsyaAllah bertambah tebal lagi............
Selamat hari raya, moga selamat dari segala dosa dan bala.......
jgn lupa hari raya juga waktu terbaik utk sibujang berkenalan dgn bakal pak mertua..........
4 comments:
tu si bujang yang dah ada bakal pak mertua...kalau yang takde bakal lagi kak? he he
org Malaysia raya eidil fitr sebulan...
jauh beze di tmpat lain....
selamat hari raya kak norsha..minta maaf salah silap yer...
pd CS,hr raya akan smakin kurang menyeronokkan di masa akn dtg kalau kondisi masih sama spt tahun ini..letih menjawab~
afida,
kalau takde, kena cari bagi ada...
menusuk hati,
blh raya sampai minggu keempat
APK,
org msia mmg selalu berbeza
CS,
letih menjawab?.....tak payah jawab, diam saja
Post a Comment