Saturday, April 21, 2012

Benarkah dunia tidak adil ?

Benarkah dunia tidak adil?

Kata seorang kawan, " Dunia ini memang tidak adil....!"

Berkata pula yang lain, "Eh, tak baik cakap cam gitu, bukankah Allah itu adil?"

" Aku tak kata Allah tak adil, aku kata dunia yang tidak adil...!" jawab yang pertama
mempertahankan hujah.

Sampuk pula yang lain, " Keadilan cuma ada di akhirat kerana jika di dunia semuanya
adil maka takkan ada hari pembalasan...."


***********

Dunia  memang penuh dengan ketidakadilan. Justeru disebabkan dunia yang tidak adil maka
kitalah sendiri yang harus mencipta keadilan buat diri sendiri. Ada yang bekerja keras dengan
hasil yang sedikit dan ada yang bekerja santai dengan hasil yang banyak. Selalu akan ada orang
yang hidupnya jauh lebih tenang atau senang dari orang lain. Ada yang tidak perlu
bersusah payah  tetapi mereka bisa mendapat apa yang dihajati dengan mudah. Itu realiti. Dan
kerana sejak dari awalnya sukar mencari keadilan maka akan selalu terjadi selisih pendapat tentang
apa yang dikatakan adil. Akhirnya adil yang sempurna memang tidak ada. Apa yang dipandang adil
oleh seseorang, dipandang zalim oleh orang lain. Apa yang dinilai adil oleh majikan mungkin  ditafsir
tidak adil oleh pekerja . Si ibu mungkin menganggap tindakannya adil tapi si anak merasa
tindakan si ibu berat sebelah. Adil bagi pihak atasan, dipandang zalim oleh orang bawahan.
Begitu sukarnya kita mencapai keadilan.

Bagaimanapun kita boleh berusaha untuk berlaku adil pada diri sendiri. Misalnya, ketika
bekerja, maka bekerjalah dengan sesungguh hati, tetapi apabila tiba waktu pulang, segeralah
pulang kerana keluarga sedang menunggu di rumah. Itu adil buat kita juga adil buat keluarga.
 Andai tugas di pejabat terlalu banyak, berehatlah seketika kerana itulah yang adil
untuk sistem tubuh kita. Andai pula sistem kerja di pejabat belum mencapai sistem yang
ideal maka kitalah yang harus cerdik memikirkan bagaimana untuk berlaku adil buat
diri kita sendiri. Andai tertekan dengan segala masalah dan persekitaran, kita perlu bijak
mencari penawarnya. Kitalah yang perlu bijak menggunakan segala  kecerdasan emosi,
kecerdasan spritual mahupun kecerdasan minda untuk menghadapi segala bentuk ketidak
adilan yang berada di sekeliling kita.

Tuhan Yang Maha Adil telah membekali kita dengan segala potensi keadilan untuk
mengharungi dunia yang tidak adil. Allah akan menilai kita dengan adil iaitu bagaimana
kita bertindakbalas terhadap ketidakadilan itu. Allah Maha Adil dan Dia akan mengadili
kita dengan seadil-adilnya. Justeru kerana itu berusahalah untuk berlaku adil dalam setiap
tindakan dan perbuatan kita.


Hakikatnya, dunia bukan saja penuh dengan ketidakadilan tetapi juga penuh dengan
muslihat dan tipudaya. Berhati-hatilah..........!

9 comments:

Tia said...

memang kena selalu hati2 dgn dunia hari ini sis !

Abd Razak said...

Keadilan itu meletakkan sesuatu perkara pada tempatnya, sedangkan kebaikan mengeluarkan sesuatu perkara dari tempatnya.

Zeaf I-sahus said...

setuju dengan entry ini..
tp kdg2 org tak nak usaha untuk mencipta keadilan sendiri sedangkn Allah da beri kudrat dan pilihan.

ukhti,mardhiah said...

Keadilan itu milik Allah.
Sifat Allah.
Mari kita banyakkan doa, Allah swt campakkan sifat adil tu pada seluruh umat Muhammad saw.
Amin Ya Rabb
:)

Mindaberbisa said...

Untunglah orang memilih akhirat dari dunia.

Noorieda said...

Assalamualaikum wbt..

Iya..ALLAH tu Maha Adil kan cikgu..

Setiap perkara yang ALLAH dah tentukan tu pasti adil kan cikgu..(-_-*)

fuad ansari said...

mujurlah ketidakadilan hanya seketika, sementara keadilan yg sebenar di alam akhirat adalah selama2nya..

itupun di kehidupan akhirat, mungkin akan ada golongan yg masih mengatakan tidak adil kerana mereka lahir sebagai orang yg bukan Islam..

banyak bukti telah menunjukkan kebenaran islam.. sendiri rugilah sebab tidak mahu berfikir dan mencari kebenaran..

agak hairan kalau utk perkara dunia, pandai nak fikir.. untuk perkara agama, tak nak fikir dengan sebetul2nya.. (",)

Anonymous said...

kalau org bodo mcm mane

Anonymous said...

You guys are bunch of fools, alien worshipers..!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...