Wednesday, November 16, 2011

Cinta di hati, bukan di mata.....

Dulu-dulu, waktu muda remaja
masih mentah , umurpun belasan tahun
fikiran cetek, pandanganpun masih sempit
saya ada kenal satu pakchik
saya lihat dia sayang betul pada isterinya
sampailah satu masa, isterinya jatuh sakit
dia jaga isterinya cukup baik
makan pakainya, kencing beraknya
semua diurus olehnya
dia tidak mengeluh , tidak bercerita yang buruk-buruk
(dia berbakti pada isterinya dengan setia dari mula isterinya sakit
hingga isterinya dipanggil Ilahi...)
sedang dimata saya ketika itu,
isterinya itu tiada yang istimewa
tidak cantik, biasa-biasa saja
tidak kaya, sederhana cuma
tapi saya kagum ; suaminya cukup setia
saat senang dan susah bersama
suatu hari, saya beranikan diri bertanya;
mengapa dia begitu sayang, begitu setia, begitu baik.....
begitu itu dan begitu ini .....pada isterinya.......?
diapun jawab;
"........nanti, bila kamu kawin, kamu akan tahu jawapannya......"


Kemudian, sampai masanya.....
sayapun berumahtangga, lalu saya teringat pesanannya

hari ini, sesudah berbelas tahun  saya berkeluarga
akhirnya saya faham maksud pak chik itu
dan saya temui jawapan kepada persoalan yang pernah saya tanyakan dulu
ini jawapannya;

..........Cinta dihati, bukan dimata.......

( dimata orang lain, pasangan kita mungkin tiada yang istimewa, kerana  manusia selalu   memandang
   kecantikan luaran dan kekayaan harta  sebagai pengikat kasih sayang..... realitinya, tidak semua 
   kekayaan materialistik dan kecantikan fizikal dapat menyatukan  hati, sebaliknya ia disatukan oleh 
   keikhlasan dan kerelaan untuk memberi dan menerima,  saya belajar sesuatu darinya iaitu biar bagaimana
   sekalipun pandangan orang luar terhadap  pasangan hidup kita,  biarlah, asalkan dihati kita, dia  sempurna
   dan istimewa kerana kita  yang akan hidup bersamanya......yang penting nilai agama yang ada padanya.....)


p/s : n3 sempena ulangtahun perkahwinan yang baru berlalu.....

8 comments:

fuad ansari said...

slmt ulangtahun perkahwinan, cikgu.. (",)

dalam pada kelebihan dan kekurangan pasangan, mengajar kita erti saling membantu dalam mengharungi kehidupan...

hebat Allah swt mengatur jodoh pertemuan..

Afida Anuar said...

Selamat ulang tahun perkahwinan kak norsha, moga kekal kebahagiaan hingga ke alam syurga, insyaAllah..

nampaknya saya kena kahwin dulu la baru saya boleh rasa kan kak norsha, cinta di hati, bukan di mata... Allahuakbar...

♥ manje ♥ said...

selamat ulangtahun perkahwinan kak ~

nam said...

SELAMAT ULANGTAHUN PERKAHWINAN KAK..

semoga berbahagia hingga ke syurga.. (",)

~PENCHENTA~ said...

Selamat bercinta kak. Semoga cinta sesama kamu membawa kepada cinta yang Esa. Allahu. Jeles. :)

Abd Razak said...

Assalamualaikum...

Ya, isteri itu amanah, maka ia bukan bergantung kepada kecantikan luarannya tapi taqwanya di sisi Allah Taala...

mhafiz_ydin said...

Sokong!!

Selamat ulang tahun perkahwinan no.. Semoga bahagia hingga ke syurga.

Norsha said...

Terima kasih atas doa yg ikhlas dr sahabat semua, saya doakan juga moga kalian semua beroleh rahmat dan kasih sayang Allah serta bahagia melayari kehidupan masing-masing....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...