Tuesday, October 25, 2011

Cinta

"Daripada Abu Muslim al khaulani daripada Mu'az bin Jabal r.a, ia berkata : "Aku
  Mendengar Rasulullah s.a.w menceritakan daripada tuhannya dengan sabdanya :
  Orang yang bercinta kerana Allah berada diatas mimbar daripada cahaya dalam
  naungan Arasy pada hari yang tiada naungan kecuali naungannya. "

 Abu Muslim menyambung, "Kemudian aku keluar bertemu Ubadah b Samit, lalu
 aku menyebutkan kepadanya hadis Mu'az bin Jabal, maka ia menyatakan :

 'Aku mendengar Rasulullah s.a.w menceritakan daripada tuhannya yang berfirman:
 " CintaKu berhak untuk orang yang bercinta keranaKu, cintaKu berhak untuk
  orang yang saling tolong-menolong keranaKu dan cintaKu berhak untuk orang yang
  saling berkunjung keranaKu. Orang yang bercinta kerana Allah berada diatas mimbar
  daripada cahaya dlm naungan Arasy pada hari yg tiada naungan kecuali naunganNya"
                                                                                                        [Riwayat Ahmad]

Cinta itu indah. Ia hadiah atau anugerah dari Pencipta Yang Maha Indah. Cinta yang
sebenar bersifat mahal dan tidak murah kerana untuk mendapatkannya ia perlu usaha
berterusan dan mujahadah. Namun ingatlah, cinta bukan segala-gala, cinta hanyalah
perantaraan untuk kita mendekatkan diri kepada yang Maha Esa. Cinta manusia adalah
amanah, jangan khianati dengan maksiat dan dosa yang tak sudah-sudah.

Hari ini, kerana memburu cinta manusia, ramai yang terlupa mencari cintaNya, kerana
menagih janji dalam bercinta, ramai menggadai jiwa dan raga, hingga membunuh nyawa
sikecil yang tak berdosa.......

Cinta sejati perlu diuji, hanya yang berjaya menempuhnya akan beroleh kemanisan dihati
Fikir-fikirkan............

Selamat bercinta................!

9 comments:

Wanita Bertudung Hijau said...

yaa, selamat bercinta jugak :-)

CS said...

<3 <3 <3

menusuk hati said...

saya cinta isteri saya..hehe.yang bujang,bila nak bercinta dengan suami/isteri?hik

Afida Anuar said...

Menusuk Hati... too soon to tell..eceh:P

Dengan Cinta Allah..insyaAllah segala cinta akan hadir dalam hidup kita...kan kak?;)

Mas blogger said...

saya mencintai sesuatu hanya kerana Allah....

ukhti,mardhiah said...

Assalamualaikum kak norsha,
cht?tujuan kdtgan mard ni, nak minta pandangan atau sebarang usul penambah baikkan y mgkin bo dilakukan di sek. Y akak nampk. Jumaat sampai sabtu ni, mard akn ke UKM, mwakili pusat ilmu pendidikan USM, ke konvensyen pendidikan..bentang usul suara warga pend. d usm mgnai pend. d malaysia....mgkin pasal GSTT,biasiswa atau apa saja isu pasal pendidikan ..mard x berada di lapangan sekolah lg, mgkin banyak isu mard x tahu. TQ kak...ohh, email pun boleh....sitimardhiahmnor@yahoo.com

~PENCHENTA~ said...

Waktu bujang ni lah masa nak merasa cinta Dia secara mutlak. :D

fuad ansari said...

ucapan selamat bercinta tampak lebih manis dari ucapan selamat hari lahir.. (",)

Norsha said...

WBH,
selamt,selamat......

CS,
:D

Menusuk hati,
bercinta ngan isteri tu, kena sampai ke syurga tau....!

Fida,
betul, tu, betul3

Mas,
itulah yg sebaiknya....

mard,
dh email dah...

Penchenta,
ooo memanglah, masa bujanglh nak rasa kemanisan bercinta denganNya
tanpa gangguan


Fuad,
ucapan selamat bercinta tu utk org yg dah kawen je tau

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...