Thursday, February 24, 2011

Bersabarlah..........

"Maka sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan. Sesungguhnya
 sesudah kesulitan itu ada kemudahan." 
                                                                                            (Surah al-Inshirah 94:5-6)



"Janganlah kamu berputus asa daripada rahmat Allah. Sesungguhnya tidaklah
 orang yang berputus asa daripada rahmat Allah, melainkan orang kafir"
                                                                                                   (Surah Yusuf 12:87)

Tuesday, February 22, 2011

Renungkanlah....

Perkataan yang cantik ialah ALLAH
Lagu yang merdu ialah AZAN
Ensklopedia yang bagus ialah ALQURAN
Senaman yang baik ialah SOLAT
Diet yang sempurna ialah PUASA
Kebersihan yang menyegarkan ialah WUDUK
Perjalanan yang indah ialah HAJI
Kata-kata yang baik  ialah NASIHAT
Sedekah yang mudah ialah SENYUMAN
dan sahabat sejati ialah AMALANMU

Monday, February 21, 2011

Hidup yang sibuk

Minggu ini memang 'busy week' dalam hidup aku:

Selasa.....ujian 1 bermula, petang mesyuarat kewangan

Rabu .....ujian lagi, petang kokurikulum

Khamis .....mesyuarat Koperasi , petang juga (arrghhhhhhhhhhhhhhh..............)

Jumaat ..........check kerja khusus pelajar

Sabtu ..............mesyuarat agung PIBG

Ahad ............dengar kata ada tetamu nak datang dari kampung

Isnin ................anak-anakku pula ada ujian di sekolah

Selasa., rabu, khamis , jumaat...........................?

Result SPM ? ..........................tak tahu bila keluar, suspen sungguh! Cikgu pulak yang susah hati.......

Ya  Allah, penuhnya jadual hidupku.....................tapi syukur aku ada suami yang sangat membantu dalam
urusan rumah tangga..................syukran, syukran, syukran





Ya Allah, jangan jadikan aku lalai dalam kesibukan dunia ini

Saturday, February 19, 2011

Merentas desa

Ada Cabaran Merentas Desa dan Ladang di sekolahku hari ini. Semua pelajar kena ambil bahagian tapi malangnya ramai yang tak hadir. Dari pengamatanku ramai juga yang betul-betul berlari, ada yang buat-buat lari dan ada yang langsung tak berlari..............

Yang menang dapat pingat, yang kalah pun dapat juga, dapat penat......................

Apa-apapun, tahniah pada yang ambil bahagian....... anda tetap menang kerana anda tak mengaku kalah sebelum bertanding!


 Hidup ini pun memang  satu perlumbaan sebenarnya.........................

Hanya yang kuat dan tabah saja dapat sampai ke destinasinya...........

Cantiknya bulan

Cantiknya bulan...........
Terang cahaya sungguh menawan
pada sang malam jadi peneman
sesekali di lindung awan
tetap tersenyum menghilang rawan

Cantiknya bulan.............
sungguh tinggi di atas kayangan
tinggi lagi kuasaMu Tuhan...............




Ilham Jiwa :    Norsha
                        19/2/2011
                        12.05 am

(p/s: mlm ini bulan memang sungguh cantik!)

Friday, February 18, 2011

Bacalah....

Bacalah.......
apa yang kau temui
dengan matahati.................
kan kau mengerti
bahawa hidup ini
adalah untuk menerima dan memberi
saling mengingati
saling menginsafi
kerna hidup dan mati
adalah pasti...........................



norsha.....friday 2011

Thursday, February 17, 2011

Pesan Ibu

 Kepada anak-anakku,

 Syurga di bawah telapak kaki ibu.............

Wednesday, February 16, 2011

Mari main teka-teki

Ok, kawan-kawan, anak-anak, hari ni mari kita uji minda kita, kita main teka-teki, tengok siapa terer......

a)  Taman apa yang ada di syurga tapi boleh dijumpai di dunia ?

b)  Dalam banyak-banyak pintu, pintu apa yang kalau dah ditutup tak boleh dibuka lagi ?

c)  Apa perhiasan yang paling mahal dan berharga di dunia ini?

d)  Dalam banyak-banyak kereta, kereta apa yang kalau diberi percuma pun tak ada orang yang nak?

e)  Ingat 2, lupa 2, apa dia?

f)  Sebut 1, dapat 10, cuba teka?

g)  Soalan yang semua orang dah tahu jawapannya, tapi belum tentu boleh jawab bila ditanya?

h)  Turun naik, turun naik .......susahnya nak dapat tapi bila dah dapat, susahnya nak jaga?

i) Air apa sekali diminum, hilang dahaga selama-lamanya?

j) 4 perkataan, kalau dieja dari depan jadi perisai, kalau dieja dari belakang jadi makanan ?

k)  Naik, naik, naik .........lepas tu berhenti. Apa dia?

l) Daging yang paling jijik dimakan, tapi ramai yang suka  ?

m) Semua orang tahu skor A tu bagus tapi kenapa ramai orang nak skor D ?

n) Pergi awal dapat matahari, lambat sikit dapat bulan, lagi lambat dapat bintang, tak pergi .........memang rugi, apa dia?.

o)  Ringan di lidah tapi berat di timbangan ?

p) Siapa orang yang paling kuat?

Nak tahu jawapannya .........................................................................email kat penulis

Tak boleh tulis jawapan kat sini sebab penulis nak test dulu soalan ni kat anak murid. Tengok mereka boleh jawab ke tidak

Tuesday, February 15, 2011

Bertemu Kekasih hati

Marilah bertemu kekasih hati
di tengah malam yang sunyi
tika mimpi indah menyelimuti
dan dingin air mengigit jari
hamparkan sejadah rindu
pandanglah aku
dakaplah diriku
dengar rintihku
sesungguhnya
aku rindu padaMu..........

Cerita tentang solat

"Dan perintahkanlah keluargamu (dan umatmu) mengerjakan solah dan hendaklah engkau tekun bersabar menunaikannya. Kami tidak meminta rezeki daripadamu (bahkan) Kamilah yang memberi rezeki kepadamu. Dan (ingatlah) kesudahan yang baik adalah bagi orang yang bertakwa."                             
                                                                                                                 (Taha: 132)


"Dan sesungguhnya solat itu amatlah berat kecuali kepada mereka yang khusyuk (iaitu) mereka yang percaya dengan yakin bahawa mereka akan kembali kepadaNya."
                                                                                                             (al Baqarah: 45-46)



---------------------------------------------------------------------------------------------

Suatu hari di dalam kelas ketika sesi p&p  bagi mata pelajaranku hampir-hampir berakhir (kira-kira 10 minit sebelum waktu rehat), aku bertanya kepada anak-anak muridku.

"Siapa solat subuh pagi ini?"

Masing-masing berpandangan sesama sendiri, senyum-senyum , angkat kening, ada juga yang buat muka selamba macam tak dengar saja pertanyaan aku. Lambat betul nak tunggu respon budak-budak ni!  Tak lama kemudian adalah lebih kurang 6 orang angkat tangan, itupun macam nak tak nak je.

"Enam orang sahaja!?"  Aku bertanya dengan nada terkejut. Bayangkan, ada 33 orang dalam kelas tersebut dan yang mengaku solat subuh pagi ini cuma 6 orang ! Yang lain?

"Lambat bangun, cikgu"

"Saya uzur, cikgu"

"Saya memang tak pernah solat subuh, cikgu"

" Saya solat seminggu sekali je , cikgu "

" Saya solat magrib saja, cikgu"

" Malaslah, cikgu"

"Takut kena tinggal bas, cikgu"

Itulah antara jawapan-jawapan yang aku terima pada hari yang tak disangka-sangka itu. Yang uzur (bagi perempuanlah) tu memanglah tak boleh solat, tapi jawapan yang lain tu boleh diterima ke? Lalu entah macam mana pada hari itu aku rasa macam nak berleter je kat budak-budak yang dah boleh dipanggil mak atau bapak orang itu ( mereka semuanya berumur 17 tahun atau hampir-hampir 17).

"Ok, dengar sini, cikgu nak bagitahu kamu satu hal ni supaya di hari akhirat nanti jangan dakwa cikgu tak pernah bagitahu kamu tentang perkara ni"

Lalu bermulalah sesi leteranku (kalau boleh dipanggil leteranla...) pada hari itu. Kebetulan pula hari itu hari Jumaat. Percuma saja mereka dapat tazkirah jumaat daripadaku......

Oleh kerana aku baru balik dari program motivasi agama pakej 3 hari 2 malam, maka semangatku berkobar-kobar untuk berkongsi dengan mereka ganjaran-ganjaran yang Allah telah janjikan kepada sesiapa yang menjaga solat dengan wuduk yang sempurna.

"Allah janji lima perkara kalau kita jaga solat kita. Pertama , rezeki kita akan dimurahkan di dunia ini. Jangan ingat rezeki tu duit saja, kesihatan yang baik, hati yang tenang pun rezeki juga, otak cerdas, senang faham apa yang cikgu ajar pun rezeki juga namanya..."

"Err... cikgu, kalau muka tak hensem tapi ramai orang minat, itupun rezeki juga ke?" tanya S tiba-tiba. Banyak cekadak betul budak-budak ni!

"Bolehlah, kira rezeki jugalah tu tapi kalau setakat muka hensem tapi tak pernah solatpun takde maknanya ....." Aku jawab dalam nada gurauan dan mereka ketawa. Aku tahu soalan tu mesti nak pekena mana-mana kawan yang ada dalam kelas tu.

"Kedua, Allah lepaskan kita dari siksa kubur.........."

Kira-kira penat jugalah aku menerangkan kepada mereka tentang kelebihan-kelebihan solat. Aku tak boleh baca apa yang ada dalam fikiran mereka ketika itu. Entah mereka faham, entah tidak, tapi aku tak peduli kerana yang penting aku dah sampaikan apa yang aku tahu dan apa yang mereka patut tahu. Walaupun aku bukan guru agama dan aku bukan lepasan dari bidang agama, tapi aku percaya bahawa saling ingat mengingati dan nasihat menasihati tu tugas semua orang, bukan tugas guru agama sahaja. Apatah lagi sebagai guru, bukan sekadar mengajar tapi juga mendidik dan sesungguhnya mendidik jiwa manusia itulah yang paling sukar dan mencabar.....setuju tak?

Oleh kerana khusyuknya aku berceramah kepada mereka, aku terlupa bahawa masa rehat mereka dah berlalu 10 minit, bermakna mereka cuma ada 10 minit saje lagi untuk ke kantin!
Patutlah ada yang tengok-tengok jam waktu aku tengah bercakap tadi, ada udang di sebalik mi rupanya.....

Keluar dari kelas mereka dan turun ke tingkat bawah, aku berjumpa dengan guru disiplin sekolah yang kacak dan segak (aku rasala...), aku terangkan hal sebenar bahawa bukan salah mereka terlewat keluar rehat hari ni, juga bukan salah aku (sebab tak dengar pulak bunyi loceng tadi). Aku minta mereka tidak didenda atas kelewatan tersebut dan dengan penuh bergayanya guru disiplin tersebut menerima permintaan aku.  Agaknya dia hormat kat aku sebab aku lebih senior darinya yang baru ada anak dua.....

Anak-anak muridku yang dikasihi,
Apapun alasan yang kamu berikan, itu tidak melepaskan kamu dari tanggungjawab untuk menunaikan solat kerana solat itu wajib dan perkara pertama yang akan ditanya diakhirat kelak. Jika elok solatnya, insyaallah selamatlah kita tapi jika kantoi solatnya, kantoilah juga amalan-amalan lainnya. Percayalah bahawa solat itu satu terapi jiwa yang sangat mujarab untuk semua masalah yang kita hadapi. Juga yakinlah bahawa solat itu adalah benteng daripada perbuatan keji dan mungkar. Sungguh benar, solat itu berat , apatah lagi bagi remaja seperti kamu yang sedang mencari identiti diri, yang sedang leka dibuai mimpi indah  duniawi yang belum pasti ...........

Sebagai guru, cikgu doakan kamu semua diberi taufik dan hidayah untuk menunaikan solat diawal-awal waktu secara berjemaah (bagi lelaki) di suatu hari nanti. Dan andainya di waktu itu kamu teringat akan 'leteran' yang pernah cikgu berikan kepada kamu dahulu, jangan lupa doakanlah cikgu agar cikgu juga termasuk dalam golongan orang-orang yang sentiasa menjaga solat......... Amin

Salam sayang dari cikgu

Monday, February 14, 2011

Ingatilah Allah.....

"Ketahuilah dengan zikrullah itu, tenang tenteramlah hati manusia"                                  (Surah Ar-Ra'd: 28)



"Wahai orang-oarang beriman, (untuk bersyukur kepada Allah) ingatlah serta sebutlah  nama Allah dengan ingatan serta sebutan yang sebanyak-banyaknya"                                                        (Surah Al Ahzab: 41)



" Dan ingatlah serta sebutlah akan TuhanMu jika Engkau lupa"                                     (Surah Al Kahfi: 24)



Hazrat Abu Hurairah r.h meriwayatkan bahawa Rasullullah s.a.w bersabda, " Allah s.w.t berfirman, "Hendaklah kamu mengingati Aku seketika selepas solat asar dan subuh nescaya Aku mencukupi kamu diantara keduanya."

Disebutkan dalam satu hadis yang lain, "Hendaklah kamu mengingati Allah nescaya Dia akan membantu menyempurnakan hajat kamu."                                                         [Hadis Riwayat Imam Ahmad]



Hazrat Abu Sa'id al Khudri r.h memberitakan bahawa Rasullullah s.a.w pernah bersabda, "Berapa ramai orang di dunia ini yang mengingati Allah s.w.t di atas tilam yang empuk dan kerana itu Allah s.w.t mengangkat darjat mereka ke peringkat yang tertinggi di dalam syurga."
                                                                                                        [Hadis Riwayat Imam Muslim]




Ya Allah, jadikanlah aku termasuk dalam golongan orang-orang yang sentiasa mengingatiMu.............
----------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sunday, February 13, 2011

Sehari selepas dilahirkan....

Alhamdulillah.......setelah  melelapkan mata selama beberapa jam, akhirnya dapat juga aku bangun pagi ini dengan kesegaran mental dan fizikal hasil dari peluang berehat yang diberikan Allah semalam. Terjaga beberapa minit sebelum azan berkumandang , membaca doa bangun tidur terlebih dahulu, membersihkan diri dan kemudian berdiri mengadap Ilahi ( memanjat syukur kerana masih hidup) adalah nikmat yang tak tergambar oleh perasaan dan tak terucap oleh perkataan...... Terima kasih Ya Allah atas kurniaan iman yang Engkau berikan...........................

Hari ini aku akan sambung cerita semalam tentang bagaimana aku dapat idea untuk menulis blog ini dan mengapa aku namakan blog ini sebagai Notasisi via Notahati. Seperti yang aku bicarakan semalam, dalam banyak-banyak blog yang aku layari itu, ada satu dua blog yang membuat aku terpana dan terkasima, betapa dalam hidup ini banyak lagi perkara yang belum dilaksanakan, banyak lagi tanggungjawab yang belum ditunaikan. Selama ini aku merasa cukup berpuashati dengan kehidupan ku sebagai seorang manusia yang sentiasa sibuk dengan hal-hal duniawi hingga aku jarang peduli tentang perkara-perkara lain yang lebih hakiki dan abadi .........

Blog yang aku maksudkan itu ialah blog-blog yang ditulis oleh tangan-tangan yang aku tak kenali tapi hasil tulisannya  telah mengetuk pintu hatiku untuk lebih menginsafi diri ( sebenarnya kita tidak memiliki apapun, yang ada pada kita itu, yang kita sangka sebagai harta kita dan hak kita sebenarnya milik Allah belaka......Allah boleh ambil pada bila-bila masa Allah suka). Dan akhirnya aku sedar, setelah berpuluh tahun bernafas di mukabumi ini, kita boleh pada bila-bila masa saja dipanggil oleh Allah untuk mengadapnya. Apabila Allah telah memanggil kita tiada lagi peluang untuk kita kembali ke dunia ini dan segala harta yang kita miliki selama ini tidak lagi boleh memberi apa-apa kesan kepada kita kecuali 3 perkara .......doa dari anak-anak yang soleh, sedekah jariah dan ilmu yang bermanfaat. Oleh itu sebelum aku pergi mengadap ilahi, aku ingin sekali berkongsi dengan kalian sedikit ilmu yang aku ada juga pengalaman-pengalamanku yang tak seberapa ini yang mungkin boleh korang ambil sebagai panduan, tapi aku lebih suka menekankan bahawa blog ini sebenarnya blog pesanan yang aku tulis untuk diriku sendiri yang selalu lupa. Untuk anak-anakku, mungkin suatu hari mereka akan membaca blog ini dan pada ketika itu mereka mungkin menyedari betapa kasih sayang ku pada mereka tiada tolok bandingnya walaupun ketika hayatku aku selalu marah dan berleter pada mereka kalau ada yang tak kena pada pandanganku........

Mengapa blog ini dinamakan Notasisi via Notahati?

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------
cerita 1

"Cikgu, kita nak buat nota ke latihan hari ni?" Tanya anak muridku pada suatu hari ketika sesi p&p baru bermula.
"Kita buat nota dulu, kemudian kita buat latihan." Jawabku ringkas dan sesi p&p pun bermula dengan tajuk bla....bla........


cerita 2

"A, nanti sebelum order barang, isi nota minta dulu ye" beritahu ketua bidangku suatu hari ketika aku baru keluar dari kelas. Bagi mereka yang terlibat dalam dunia persekolahan pasti tahu apa itu nota minta.

cerita 3

"Cikgu, kalau peniaga pulangkan barangkan , kita guna nota debit atau nota kredit?" tanya anak muridku dalan kelas P.A yang aku ajar. Bagi para peniaga, mereka pasti tahu apa yang dimaksudkan dengan nota-nota tersebut.


Cerita 4

Ketika berada di rumah anak sulongku bertanya " Ada nampak buku nota long tak?"


Kesimpulannya:

Dalam satu hari itu banyak betul perkataan nota yang aku temui dan dengari, seakan tidak sah jika dalam satu hari tidak mendengar perkataan nota. Malahan ketika perhimpunan rasmi sekolah pada hari pertama persekolahan, guru bertugas telah menekankan tentang pentingnya para pelajar memiliki sekurang-kurangnya satu buku nota kecil sebagai catatan. Begitu pentingnya nota sehingga dalam tas tanganku juga ada nota kecil yang selalu kubawa kemana-mana, selalu berada disisiku apabila aku perlukan......

Dan kalian juga pasti tahu bukan, dalam hidup kita ada dua malaikat di kiri dan kanan yang sentiasa mencatat amalan-amalan baik & buruk kita setiap hari. Bila tiba masanya buku catatan amalan kita itu akan diserahkan pula kepada kita untuk dinilai dan diadili seadil-adil oleh yang Maha Adil. Sedarkah kita...........

Saat kelahiran

Alhamdulillah .....  selepas berpenat lelah menyiapkan semua tugasan penting, dihambat kesibukan tugas antara rumahtangga, kerjaya dan tugas asasi sebagai manusia biasa, akhirnya dapat juga aku lakukan apa yang telah lama ingin aku laksanakan. Dengan Izin Yang Maha Esa, akhirnya tepat pukul 1 pagi hari ini, lahirlah blog ini yang aku namakan sebagai Notasisi via Notahati......
           Emm....Notasisi? Mengapa nota? Tak ada nama lain lagi kah? Dalam banyak-banyak perkataan , mengapa perkataan ini yang dipilih? Nanti aku ceritakan mengapa blog ini dinamakan sedemikian. Sebenarnya idea untuk menulis blog  ini datang beberapa minggu yang lalu......Sewaktu cuti persekolahan disember lalu. Dalam kesejukan Pantai Timur disimbahi hujan yang kadangkala lebat dan kadangkala perlahan, ada masa terluangku di habiskan di depan laptop (itupun selepas berebut dengan anak2) melayari blog-blog tertentu. Dari blog-blog resipi ke blog-blog ilmiah (sesekali menjengah ke blog hiburan), akhirnya aku temui blog yang dapat 'mengikat' aku untuk duduk lebih lama di depan komputer sambil membaca, memikir dan mentafsir.........
          Dalam sekian banyak blog yang aku layari itu, ada satu dua blog yang benar-benar memikat hatiku hingga akhirnya aku jadi pembaca setia (bukan follower, hanya silent reader)  dan jatuh hati dengan penulisannya. Hasil dari tulisan itulah akhirnya membuka hati dan mindaku untuk melihat hidup ini dari persepsi yang berbeza. Tulisan yang bersahaja tapi penuh bermakna itu telah membuatkan aku sedar betapa selama ini aku membiarkan keegoaan ku menguasai diri hingga aku selalu merasakan akulah yang terbaik.
Kesibukanku membuat aku lupa bahawa hidup ini sebenarnya perlu ingat-mengingati, nasihat-menasihati dan saling berkongsi pengalaman untuk memperbaiki diri .....

....?   (Bersambung di entri kedua........)







Ya Allah, jadikan aku hambaMu yang engkau redhai
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...