Thursday, October 20, 2011

Kisah seorang anak

Isnin lepas, sewaktu perhimpunan mingguan, pengetua sekolah  telah memanggil 3 orang
pelajar tingkatan 5 naik ke pentas untuk diperkenalkan sebagai pelajar harapan sekolah
yang diharapkan boleh menjadi contoh dan inspirasi kepada pelajar lain untuk berjaya
dalam SPM yang akan tiba tidak lama lagi. Di antara 3 orang itu, salah seorang darinya
menarik perhatian kami, guru-guru untuk bercakap tentangnya kerana kisah hidupnya
menyimpan cerita tersendiri dan sangat menyentuh hati ;

Dia  pelajar pendiam namun  rajin membantu guru selain memiliki sikap yang 
menyenangkan serta tidak sombong . Dalam kelasnya, dia antara pelajar lelaki yang
menyerlah. Awalnya tidak ada yang tahu kisah hidupnya, namun apabila keputusan
peperiksaannya merosot sejak akhir2 ini ,guru kelasnya dan guru-guru lain yang 
mengajarnya  mula curiga dan  mencari punca kepada kemerosotannya. Dari situ, 
dia  membuka cerita,( rela dalam terpaksa) kerana sekurang-kurangnya guru2 tahu
duduk perkara yg sebenar ,katanya ; Saya tinggal dengan ayah tiri (bekas) selepas ayah
tiri dan ibu  berpisah. Ibu dan ayah kandung saya pula sudah lama bercerai, kemudian 
ibu kawin lain dan kami mendapat ayah tiri warga seberang. Malangnya, perkahwinan
itu tidak kekal lama, mereka berpisah dan ibu kawin lain lalu pindah mengikut suami.
Tinggallah kami, dengan bekas ayah tiri, yang sangat panas baran namun masih punya
belas ehsan untuk membenarkan kami tinggal bersamanya tapi dengan syarat kami harus
mengurus segala-galanya sendiri seperti  makan pakai, urusan sekolah dan lain-lain. 
Bak kata pandai-pandailah nak hidup.......
Sebagai anak lelaki yang paling besar, saya menguruskan segala-galanya, memasak 
untuk adik-adik, mengemas rumah, membasuh malah apa saja yang perlu dibereskan 
di rumah itu, dan tidak boleh melakukan perkara yg boleh menimbulkan kemarahan ayah 
tiri kerana silap sikit saja  kami akan dipukul . Sebenarnya,rumah itu bukanlah syurga bagi
kami tapi kerana tiada pilihan lain, segalanya harus dihadapi dengan tabah. Kami tidak 
boleh banyak kerenah lebih2 lagi saya yg akan menghadapi peperiksaan SPM tak lama lagi. Sekurang2nya bekas ayah tiri masih bertimbangrasa tidak menghalau kami keluar dari 
rumah sedang hakikatnya kami bukanlah darah dagingnya. Kami cumalah bekas anak 
tirinya...........


Begitulah lebih kurang kisah hidupnya. Sungguh menyedihkan kerana mereka kehilangan
kasih sayang dan perhatian angkara perceraian.

Sangat menghairankan juga bagaimana sang ayah dan ibu boleh melupakan anak-anak
begitu saja selepas berpisah. Terlalu marah barangkali kepada pasangan hingga anak-anak
menjadi mangsa, sedangkan mereka itu langsung tidak bersalah malahan bijak dan mampu
untuk pergi lebih jauh jika diberi peluang, rangsangan dan kasih sayang. Maha Besar
Allah Yang Maha Pengasih yang memberikan kebijaksanaan dan ketabahan kepada pelajar
tersebut untuk bertahan mencari ilmu dalam serba kepayahan. Kami semua berdoa agar dia
kuat dan tidak  patah semangat sekalipun riak di wajahnya kadang2 seperti menanggung beban
yang berat.

Sebagai guru, saya tidak begitu terkilan seandainya dia kurang cemerlang berbanding
pelajar lain (kerana tekanan yg ditempuhnya), tapi saya (mungkin juga guru2 lain) akan
sangat-sangat terkilan jika kerana kepincangan keluarganya itu, dia akhirnya tersilap
memilih kawan, tersalah jalan hingga hilang pertimbangan untuk menjadi contoh terbaik
kepada adik-adiknya yang masih mengharapkan bimbingan. Moga-moga Allah melindunginya
dari pekara2 yg buruk.

Ketika mula2 mendengar kisahnya, sungguh kerkejut  apabila mengetahui bagaimana
dia melakukan semua kerja2 rumah (sedang  perempuan pun ada yg malas !) ,
sambil meneruskan tanggungjawabnya belajar tanpa jemu. Sungguh ! kami kagum dengan
ketabahannya, dialah ayah , dialah ibu, dalam usia remajanya , dia memikul tanggungjawab
yang bukan sedikit. Dalam seribu satu ujian hidup yang ditempuhnya, banyak kali juga kami
dapat melihat senyumannya.........
Berapa ramai orang boleh bertahan dalam keadaan sepertinya ?


( ......suatu hari, dia berkata kepada gurunya; cikgu, saya tak dapat hadir ke kelas petang
  ini, saya mahu ke bandar bertemu ibu, dah lama  saya tak jumpa ibu......)

dapatkah anda selami perasaan si anak itu ?

oleh itu, bersyukurlah jika anda punya keluarga bahagia kerana diluar sana masih ramai insan2 yg 
dahagakan kasih sayang.........

14 comments:

fuad ansari said...

dimanakah nilai seorang ibu membiarkan anak sebegitu...

mungkinkah tinggal di rumah anak yatim, lebih baik bagi mereka??

moga ujian mendewasakan... tidak mustahil anak2 sebegini lebih cepat berjaya dari rakan2 yg sebaya dengannya...

~PENCHENTA~ said...

Ya Allah kak, betapa nikmat mempunyai ibu dan ayah adalah nikmatNya yang terhebat selepas menikmati cintaNya sendiri.

Yang pasti, dia tentu punyai satu nikmat lain yang Allah letakkan sebagai terhebat padanya. Semoga nikmat itu juga diletakkan pada jalanNya. :')

Afida Anuar said...

Allah... macam-macam cara manusia di uji ya kak. Semoga dengan ujian ni menjadikan dia tabah, dan selalu dekat dengan Allah...tidak hanyut

nam said...

ujian Allah.. semoga sentiasa tabah.. jangan bimbang Allah selalu ada.. (",)


p/s: mak nam baru balik kampung 4 hari, dah rasa rindu sgt2.. tiap2 hari call tanya bila mak nak balik.. (T__T)

umu6point said...

Assalamualaikum cikgu,

Bila baca kisah di atas terus menerus air mata jatuh. Mungkin asbab hari menjadi "seorang ummi" semakin dekat, makanya naluri keibuan umu semakin bertunas dan bercambah hinggakan pantang jika membaca kisah sayu seorang anak pasti cepat tersentuh dan mengalir air mata.

Moga Allah swt memberi kekuatan kepada pelajar cikgu dalam menempuh ujian yang di hadapinya. Allahumma amin.

IMANSHAH said...

kagum juga kak

cikguNae said...

Semoga dia tabah, dilindungi dan dipermudah segala olehNYA

Norsha said...

fuad,
begitu juga, di mana nilai seorang ayah yg membiarkan darah daging terkapai2 meneruskan hidup....

Penchenta,
hargailh ayah ibu selagi mereka ada disisi


Fida,
dia mmg tabah, tidak mengeluh dan selalu pula tersenyum....

nam,
utglh anak2 yg masih punya ibu tempat mengadu berbanding mereka yg tiada tempat hendak bercerita

umu,
moga kisah itu ada iktibar buat kita sebagai ibu agar sentiasa ingat bahawa anak adalah amanah Allah

Norsha said...

Imanshah,
agak2 kalau kita ditempatnya, bagaimana ye ?

naeblog,
begitulah, moga2 ada sinar bahagia dikemudian harinya....

Aishah Nur Hakim said...

saya sedih cekguuu

:|

Norsha said...

Aisyah Nur Hakim,
berat mata memandang, berat lagi bahu memikul......:(

Wafi said...

sunnguh berat ujian.. pasti dia seorang yang tabah sehingga diberi ujian begitu

CS said...

salam k.norsha,
kisah ni agak mirip dgn seseorang yg sy kenali...Alhamdulillah kini kehidupannya sudah berubah,,moga jauh lebih baik dr sebelumnya...moga adik ni pun akn tabah jg~

Norsha said...

wafi,
setiap ujian sesuai dgn tahap kemampuan seseorang

menusuk hati,
moga ujian mendewasakan dia

CS,
kita doakan agar awan mendung akan
segera berarak dari hidupnya...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...