Tuesday, June 28, 2011

Esok Israq Mikraj

Assalammualaikum w.b.t ;

Pagi selasa yang tenang dan damai, tapi memenatkan juga kerana baru turun
dari tingkat 4 dari bangunan dihujung padang ini. Terasa kering tekak kerana
baru selesai menyampaikan ilmu kepada bakal-bakal akauntant dan usahawan
lima tahun dari sekarang. Harap-harap 10 tahun lagi adalah anak murid yang
akan jadi VVIP bila mereka dah berjaya, berbaloilah cikgunya panjang tangga
tingkat 4 setiap hari.

Emm.....esok 27 rejab, sekejab je, pejam celik pejam celik dah penghujung bulan
rejab, pejam celik pejam celik dah nak masuk bulan Saaban, lepas tu bulan
ramadhan tapi kalau pejam tak celik-celik tak tahulah sempat tak nak jumpa bulan
Ramadhan, harap-harap sempatlah.........

Ooo....cikgu bukan nak cite pasal peristiwa Israq Mikraj sebab korang pun dah
ramai yg tahu tentang peristiwa tersebut. Sekarang, teknologi dihujung jari, tekan
saja apa-apa maklumat senang dapat, tinggal nak cari dengan tak cari je , cuma
nak pesan-pesan kat diri sendiri dan sapa-sapa yg baca blog ni, sempena Israq
Mikraj ni kita muhasabahlah diri terutamanya tentang solat kita, sempurna ke
tidak, penuh 5 waktu atau ada waktu-waktu saja buat, tak sempat tak buat, tapi
cikgu percaya yang baca blog ni semua baik-baik, solat mesti penuh punya,kan ?

Tapi semalam, frust betul sebab di satu kelas ni lepas habis mengajar sempatlah
bercerita sikit dgn diorang tentang peristiwa Israq Mikraj, bila tanya tentang solat
alahai berapa kerat je solat penuh, yang solat subuh pun cuma berapa orang je,
sedih betul......Ada sorang budak lelaki ni, katanya dah ambik wuduk tapi tiba-
tiba rasa malas nak solat, terus tak buat, ada ke patut ! bertepuk tanganlah
syaitan ! Moga-moga lepas ni bila dah kena tazkirah sikit dengan cikgu yang
bukan ustazah ni, harap-harap dia insaf dan tak tinggal lagi solat.......

Oklah, stop dululah, la ni masa rehat, tapi satgi kul 11.00 ada kelas pulak, adoi
panjat tangga lagi tapi tingkat 3 je, tahanlah sikit.....(err....kalau sekolah ada lift
kan best !)

Oh ya......esok kalau ada kekuatan bolehlah puasa sunat ye.......

p/s ; yang tanya pengalaman cikgu masa kat India dulu, nantilah cikgu cite bila-bila,
perasan sibuk sikit seminggu dua ni.....

Saturday, June 25, 2011

From India with love

Beberapa hari lalu, saya terima kiriman ini dari seseorang ;

Sekeping poskad yg mengembalikan ingatan lebih 10 tahun yang lalu, ketika saya
dan suami buat pertama kalinya ke sana untuk menziarahi saudara-saudara Islam
yang tinggal di sana atas maksud agama ;



Apa yang saya dapat selama 40 hari di sana ? Pengalaman... yang tidak saya
perolehi ketika di pusat pengajian, ilmu.... yang tidak saya temui di buku dan
seribu satu cerita yang menyentuh rasa dan berbekas di jiwa, betapa  di sebalik
kemiskinan dan kedhaifan, mereka teguh berpegang kepada agama. Disebalik
perbezaan mazhab dan budaya, matlamat kita tetap sama.......mencari keredhaanNya.

Terima kasih kepada pengirimnya !


Thursday, June 23, 2011

Forgive and Forget....

Adat orang berkata-kata, kadang-kadang tanpa sengaja ada yang terluka, ada
yang terasa, mungkin yang berkata-kata itu tidak menyangka perkataan yang
diucapkan, yang disangkanya gurauan tapi bagi yang mendengar kata-kata itu
seperti tusukan, bagaikan tikaman..... boleh membuat yang mendengar menjeruk
perasaan...............Itulah yang terjadi kepada saya semalam, pagi-pagi sudah
terasa hati dengan seorang ini, rakan sekerja yang saya hormati................

Oh, memang saya terasa dengan kata-katanya, tapi saya diamkan saja untuk
tidak memanjangkan cerita, agar tidak berat kepala kerana seharian ini saya
akan kepenatan dengan pelbagai program anjuran sekolah. Ya, memang
terasa dan untuk seketika terasa panas di dada, panas di telinga tapi saya
memujuk diri sendiri dengan berkata.....lupakan saja, diapun manusia biasa,
tidak terlepas dari salah dan silapnya, sudah saya maklum sikapnya yang
'outspoken' itu........hal yang remeh temeh, tidak perlu sakit kepala, apa lagi
sakit hati.......Maafkan saja dia dan lupakan segalanya !


Kemaafan itu indah dan dendam itu barah yang boleh membawa padah.
Kemaafan itu datang dari sifat sabar dan berlapang dada.......
Maafkan, Maafkan, Maafkan...........................

Monday, June 20, 2011

Terbaik dari ladang....

Saya duduk menikmati minum pagi, di sebuah cafe pagi tadi (err....kantin
sebenarnya), bersama 4 lagi kawan-kawan perempuan, yang merupakan
rakan sekerja. Salah seorang dari kami mencapai  suratkhabar arus perdana
untuk melihat tajuk-tajuk panas hari ini. Sedang enak menikmati teh tarik
panas, teman tadi membacakan dengan agak kuat salah satu tajuk berbunyi
"Kelab Isteri Taat Dilancar Di Indonesia". Nak dengar apa respon kami ;

Puan A   :  Macam-macam, ada agenda la tu...

Puan B   :  Tak payah kelab-kelab, dah lama dah taat.......

Puan C   :  Taat suami kerana Allah, bukan kerana kelab.....

Puan D   :  Yelah, takut mula-mula join kelab sebab nak dapat ilmu,
                 lama-lama habis semua rahsia rumahtangga terbongkar bila dah jumpa
                 ramai-ramai tu

Puan E   :   Pokok pangkalnya hati.....tak payah masuk kelab pun boleh jadi
                 isteri yang taat, selagi tak melibatkan maksiat.........

Puan A  :   Silap-silap, aktif sangat berkelab-kelab, rumahtangga terabai, suami
                 pergi ke kelab lain.....

Puan  D :   Eh, pasal diorang ni sibuk sangat dengan kelab isteri taat ni, isteri saja
                  ke  yang kena taat, suami tak payah nak setia ke ?
                  Dua-dua pentinglah....

Itulah lebih kurang reaksi spontan dari mak-mak dara yang memang taat kat
suami masing-masing walaupun kami tak pernah masuk kelab isteri taat.
Berpeganglah kepada apa yang telah diajar oleh nabi kita, InsyaAllah kita
akan selamat.........

Isteri hamparan dunia, suami langit penaungnya,
Isteri bagai kejora, suami bagaikan purnama,
Isteri ladang tanaman, suamilah pemagarnya
Ayuh.... kita jadi yang terbaik dari ladang...................!

Saturday, June 18, 2011

Kepada semua bapa-bapa....

Kepada semua lelaki yang bergelar bapa dan dipanggil ayah/abah/bapak/papa/
daddy/abi/walid,................diucapkan Selamat Hari Bapa....moga menjadi
bapa cemerlang, gemilang dan terbilang  ;

~ Bapa umpama payung............kerana bapa tempat berlindung
~ Bapa umpama laut ................kasihnya dalam tak pernah surut
~ Bapa wira sejati.....................penguat semangat anak dan isteri
~ Bapa laksana gunung.............teguh berdiri memegang hukum
~ Bapa contoh tauladan............iman amalmu jadi ikutan
~ Bapa pemegang amanah........ajari keluargamu mengikut sunnah

"Tunjukkanlah akhlak yang mulia, agar anak-anak dan isteri merasa bangga
mempunyai anda sebagai bapa"

" Jangan jadi bapa ayam...........Jadilah bapa berjiwa penyayang!"


Yang belum jadi bapa, sabar-sabarlah ye.......

Tuesday, June 14, 2011

Bila bulan dilindung awan....

Bila bulan dilindung awan
usah bersedih membias rawan

Bila bulan dilindung awan
carilah bintang yang bertaburan

Bila bulan dilindung awan
leraikan rindu dalam senyuman

Bila bulan dilindung awan
itulah tanda kebesaran tuhan

Bila bulan dilindung awan............

Saturday, June 11, 2011

Penyakit orang zaman sekarang

Gaji taknak murah
tapi kerja nak mudah

Cakap taknak kalah
orang lain semua salah

Hidup nak mewah
lebih sudu dari kuah

Pakai nak 'up to date'
peduli apa poket 'sakit'

Makan nak banyak
ibadat kurang tak kisah pulak

Bukan nak mengata
nak ingatkan sapa-sapa yg lupa
termasuklah tuan punya blog ni juga.....

Friday, June 10, 2011

Radiasi vs ?

Setelah 16 tahun bermastautin di bandar yang aman damai ini, semalam baru
saya tahu bahawa ada loji pemprosesan sisa radioaktif yang sedang dibina
di sini dan dijangka beroperasi penghujung tahun ini. Fuuh...!

Itupun kerana seorang rakan tionghua menghantar sms kpd en suami saya
supaya menonton rancangan edisi siasat (mandarin) di NTV7 malam tadi yg
membincangkan isu LYNAS. Rupa-rupanya banyak siri bantahan, demonstrasi
kecil-kecilan, kempen jalanan dan sidang laporan diadakan di sini. Bagaimana
saya tidak mengetahuinya ? Baru saya ingat, dunia saya cuma
rumah ----> sekolah -----> rumah. Dengan bermacam perkara berligar di kepala,
tentulah isu-isu seperti ini kadang-kadang tidak begitu diambil kira.

Tapi hari ini saya mahu bercerita sedikit tentangnya. Logi pemprosesan sisa
 radioaktif tersebut telahpun hampir 70% siap di atas tanah berkeluasan 100
hektar. Ia akan memproses sisa radioaktif yang dibawa masuk dari negara
kangaroo untuk dikitar semula dan dijual balik ke pasaran antarabangsa.
Dengan belanja pembinaan hampir RM700 juta, ia dijangka mampu menenuhi 30%
permintaan dunia dan khabarnya akan dapat memecahkan monopoli China
ketika ini. Mengapa dibina di sini?  Kata mereka kerana faktor kos dan alam
semula jadi.. Kerja-kerja pemprosesan tersebut memerlukan banyak air !
Ooo....mentang2lah Sungai terpanjang di Semenanjung terletak di sini, nak ambik
kesempatanlah tu....!

Khabarnya ia mampu menyediakan peluang pekerjaan kepada 350 orang
pekerja. Haha.....Lepas ni, lepasan dalam bidang kimia boleh mohon kerja di sini.
Yang peliknya, syarikat tersebut katanya dikecualikan dari cukai selama 12
tahun, jadi apa yang kita dapat ?Entahlah, tak kuasa nak memikir ......yang pasti
 ramai menentang kerana risiko untuk terdedah kepada radiasi sangat tinggi !

Lalu saya teringat kepada bencana yang menimpa Jepun baru-baru ini apabila
gempa bumi menyebabkan kerosakan kepada Logi Nuklear mereka dan
mengakibatkan kesan radiasi yang bukan sedikit.

Anak lelaki saya yg berusia 11 tahun menyarankan kami berpindah ke tempat
lain. Senangnya, ingat macam pindah bilik ke? Adakah selepas ini, warga
Kuantan akan berpindah secara diam-diam ke tempat lain ? Adakah Pantai Teluk
Cempedak, Pantai Gelora, Pantai Batu Hitam akan ramai pengunjungnya seperti
sekarang ? Masa akan menentukannya......

Kediaman kami  terletak hampir 30 kilometer dari kawasan pembinaan tersebut,
suatu jarak yang menurut mereka selamat dari kesan radiasi. Ish....betul ke?
Bagaimana pula dengan mereka yg tinggal cuma 3 km saja dari kawasan tersebut?

Allahuallam........

                                             err....ni bukan kipas angin ye

Thursday, June 9, 2011

Hidup adalah untuk.....

Bukan hidup namanya jika tak pernah ditimpa ujian
Bukan hidup namanya jika tak pernah merasa kesakitan
Bukan hidup namanya jika tak pernah rasa tertekan
Bukan hidup namanya jika tak pernah dihimpit kesulitan
Bukan hidup namanya jika takpernah dilempar kata-kata cacian

Hidup adalah perjalanan, perjuangan, kesabaran dan ketaqwaan....

Hidup bukan untuk merintih sedih berpanjangan
Hidup bukan untuk mengeluh sepanjang jalan
Hidup bukan untuk mencari salah silap teman-teman
Hidup bukan untuk bersangkaburuk dengan tuhan
Hidup bukan untuk menyalahkan takdir dan ketentuan

Hidup adalah untuk berbakti , untuk memberi, untuk mensyukuri
Hidup adalah untuk taat Perintah Allah dan  ikut Sunnah Rasulullah s.a.w......


Selamat meneruskan kehidupan
Moga hari ini lebih baik dari semalam, dari hari-hari sebelumnya.......

Tuesday, June 7, 2011

Yang biasa dan tak biasa kita dengar.....

Yang biasa kita dengar;
....atas nama seni, saya sanggup buat apa saja, peduli apa dengan cakap-cakap
    orang , nak kutuk kutuk lah, saya bukan kacau orangpun, orang barat buat
    lebih dasyat dan teruk lagi takde orang bisingpun, orang yang kutuk saya tu
    mentalliti mereka kolot dan ketinggalan zaman, nama pun seni, kenalah ada
    kreativiti,lagipun saya buat kerja seni tu bukan untuk orang Malaysia, untuk
    pasaran luar.......


Yang tak biasa kita dengar ;
........atas nama agama, saya sanggup berkorban apa saja, tak peduli apa orang
    nak kata, nak kutuk-kutuklah, saya buat benda yang baik, orang lain korban
    mereka lebih tinggi untuk agama, mereka berjihad untuk agama takbisingpun,
   namapun kerja agama kenalah ada pengorbanan dan ujian, orang yang kutuk
   tu mereka belum faham dan belum dapat hidayah, doakan saja yang baik-baik
   untuk mereka, lagipun saya buat kerja agama kerana Allah untuk kesejahteraan
   seluruh ummah.....


notahati : setiap manusia melakukan kesilapan, marilah kita memohon ampun
              kepada Allah setiap hari atas segala salah dan silap kita, kerana nabi
              yang maksum itupun beristigfar setiap hari, apatah lagi kita.......

Friday, June 3, 2011

Berpasang-pasang......

Sepasang mata
jika cuma satu
sukar melihat , samar dan kelabu....

Sepasang telinga
jika cuma satu
boleh mendengar, tapi sayup-sayup

Sepasang tangan
jika cuma satu
sukarlah bila mahu berpegangan

Sepasang kaki
jika cuma satu
boleh berdiri....... sukar  berlari

Sepasang sayap kiri dan kanan
jika patah satu
bisakah terbang tinggi di awan ?

Hidup yang berpasang-pasangan
Seperti langit dan awan
Seperti bulan dan bintang bergemerlapan
Seperti ombak dan lautan
Saling memerlukan, pelengkap kehidupan
Saling ingat mengingat
Untuk hidup yang lebih berkat..............

Carilah pasangan...........
buat teman diperjalanan.......
penghilang sunyi tika kesepian.......
penyembuh luka saat kedukaan........
penghibur hati kala keresahan..........
pemberi semangat di waktu diri ketewasan......
agar kau bisa terus berjuang dan berjuang
tanpa rasa jemu, ragu dan bimbang.............!

Surah Ar-Rum ayat 21:
" Dan diantara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan  dan rahmatNya
   bahawa Dia menciptakan untuk kamu  pasang-pasangan hidup daripada
  jenis kamu sendiri,  supaya kamu senang hati dan hidup mesra dengannya,
  dan dijadikan diantara kamu perasaan kasih sayang dan belas kasihan.
 Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan bagi
 orang-orang yang berfikir "


Nukilan : Norsha (Ktn, Phg)


p/s : bagi yang belum ketemu, jangan berputus asa....

Wednesday, June 1, 2011

Suatu hari, di sebuah kelas...........

Jumaat lalu, sehari sebelum cuti sekolah, tidak ramai pelajar yang datang.
Almaklum baru habis midyear exam. Di satu kelas yang saya masuk itu
cuma ada 8 orang yang terdiri dari 7 pelajar perempuan dan seorang pelajar
lelaki. Baru habis exam, hendak mengajar tajuk baru, memang budak-budak
tu takde mood, bukan pelajarnya saja takde mood, dengan cikgunya sekali.

Saya berkira-kira mahu menanda kertas soalan peperiksaan di dalam kelas
tersebut tetapi kemudiannya mengubah fikiran setelah saya mendengar
mereka berbual perlahan sesama mereka dan saya dapat menangkap beberapa
perkataan seperti 'abang angkat', 'pakwe', 'antar mesej' dan lain-lain
perkataan yang ada kaitan dengan dunia remaja. Rasanya lebih baik berbual
dengan mereka disamping memberikan nasihat berguna untuk remaja
di depan saya ini. Lalu saya batalkan niat menanda exam paper itu dan
bertanya soalan ini;
"Siapa sedang bercinta di sini ?" Tiada yang menjawab atau mengangkat tangan
tapi soalan saya berjaya memancing mereka untuk diam dan menunggu respon
saya seterusnya. Sekalipun tiada yang mengaku, mereka saling berpandangan
dan tersenyum, tanda ada rahsia yang mereka sembunyikan.

"Perasaan ingin dikasihi dan disayangi adalah lumrah dalam hidup manusia.
 Apa lagi remaja seperti awak semua, cuma sekarang masanya tidak sesuai,
 yang penting waktu ini pelajaran ". Berhujah seperti seorang motivator, dan
semua pelajar didepan saya itu memberikan perhatian. Yalah, berbicara soal
cinta, siapa tidak suka, apalagi ketika usia remaja, dunia dipenuhi yang indah
indah saja. Lalu kami berbual tentang cinta remaja, baik buruknya, bagaimana
 menepisnya, apa simpton orang mabuk cinta dan macam-macam lagi.
Nampaknya, subjek berkaitan cinta mudah mendapat perhatian di hati remaja
seperti mereka. Respon yang diberi memang menakjubkan, tiada yang tidur
atau separa tertidur....

Dan saya tidak terlepas dari ditanya soalan cepumas, "Cikgu dulu berapa
lama bercinta dengan suami sebelum kahwin?" Soalan yang membuatkan saya
tersenyum dan menjawab ; " Saya tidak bercinta dengannya sebelum kahwin,
saya bercinta selepas kahwin " diikuti pandangan pelik seakan hairan bercampur
tidak percaya !

"Kalau tak bercinta, bagaimana mahu tahu tentang dirinya?" tanya seorang
pelajar perempuan.

"Waktu bercintapun, awak tidak kenal pasangan awak sepenuhnya, masa tengah
 bercinta semua tunjuk yang baik-baik saja..."

"Sebelum kahwin cikgu ada pakwe ?" Tanya pelajar yang lain.

"Ada, tapi dia tinggalkan saya."

"Ce citer, ce citer...." sampuk yang lain macam excited .

"Takde apa nak cite, kami kawan dalam setahun, masa tu saya kat U,
 dia di maktab perguruan, lepas setahun, dia bagitahu mahu putuskan hubungan,
 katanya  ibunya tak mahu menantu orang jauh, saya nak kata apa lagi...."

"Frust tak masa tu?"

"Frust juga, 3 hari jugaklah menangis..." Disambut gelak ketawa mereka.

"3 hari je ? Sekejapnya ? Ye ke cikgu ni ?" Ada nada tidak percaya.

"Begini, 3 hari tu yang betul2 frustlah, makan tak lalu, tidur tak lena tapi mandi
tetap basah....hahaha....ambik masa juga nak lupakan dia, berbulan juga tapi
lama-lama masa akan mengubati kita. lagipun buat apa nak rosakkan diri
dengan menangis macam orang meroyan, tak berbaloi langsung....!"

"Apa jadi lepas tu, cikgu ?"

" Tak jadi apa, saya terus belajar, tamatkan pengajian, masa bercinta dulu bukan
  macam budak-budak sekarang, sentuh tangan sayapun dia takpernah,
  jumpapun time cuti, dan kalau jumpa cuma  sembang-sembang, selebihnya tulis
  surat, telefonpun jarang, dulu mana ada handset "
 
"Ha, ni mesti tulis surat cinta, pastu letak bedak..." Usik minah sorang yang mulut
macam murai ni, berderai ketawa kawan-kawannya.

"Takdelah, tak mainlah bedak-bedak tu, tulispun biasa-biasa saja....cuma adalah
 kenangan. Eh, saya bersyukurlah dia taknak kat saya, sebab lepas tu saya
 dapat ganti yang lebih baik, saya jumpa suami saya sekarang, lagi baik dari
 pakwe lama....Allah bagi yang lebih baik, suami saya tak smoking, rajin pergi
 masjid lagi, caring and loving...."  Phewittttt.....!.........ada yg buat bunyi nakal.

Saya sambung cerita;

"Memang saya tak bercintapun dgn suami saya sekarang sebelum kami kahwin.
 Lepas kenal saya  dua bulan dia beritahu mahu melamar saya, 5 bulan
 kemudian kami kahwin selepas yakin dengan Solat Istikharah, tak sempat
 bercintapun, jadi lepas kahwin baru bercinta, Alhamdulillah.....bahagia sampai
 sekarang...." Ada yang tersenyum.

"Wah....sweetnya...!" Apa yang sweet? Entah............
 
"Sebab itu saya tak pernah yakin dengan cinta sebelum kawin, buang masa,
  buang tenaga, lebih baik awak tumpukan pada benda-benda yang penting
  sekarang.Takpayahlah buat benda-benda mengarut sekarang ni...."

"Lagi satu, kalau pakwe awak tinggalkan awak, takpayah nak terjun sungai
atau terjun bangunan sebab nak bunuh diri, tak berbaloi awak rosakkan
 diri sendiri kerana lelaki yang tak datangkan apa-apa faedahpun dalam hidup
 awak. Think positive....Sayang diri sendiri dulu, sebelum sayang orang lain..."

Semua diam;

"Kalau awak nak pasangan yang baik, awak kena jadi baik dulu, kalau
 setakat berangan nak suami atau isteri baik, tapi perangai sendiri macam
 pelesit, takpayahlah, Allah itu adil....."

"Eh, lambat lagilah nak kahwin, cikgu...!"

"Sebab lambat lagilah saya nak ingatkan ni, nanti bila masuk U, takyahlah
 couple-couple, takut2 awak takpandai jaga diri, terbabas, terpesong,
 silap-silap buat dosa besar, saya taknak tengok nama awak dalam surat
 khabar kena tangkap sebab buat maksiat."

"Alar, cikgu ni, ke situ pulak.....kami baiklah..."

"Baik hari ini tak semestinya baik sampai bila-bila, sebab tu kena ingat, sayang
 macammanapun kat pakwe atau tunang awak, jangan bagi dia 'sentuh' sebelum
 kawin, memang kita kena sangkabaik kat orang, tapi bila melibatkan maruah
 dan harga diri, awak kena juga ada sangkaan buruk, supaya boleh berjaga
 jaga..perempuan takboleh terlalu murah, kena jadi mahal"


"Mahal macamana cikgu?"

"Mahal macam mutiara atau permata yang disimpan dalam peti berkaca, dikunci
 supaya takde sapa boleh pegang sewenang2nya, hanya boleh tengok dari jauh."

"Mahal sangat nanti tak laku !"

"Awak nak jadi murah yang akhirnya dicampak di tong sampah atau mahal yang
 terjaga dan terpelihara?"

Semua diam. Satu-satunya pelajar lelaki yang sedari tadi diam akhirnya menyampuk;

"sedang-sedang saja cikgu, tak mahal, tak murah, berpatutan, mampu milik !"

hahaha.............

"Axxxx, nanti bila awak tinggalkan alam persekolahan, dunia diluar sana
 lebih mencabar, lebih menggoda, sampai bila-bilapun ingat pesan saya, jangan
 sesekali 'rosakkan' anak dara orang. Kalau kita aniayakan orang hari ini,
 suatu hari kita atau keturunan kita pula yang dianiaya "

"Saya tak sejahat itu...!"

"Saya tak kata awak jahat, saya cuma bagi nasihat supaya awak ingat...."

Akhirnya locengpun berbunyi menandakan tamat waktu untuk saya di kelas itu.
Terasa cepatlah pulak ! Sebelum keluar , saya tanya satu soalan ;

"Bagaimana membenteng diri dari terpengaruh dengan anasir luar yang jahat ?"

"Solat, cikgu " . Sejuk hati dengar jawapan tersebut

"Ya, solat dan pandai-pandailah pilih kawan, cari kawan yang bawa ke jalan
  kebaikan bukan kawan yang ajak buat kejahatan..."

 "No couple....okay !"
Tamat pelajaran motivasi jangan bercinta untuk hari ini.

Selamat bercuti.................
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...