Sunday, October 30, 2011

Puisi untuk anak-anak.....

 Wahai anak
  Dengar..........

Bertaqwalah kamu kepada Allah
kerana itu akan membawa seluruh dunia kepadamu

Cintailah Rasulullah
kerana itu akan membuat dunia lihat lebih hebat dari kamu

Bacalah Alquran
kerana itu akan menjadi teman buat kamu

Banyakkan Selawat
kerana itu akan membuat Rasulullah cinta kepada kamu

Ikhlaskan dirimu
sabarlah kamu
Istiqomahkan dirimu

kerana
kata Rasulullah
Bagi Allah itu ada ahlinya,
dan Ahli Allah adalah Hamlatul Quran, itu adalah kamu
kamu dalam usaha menjadi ahli Allah
Jangan kamu tergamak mengundang benci Allah
Jangan kamu selesa di dalam murka Allah

Kerana,
Allah itu adalah Allah
Tiada tuhan melainkan Allah
Azab Allah sangat dasyat

Wahai anak
dengar......
kamu anak-anak yang hebat
kamu anak-anak yang kuat
kuat semangat
banyak selawat
tingkatkan zikir munajat
pohon ampun doa dipanjat
Buat Allah, tuhan alam sejagat

by;
Don Daniyal Don Biyazid

p/s : Puisi copy paste dari blog ustaz muda yg sedang popular di TV Al-Hjirah; saja nak
       share kami sekeluarga suka sgt2 rancangan kendalian 30 minit bersama ustaz Don.
       Puisi itu, mesejnya saya suka, sgt mendalam maksudnya........
     

7 comments:

Hidayatullah said...

sronok kalau dpt bentuk anak ikut acuan nabi..

Afida Anuar said...

Kena kasi anak-anak baca ni kak norsha, tulis besar2..tampal dalam bilik tidur depa.

InsyaAllah.. moga anak-anak semua jadi anak-anak yang berjaya di dunia dan akhirat.

nam said...

boleh bagi kat "bakal-bakal anak2".. (",)

fuad ansari said...

anakku sazali dengarlah... pesanan ibunda mu ini.. (",)

ustaz ni kalau bagi ceramah, mmg semangat... (",)

~PENCHENTA~ said...

Eh. Saya pun suka rancangan tu. Tak tahu pula dia pun berblogging. Syukran kak. :D

Mas blogger said...

SALAM ZIARAH CIKGU....

Anak Pendang Sekeluarga said...

senang bilamana setiap prkra ikut cara nabi saw,...ikut cra lain,memang akan dtg kesusahan...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...