Thursday, November 3, 2011

Keajaiban di Mekah; Allah menurut sangkaan hambaNya....

Sedar tak sedar dah tiba musim haji, yang terpilih ke sana tentu tak sabar nak tunggu saat
wukuf di Arafah. Menghitung hari barangkali.  Yang dah pernah pergi pasti teringat kenangan
manis di sana, mesti berazam nak pergi lagi kan?. Tak pernah dengar orang yang dah pergi
rasa serik nak datang semula. Bila tengok orang pergi haji, saya akan selalu teringat kenangan
di sana sewaktu saya dan suami dipilih Allah menjadi tetamuNya tahun 2005. Dah lama rupanya.
Jam besar yang dibina oleh anak Malaysia itu pun belum ada lagi masa tu.

Walaupun dah lama tapi semua kenangan manis disana  kekal terpahat sampai bila-bila.
Bila dah jejak kaki ke Tanah Haram, barulah faham mengapa orang2 yg dah pergi selalu pesan,
pergilah semasa muda, tenaga masih kuat, senang nak bergerak ke mana-mana, rupa-rupanya
bila kita buat kerja haji, kena guna banyak tenaga fizikal. Bermula dari hari berangkat ke Jeddah
hingga ke Mekah, perjalanannya meguji erti sabar dan redha. Dan sepanjang disana, ke mana-mana
jalan kaki,berbeza sungguh masa kat Malaysia, sikit2 naik kereta, pergi kedai dekat rumah pun nak
naik kereta, manja betul !  Tapi masa di Mekah pakat jalan kaki saja, kecuali ke tempat yang jauh
seperti melawat ladang kurma, kilang kelambu kaabah , muzium, Jabal Rahmah, dan banyak
lagilah tempat lain. Syukur Alhamdulillah, Allah sampaikan hajat kami  untuk jadi tetamuNya pada
ketika masih sihat bertenaga, perasan muda masa tu.....


40 hari di sana terasa sekejap sangat. Setiap masa penuh dengan aktiviti ibadah, tiap-tiap pagi
sebelum subuh dah jalan kaki dari hotel tempat kami menginap ke Masjidil Haram, (800 meter
jaraknya), ramai-ramai jalan kaki , meriahnya....,  nikmat yang tak terucap dapat ke masjid
setiap pagi dalam cuaca sejuk di bumi yang diberkati. Tak rasa penatpun. Bahagianya, hanya
Allah yg tahu. Ketika pertama kali masuk dalam Masjidil Haram dan nampak Kaabah, rasa
syahdu sangat, betul-betul rasa kerdil, rasa diri takde apa-apa, betul2 rasa macam hamba,
airmata mengalir tiba-tiba,  dengan kasih sayang Allah, Dia pilih untuk jadi tetamuNya walau diri
penuh dosa, dan bila tengok lautan manusia yang membanjiri dan memenuhi setiap inci ruang di
masjid tu, SubhanaAllah...........tak terucap dengan kata-kata.......

Mekah juga bumi kasih sayang . Masa di sanalah dapat tengok suami isteri lepas solat jalan
berpimpin tangan, walaupun dah berusia. Perkara biasa keluar dari masjid  on the way balik
ke hotel, singgah beli ais krim dan makan sama-sama. Romantiknya..........!

Mekah memang bumi yang baroqah, bumi di mana doa sangat mudah dimakbulkan walau
hanya sebaris kata. Ada satu kali, lepas isyak masa dalam masjid saya bisik kat kawan
sebelah, roommate saya ; tak pernah rasa solat di bumbung masjid, teringin juga......
esoknya, semasa solat subuh , saya terlewat sikit, semua ruang di tingkat bawah  penuh,
petugas arahkan kami naik tangga ke tingkat atas, naik punya naik,  pagi itu, saya solat subuh
di bumbung masjid, .....baru semalam bercakap, hari ini Allah bagi cash......SubhanaAllah !

Juga ada satu peristiwa yg takkan saya lupa sampai bila-bila.....

Suatu hari, lepas solat asar kalau tak silap, on the way balik hotel, saya singgah satu kedai,
teringin nak beli bekas air zamzam yg mak kirim suruh beli warna emas. Saya beritahu pekerja
kedai tu, saya mahu 2, satu warna emas, satu warna perak. Pekerja itu pun ambil dan bungkus
sementara saya melilau tgk barang2 lain dlm kedai tu. Bila dah siap, balik ke hotel, melangkah je
masuk ke bilik, hati  tiba-tiba berdetik; "betulke dia ambil warna emas, entah-entah dua warna
perak........"  Saya tak tengok masa dikedai tadi. Nak tahu apa jadi lepas tu? Saya pun buka kotak
tu........SubhanaAllah..... memang sah dua2 warna perak....! Sayapun dok termenung dan fikir balik
masa saya ambil barang ni dan nak bayar pekerja kedai tu ada beritahu ; "satu warna emas, satu
warna perak......"  Memang betullah dia ambil ikut apa yg saya nak, cepat2 saya tengok spesifikasi
yg tertulis diluar kotak, satu kotak ditandakan (/) pada warna emas dan satu lagi (/) pada warna perak. Takkan pekerja tu tersalah masuk pulak !

Maksudnya, dua bekas air zamzam yg saya beli itu, mmg asalnya satu berwarna emas, satu berwarna
perak tapi kerana saya telah secara tiba-tiba terdetik sesuatu di dalam hati , Allah memperlihatkan
kehebatanNya, keajaiban yang berlaku didepan mata........  petunjuk diluar kotak jelas menunjukkan
satu daripada teko itu berwarna emas, tapi kenapa bila dibuka dua2 warna perak ? Nampak macam mustahilkan?  Tiada yg mustahil dengan kuasa Allah, Dia nak tunjukkan pd saya, bagaimana sangkaan
buruk  tadi telah benar2 berlaku. Bukankah Allah ada beritahu; Aku mengikut sangkaan hamba2Ku....Pengajaran yg saya ingat sampai bila2, sampai sekarang  naluri saya tetap mengatakan
satu daripada bekas air zam-zam itu memang asalnya berwarna emas....... tulah, lain kali, berhati-hati,
jangan mudah fikir yg bukan2......

                                                gambar hiasan ; asalnya nak warna emas.......                                     

.....rindunya mahu kembali semula ke sana......doa, doa moga Allah pilih lagi.......InsyaAllah......

12 comments:

~PENCHENTA~ said...

:'D Kak, doakan saya pulak. Dengan mak, dengan ayah. Mak selalu cakap, "pergi solat kat sana sekali pun jadilah. seronoknya." :'(

Hidayatullah said...

besnye gi sane.. saya azam umrah 2017 bersama isteri.. kalau da kawin la time tu.. wooohaa..ha3

Abd Razak said...

Assalamualaikum...

Tahun ni saya merasa begitu lambat sekali masa tibanya Hari Wukuf dan Hari Raya Aidil Adha...

Afida Anuar said...

Kak Norsha, Makkah bumi barakah. Kita niat je Allah terus tunjuk depan mata. Alhamdulillah, tahun 2010 Allah jemput fida dan mak ayah tunaikan ibadat umrah. Macam cerita kak norsha ni, lintasan hati nak tengok benda ajaib, Allah tunjuk terus depan mata... Allahuakbar..

Ada satu pagi tu, nak mandi tuk pergi solat pagi, air panas amat. Tak boleh nak mandi. Berdoa supaya Allah sejukkan air sikit, sebab nak pi buat ibadat ni, terus Allah kasi air sejuk. Cerita kat mak. Mak kata masa mak mandi tadi pun macam tu. Allahuakbar...

Berazam nak pi tunai haji pulak dalam masa muda ni, insyaAllah. Sama2 kita doa yer kak, moga kita dijemput menjadi tetamu Allah....

Menusuk Hati said...

doakan cek juga ya..teringin sangat nak pergi

Norsha said...

Penchenta,
Hidayatullah,
Afida,
Menusuk hati,
....moga2 Allah makbulkan doa dan hajat kalian, doakan kami juga....

Norsha said...

Waalaikummussalam ya Ustad,

dah tk lama dh ustad, bila2 masa saja mereka akan bergerak ke Arafah....ustad ada di sana jugakah?

s a r said...

assalamualaikum akak.

:'D
alhamdulillah.

saya pun. dapat tengok depan mata pun jadilah. :'D

Marina Ali said...

Assalamualaikum kak norsha sayang,doakan saye ye kak,mudah2han nama saye terselit dalam senarai jemputan Allah yang akan datang,:)

mhafiz_ydin said...

Dah daftar haji beberapa bulan lepas. Dy kata ikut list tahun 1937 baru leh p. Aduiii.. panjang tui Q.

Tp dy kata jgn riso. Nanti tolak org yang mati, org tolak offer, pak arab tambah kuota, InsyaAllah dapat lebih cepat. Doakan sy no..

fuad ansari said...

aiskrim kat sana rasa lemak berkrim kan.. (",)

pertama kali sy berada depan kaabah, sy terkejut.. sbb yg sy nampak hanya sekitar 20orang je ada sekeliling kaabah.. hajarul aswad pun macam takde sape nak gi cium..

dalam hati dah berkata2, betul ke aku berada depan kaabah.. sbb tgk kat tv, macam ramai orang je..

tapi, setengah jam kemudian, barulah sekeliling kaabah bertukar menjadi ratusan dan ribuan orang..

p/s: sukar hendak dilupakan kenangan2 di sana.. doakan sy ye cikgu moga dapat ke sana utk mengerjakan haji di kala masih muda, sihat dan bertenana..

Norsha said...

sar,
Marina ali,
mhafiz_ydin,
fuad ansari,

sama-sama kita doa , moga Allah pilih utk ke sana....insyaAllah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...