berangan nak tido lewat malam ni sambut tahun baru. Takpe, sambutlah dengan azam baru dan
perkara-perkara yang berfaedah yang tidak melalaikan. Eloklah bermuhasabah, takpun pergi
ziarah sahabat andai, eratkan silaturrahim, cutikan esok...tapi jika terlintas nak 'countdown'
dengan perkara merosakkan, baik takpayah. Takde maknanya tahun baru kalau takde niat dan
azam nak berubah jadi lebih baik dari tahun-tahun sebelumnya ( ni nak ingatkan diri sendiri yang
selalu lupa dan alpa...)
2011, banyak betul kenangan dan perkara-perkara luar jangka yg berlaku pada saya. Tak
terfikir yang saya akan jadi blogger dan tulis macam-macam cerita untuk kongsi sama-sama
dengan sapa2 yang sudi nak baca (almaklum, blog biasa-biasa, kalau tak ada orang baca, sendiri
bacalah....) Dapatlah juga asah bakat menulis yang dah lama terpendam dan terendam...
...hehe... , adalah juga tempat nak lepaskan tekanan lepas seharian penat dgn kerja dan rumahtangga
( yelah tu, sebenarnya kena curi2 masa nak tulis blog sebab banyak lagi kerja-kerja yang menanti ).
Tak sangka juga dapat ramai kawan kat alam maya ni, walau tak kenal tapi terasa kemesraannya.
Harap-haraplah tahun 2012 nanti, dapat kenal dengan ramai lagi orang baik-baik macam awak
semua yang sedang baca blog ni ......InsyaAllah
Bagaimanapun, perkara paling menggembirakan ialah dapat tutup tahun 2011 dengan program
masturat yang berlangsung di kediaman kami selama 3 hari pada cuti krismas yang lalu. sayangnya
saya tak sempat nak war-warkan kat sini sebab sibuk buat persiapan. Moga-moga akan datang
Allah beri lagi keizinanNya untuk kami jadi tuan rumah kepada insan-insan yang mahu membuat
kebaikan dan pengorbanan.
Esok....andai masih bernafas, moga Allah beri kebaikan kepada kita semua untuk jadi lebih baik
dari hari-hari sebelumnya. Esok juga, usia sudah bertambah tua dari sebelumnya .......