Sunday, November 13, 2011

Selamatkan Malaysia .....(?)

Hari ini, di daerah tempat tinggal saya ini ada  pihak mengadakan perhimpunan  sebagai
bantahan terhadap kilang penuh kontroversi yang hampir siap dan akan beroperasi pada
bila-bila masa. Khabarnya risalah diedar dari rumah ke rumah. Saya tidak melihat pun risalah
itu, rasanya tidak diedarkan di kawasan perumahan tempat tinggal saya, dan dalam Buletin
Utama malam tadi, beberapa pihak lain membuat laporan polis sebagai respon terhadap
perhimpunan tersebut yang dipercayai bertujuan meracuni pemikiran rakyat.
Perhimpunan akan diadakan di kawasan rekreasi yang agak terkenal di sini iaitu di Taman Gelora
Erm... Sudah lama saya dan keluarga tidak ke sana.

Sekalipun rumah saya dan Taman Gelora itu jaraknya cuma 15 kilometer, saya tidak berminat
pun untuk menyertai perhimpunan tersebut. Ada banyak komitmen lain yang perlu saya bereskan
pada hari minggu ini seperti bersama keluarga (yg tentunya lebih penting dari perhimpunan lain....),
membuat operasi rumah yang tertangguh lantaran kesibukan tugas2 seharian selain kerja-kerja
sekolah saya pun masih banyak yang belum dibereskan. Dan paling penting, setiap hari minggu
di Kuantan ini, ada program agama untuk wanita , program tertutup , cuma 2 jam, bermula jam
10 pagi hingga 12 tengahari, pengisiannya tentang peranan dan tanggungjawab wanita terhadap
keluarga dan ummah. Tiada risalah, tiada promosi, tapi program  tersebut telah lama diadakan
sebagai wadah menimba ilmu fadhail amal. Saya lebih berminat ke program tersebut......selalunya
bila saya pulang dari program yang singkat itu, semangat saya untuk beramal akan sedikit
meningkat. Maklumlah akhir zaman ini, iman selalu turun naik, jadi kena cari pembakar semangat
untuk dapatkan kekuatan.

Sebenarnya, bila saya tahu ada perhimpunan tersebut, ada satu rasa sedih menyelinap di hati.
Mengapa? Yelah, kita berhimpun untuk menyelamatkan Malaysia dari bahaya radiasi tapi
berapa ramai dari kita berusaha menyelamatkan akidah anak-anak muda yang semakin goyah.
Kita bimbang dengan pencemaran udara dan bermacam lagi pencemaran alam sekitar tapi
entah berapa kerat sangat yang sensitif  dengan pencemaran akhlak dan sosial yang semakin
berleluasa  di kalangan remaja ? Tengok saja semasa   Himpunan Sejuta Ummat yang pernah
diadakan tidak lama dahulu. Berapa ramai yang hadir ? Sekalipun percuma, jumlah yang hadir
cuma 5000, ia jauh lebih kecil jika dibandingkan dengan bilangan penonton yang hadir untuk
menonton perlawanan bola sepak sekalipun terpaksa membeli tiket yang boleh tahan juga harganya.
Tapi tak mengapalah, hidup adalah pilihan, kita berhak memilih apa yang kita suka. Jangan paksa
orang buat apa yang mereka tak suka.

Sebelum terlupa, Taman Gelora iaitu tempat perhimpunan itu diadakan adalah salah satu pantai
menarik untuk berjogging di waktu pagi. Keindahan pantainya membuatkan ia agak terkenal
sebagai tempat rekreasi, aktiviti kelab atau persatuan, mahupun aktiviti perkhemahan.
Malangnya di sebelah malam ia dijadikan pot oleh anak2 muda yang berdarah panas untuk
memadu kasih sekalipun mereka belum sah sebagai suami isteri. Sedihnya, kebanyakan pasangan
tersebut berbangsa Melayu dan beragama Islam. Antara pencemaran alam sekitar dan pencemaran
akhlak, mana lebih bahaya ?

Jangan cakap saya tidak sayangkan Malaysia kerana tidak menyertai perhimpunan tersebut.
Saya sayangkan negara saya tapi saya percaya kekuatan dan kemajuan sesebuah  negara
sangat bergantung kepada kekuatan jiwa para belianya. Belia yang kuat mesti ada jati diri
yang kukuh untuk menangkis semua cabaran dan ujian yang semakin hebat. Bagaimana mereka
mahu menjadi belia yang kuat kalau  jiwa mereka kosong dari pegangan agama......? Selamatkah
negara jika akhlak para belianya lintang pukang dan akidahnya goyang ?

Maaf, ini cuma pendapat peribadi saya.....Selamatkan Malaysia, Selamatkan anak muda kita....
bagaimana caranya?.....kembali kepada agama........

10 comments:

Abd Razak said...

Assalamualaikum...

Betapa peri pentingnya pegangan aqidah dalam kehidupan kita untuk mencapai matlamat sebenar hidup kita iaitu menggapai redha~Nya. Untuk mencapai addin yang sebenar, hendaklah mempunyai pegangan aqidah yang utuh dan mempunyai sistem hidup berlandaskan syariat yang telah ditetapkan oleh Allah.

Afida Anuar said...

Kak Norsha,

Fida perhati di sini pun lebih kurang begitu. Orang terlalu ambil enteng soal agama. Sehinggakan agama diketepikan sama sekali dalam apa jua urusan. Hasilnya itu lah. Akhlak muda-mudi yang beragama Islam begitu teruk, bayi dibuang merata... Allah.... apa lagi penyelesaiannya melainkan kembali kepada Islam itu sendiri..

Allahualam...

Hidayatullah said...

sepatutnye ari2 kne buat demonstrasi rumah ke rumah untuk selamatkan "malaysia" dan seluruh alam.. =p

Ismi Ijmi said...

no comment ...

:-)

(sambil geleng2)

♥ manje ♥ said...

Assalamualaikum

baiklah kita berhimpun demi membina iman di dada dari benda yang tak berfaedah. Dunia dah makin tua, takut2 nanti tak sempat cukupkan bekalan ke akhirat je... ~

mhafiz_ydin said...

Taman Gelora Bung Karno.. Tempat perhimpunan bola sepak. Malaysia vs Indon.. Edeh..

Selingan.. Selingan.. Haha..

Ramai yang sedar tanggungjawab mereka pada bangsa dan negara.
Tapi tak ramai yang sedar tanggungjawab mereka yang lebih besar adalah pada agama.

fuad ansari said...

lama tak perli taman gelora tu...

nampaknya bukan laut sahaja yg bergelora.. nafsu juga bergelora..

sayang kan... jika usia muda dihabiskan begitu sahaja.. patut pun ganjaran besar menanti pemuda yang masanya dihabiskan untuk beribadah kepada Allah swt..

s a r said...

assalamualaikum kak.

taman gelora? erm, serius tak pernah dengar kak. hee.
kak, kadang2 kita ni terlalu mengejar hal dunia, sampaikan perhimpunan/ program yang lebih bermakna, orang buat tak nampak aja. hmm

macam kata imam ghazali:

ingin lihat masa depan negara, tengoklah remaja hari ni.

subhanaAllah. takut jika dilihat dari sudut yang negatif. sebab sekarang negatif lagi banyak dari yang positif.

Norsha said...

Tn Razak,
benar sekali, akidah itu penyelamat...

Fida,
kat mana2pun sekarang ni, mslhnya sama je...

Hidayatullah,
hari2 kena jumpa orang buat DTI

Izmer,
tak yah comment

(sambil angguk2 kepala)

manje,
dunia makin tua dan uzur tapi sentiasa bergaya....

Norsha said...

mhafiz_ydin,
tak sedarlah tu, kena bg sedar...

Fuad,
ke patut tukar nama taman tu jadi Taman Hidayah ?

Sar,
kat sini, fames jugaklah taman ni, dari berhimpun tak tentu pasal, mailah kita cari taman-taman syurga...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...