Saturday, April 30, 2011

Selamatkah....?

Petang yang sunyi.....
aku sendiri......semua yang tersayang tiada di sisi
sudah lama aku tidak menyendiri
sesekali ditinggal keseorangan.....sepi sekali
kututup semua objek berbunyi
yang terdengar cuma bunyi dentingan jam di dinding
sepi yang mencengkam, mengingatkan aku kepada alam yang lain
suatu waktu yang pasti aku akan ke sana
apakah di sana juga sepi dan sunyi
atau lebih menakutkan ?

Kuputuskan untuk berjalan-jalan di alam maya
kerana aku boleh berjalan tanpa berkereta
tanpa bersuara, tanpa perlu berkata-kata
aku boleh singgah di mana-mana 'rumah'
tanpa perlu menunjukkan wajah
akupun berjalan dan terus berjalan................
kutemui banyak sekali coretan , kata-kata pedoman
nasihat-nasihat buat bekalan, juga kisah-kisah menginsafkan

dan....
tak kurang juga kutemui.....
sesuatu yang meloyakan.....menjijikkan.......
Ya Allah...............mala petaka apakah yang melanda umat hari ini
hingga mereka tidak lagi segan dan silu
untuk memaparkan keaiban .........yang sepatutnya disembunyikan
benarlah........malu itu cabang iman yang terpenting........
kerana bila hilangnya malu............
merekapun tidak lagi segan dan silu
berbuat sesukahati tanpa ada bimbang dan ragu.....

Selamatkah dunia ini ?
untuk anak-anak kita yang masih suci dan bersih.................

5 comments:

Abd Razak said...

Assalamualaikum...

Perhatikan apa yang Imam Athaillah Askandary..

"Cukuplah kebodohan bagimu dengan melihat keburukan yang kecil dari orang lain dan buta dari kejelekan yang besar dari dalam dirimu sendiri"

~PENCHENTA~ said...

Betul kak. Risau dengan dunia sekarang. Risau juga dengan diri ini. Bertahan dear iman. Bertahan. :)

Norsha said...

Tn Razak,
Waalaikummussalam,
SubhanaAllah......sungguh mendalam maksudnya....


Penchenta,
Moga kita selamat jua menempuh segalanya.......

Afida Anuar said...

itu la kak..mana2 kemungkaran ada depan mata. even di alam maya pun boleh jugak dia duk berleluasa situ...

kalau iman tak kuat sket..patutlah banyak sekarang gejala-gejala yang entah apa-apa terhidang depan mata..

Norsha said...

Afida,
godaan era baru, takpayah pegi
jauh2, dlm rumahpun boleh buat
dosa....Ya Allah....kena istigfar banyak2

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...