Kalau roboh Kota Melaka
Papan di Jawa saya dirikan
Memang Sungguh Nabi Bersabda
Dunia Penuh Nikmat Melalaikan
Kalau merenung bintang di langit
Jangan lupa rumput di bumi
Kalau berkunjung ke rumah sakit
Jangan lupa menginsafkan diri
Nyiur Gading Puncak Mahligai
Gunung Daik tegap berdiri
Hancur daging jasad berkecai
Akhlay yang baik kekal di hati
Salam ziarah di hari Jumaat
Hari berkat penuh rahmat
Kalau marah apa nak buat
Ambillah wuduk tunaikan solat
p/s:
Selamat bercuti, Selamat berhari minggu kepada anda semua
Bagi yang dah kawin Selamat bercuti bersama keluarga
Yang belum kawin, pandai-pandailah isi masa
Yang penting, tenangkan hati , lapangkan dada
Sebab zaman sekarang, ramai sangat yang sakit jiwa
kenapa ye?
Mungkin sebab kesedihan yang sentiasa menerpa
tak mampu ditangkis dengan iman yang ada
Jangan bersedih ya
Kerana Allah sentiasa ada
Mari kita mengadu padaNya.....
Salam Sayang dari Cikgu,
Ku kirim salam di angin lalu...................cheewah........!..................:)
12 comments:
Kalau roboh Kota Melaka,
Ke Jawa aku berkelana,
Alahai indahnya kata-kata,
Bak angin sepoi-sepoi bahasa.. (",)
ihihii..2 ayat terakhir tu x tahan ler cikguu..
cuti ni x dapat ler nak bercuti dengan suami. dah sampai nisabnye untuk khuruj.
kita kat umah kena jaga amal lerr.. k, selamat bercuti juga buat cikgu..ke ada tugasan juga di sek time cuti?hoho
salam ziarah cikgu....:)
selamat bercuti jugak unt cikgu
fuad,
bak angin sepoi2 bahasa
moga nyaman dan segar terasa
umu,
takpe, anggaplh khuruj tu mcm bercuti juga
marina,
ya, salam ziarah, terima kasih sudi singgah
jasmin,
sama2 bercuti walaupun cuma 2 hari...
Indahnya kata2...norsha...
benar..benar..kita tak pernah pun keseorangan.. Allah sntiasa ada dengar segala luah rasa kita.
Mengadulah pada Dia..
InsyaAllah akan ada bahagia..
Berdoalah padaNya...
InsyaAllah akan hilang derita di jiwa..
;)
Afida,
sungguh benar sekali,
dari itu jgn sesekali mencari
sebarang pertolongan selain dr Ilahi
salam.
masyaAllah, ramainye pemantun2 yg berkaliber kat atas ni.
tak larat dh nak pikir pantun ape nak tulis kat sini.
moga dpt amal je lah ye. amin..
salam,
sambil bercuti sambil bernusrah,
jamaah bertandang 3 hari di marhalah.
SELAMAT BERHUJUNG MINGGU!!
jemaah datang jauh dan dekat,
dari negeri Acheh sampailah mesir jamaat,
alahai (pinjam perkaatn ye abg fuad) apa nak buat,
terketar2 exam dah dekat.
salam..
wp cuti hujung minggu...tapi padat dengan mcm2 urusan..huhuhu
alia azuan,
takpe, tak yah pikirlh psl pantun2 ni, bg org lain fikir, yg penting kita dpt amal
Cikgu Sue,
Selamat Berhujung Minggu juga,
bestnya dpt nusrah jemaah,sambil brkenaln sambil brmuzakarah
Izmer,
haa, exam dh dekat, kenalh buat prcngn tepat, jgnlh dok lyn tenet sangat, takut kat dewan nanti jawapan tak ingat....selamat,selamat
Sekamar rindu,
nama je cuti tapi byk kerja menanti, tak habis2 selagi tak mati
Post a Comment