Tuesday, April 5, 2011

Pengembara .....yang mencari cinta

Tersebutlah kisah di sebuah benua
seorang pengembara muda sedang berkelana
jauhnya datang dari utara
katanya mencari cinta
cinta apa....? cinta siapa....?
mari kita baca kisahnya

Di terminal pertamanya
pengembara itu terlewat tiba
kereta api pun pergi meninggalkannya
tapi dia tidak berputus asa
dia terus berjalan mencari cintanya
diperhentian seterusnya dia bertemu juga
tapi hatinya tak pasti apakah ini yang dicarinya?
kerana yang lebih tahu tentunya yang maha kuasa

Pengembara muda itu mahu meneroka dunia
katanya : semakin jauh berjalan, semakin luas pandangan
semakin matang fikiran
semakin meningkat iman
tapi dalam perjalanan itu dia perlukan teman
yang boleh membantu tika dia kelelahan
yang boleh menghulur tangan andai dia jatuh di jalan
tapi teman yang memahami sukar dicari
sebenarnya ada tapi masih 'tersembunyi'

Ada apa dengan cinta sebenarnya?
hingga semua manusia mengejarnya di mana-mana
terkadang-kadang sampai lupa hukum hakam agama
Ohh........ini jawapannya
kerana CINTA Adam berusaha menjejaki Hawa
kerana CINTA seorang ibu bergadai nyawa melahirkan anaknya
kerana CINTA seorang isteri berkorban seluruh jiwa dan raga
kerana CINTA seorang suami berhempas pulas untuk keluarga
kerana CINTA pada umatnya , hingga ke akhir nabi menyebut ummati, ummati
kerana CINTA Allah pada hambanya, semua nikmat diberi percuma
masihkah kita sangsi....?

Di dalam Al Quran, ada disebut
betapa DICINTAI ALLAH orang-orang yang bertakwa
betapa DICINTAI ALLAH orang-orang yang sabar
betapa DICINTAI ALLAH orang-orang yang bersusah payah di jalanNya

Pengembara.....yang masih mencari cinta
jangan dicari cinta yang dusta
carilah cinta yang membawa ke syurga
bila kau penuhi hatimu dengan CINTA yang Maha Kuasa
kan kau temui betapa
CINTA manusia datang tanpa diduga
membawamu lebih dekat kepada Sang Pencipta
memberimu bahagia bagai hidup di syurga

Pengembara .......yang mencari cinta
teruskan pencarianmu
dengan bekal takwa, yakin dan ilmu
suatu saat yang indah pasti bertamu dalam hidupmu
tika itu jangan kau lupa padaku
yang pernah berkongsi cerita cintamu
yang pernah kau tanya beberapa soalan terdahulu

Jangan ditanya aku
siapa pengembara muda itu.........?



(Pengembara muda itu....sangat kacak orangnya, sangat baik budinya, bercahaya nur di wajahnya, teka siapa ?)

19 comments:

Ibnu Mutalib said...

sayakah?

tq cikgu.
xde kelas ke,...
:-).

Wafi said...

cinta oh cinta.... Dari jabir r.a katanya, dia mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: ”Bukan amal seseorang yang memasukkannya ke syurga atau melepaskannya dari neraka, termasuk juga aku, tetapi ialah semata-mata rahmat Allah S.W.T belaka. ” (Riwayat Muslim)

Anonymous said...

Assalam,
sayu membaca sajak itu,
terbaca juga entry notasiku...semoga beroleh cinta hakiki...semoga hidayat tersebar seluruh buana!

aksiru kauliLailahaillallah

uncang perak

~PENCHENTA~ said...

>___< ZIP!

saya takkan tanya.

Menjadi pengembara setia,
Jangan tewas mengejar cinta,
Jangan lelah dituntun cinta.

Ayat last tu menggodalah kak. Keh3.

ukhti,mardhiah said...

*(^.^)*
cinta oh cinta
perlu ceria
berwarna warni
aneka cinta....

cinta ohh cinta makin cinta makin indah
y xkenal cinta
salah sendiri
harus dicari cinta ohh cinta

mard dgr lagu raja ema ke x silap ni(nice meaning)

Abd Razak said...

السلم عليكم ورحمة الله

"Cinta adalah sentiasa berpaling kepada Sang Kekasih dengan hati yang merasa kerana cinta.

Cinta bererti mengutamakan sang Kekasih di atas semua yang dikasihi.

Cinta bererti bahawa si pencinta menyesuaikan diri dengan keinginan Sang Kekasih, baik dia hadir di sisi~Nya ataupun berada jauh dari~Nya."

[Imam Al-Qusyairi]

Mas blogger said...

salam cikgu?

cinta hakiki yg ingin ku dambakan

fuad ansari said...

Pasti gadis-gadis solehah teramat sangat ingin mengetahui dan memiliki si pengembara muda itu dek kerana indah sungguh cerita cinta yang dikarang cikgu.. (",)

fatin said...

sapa yek? nak tahulah?

نور توفيقا said...

...

Allah lebih tahu apa yang terbaik untuk setiap hambaNya.. Anything which is best for us to us, anything which is best for us to Him..

The 1st terminal he missed dah tertulis untuk orang lain naik.. One who deserved the terminal best.. Allah surely had set him up a terminal which he deserves..

Perhaps besides thinking too much about chasing the love to complete the bonding in his heart, he should really focus to chase the love of Allah first. Bulatkan hati pada Allah. The True Love of Allah.. Cus Allah knows the best of way to return our love, one of it is by sending someone, yang boleh dicintai dan mencintainya and He knows best when to send it..

Pencari Cinta said...

Pada suatu pagi.
Seseorang sedang bercakap di depan.
Orang lain duduk tawajuh mendengar kata-katanya.
Katanya, kita boleh kata kita mencintai Allah.
Tapi kita tak tahu Allah cinta kita atau tak.
Tapi bila Allah dah pilih kita keluar di jalanNya, itu tanda Allah cinta kita.
Dan kita tak patut mensia-siakan cinta yang diberi.
Besar harapanNya pada kita.
Peewit!
Okebai!

From SP With <3

Norsha said...

Ibnu mutalib,
hmmm.....maybe...no komen
(tersenyum baca komen Ibnu Mutalib ni):)

btw, u r welcome


wafi,
benar wafi benar


Tn Anon,
amin...moga2 hidayah tersebar ke seluruh alam


Penchenta,
jangan tergoda ....ahaks

Norsha said...

mard,
kdg2 cinta tk perlu dcari
ia dtg sendiri :)

TN Razak,
indah sungguh kata2 itu

Mas,
moga ditemui cinta hakiki

Fuad,
ni bkn cerita rekaan tau
pengembara tu betul2 wujud

Norsha said...

fatin,
biarlah rahsia...

pqa,
benar sekali,
when we loved by Allah, we got everything

Pencari cinta,
jangan disia2kan cinta itu
berjihadlah demi cintaNya
Fuuyoo..!
ok bai bai

Ibnu Mutalib said...

haha,cikgu niorsha,.. semua org tau sapa jejaka tu.
wat lawak je.
tapi cara dia meraikan pemergian diri sendiri buat kita yang dtinggal terkesan di hati.

ada yang minta doa, ada yang beri semangat, errr, ada org wat entry khas :-)

tak kurang yang ada rasa sedih... kot,hehe

sama2 doakan.

Norsha said...

Ibnu Mutalib,
Hahaha....sama2 doakan

btw, akan dtg klu nk suruh akak buat entri khas utk Ibnu Mutalibpun, boleh juga

Ibnu Mutalib said...

skrg saya pulak yg senyum sendiri,haih...hehe

Norsha said...

ibnu mutalib,
hahaha...senyum, jgn tak senyum :)

Norsha said...

Pengembara yang mencari cinta ini telahpun berlepas ke sebuah benua,mencari cintaNya yg didambakan oleh setiap manusia, semoga dia selamat pergi dan selamat kembali membawa ilmu dan pengalaman yang boleh dikongsi bersama....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...