Friday, April 8, 2011

Berilah nasihat.....

"Kata-kata yang baik itu boleh menjadi azimat,
 menjadi penenang ketika jiwa bergelodak sarat,
 menjadi penawar ketika hati sukar dirawat
 lalu berikanlah aku nasihat.......
 agar dapat ku kenang, dapat ku ingat,
sebagai bekal semangat
berdepan dengan hidup yang ujiannya terkadang menyengat....."

Berbelas tahun yang lalu ketika masih bergelar siswi di salah sebuah
universiti di utara tanah air, aku terima satu nasihat yang masih kuingat
hingga ke hari ini. Nasihat itu tidak diminta tapi diberi percuma oleh
seseorang yang tidak dikenali secara tidak sengaja, namun di bawah
minda sedarku ia tersimpan kukuh hingga ke hari ini. Ceritanya begini:

Suatu hari minggu, aku dan 3 orang teman rapatku keluar ke bandar
berdekatan membeli barang keperluan. Dalam perjalanan pulang, kami
menaiki sebuah teksi yang pemandunya seorang lelaki pertengahan usia.

Lelaki itu peramah, entah apa yang dibicarakan aku sudah lupa kerana
peristiwa itu sudah lama tapi ada bait-bait kata yang entah macam mana
tersemat kukuh dalam ingatanku. katanya: 

"Dalam perkahwinan, kalau rupa paras biasa-biasa saja, tak mengapa,
 yang penting tawan hatinya, tunjukkan akhlak yang terbaik, kalau cantik
 tapi buruk akhlaknya lama-lama rumah tangga boleh hancur binasa..."

 Begitulah lebih kurangnya....

Tak tahulah macamana boleh keluar nasihat tersebut dari pakchik pemandu
teksi itu. Ketika itu, kami semua masih bujang dan tak terfikirpun lagi
nak kawin, jadi nasihat itu umpama masuk telinga kanan keluar telinga kiri.

Kemudian, selepas tamat pengajian, bertemu jodoh dan melayari bahtera
rumahtangga, nasihat itu tiba-tiba muncul kembali di ingatanku. Menempuhi
cabaran perkahwinan, suka duka, susah senang bersama, benarlah apa
yang dikata oleh pak chik tersebut, bukan ukuran paras rupa yang menjadi
tunjang bahagia tapi perilaku dan akhlak itulah yang lebih utama. Oh....
tidak disangka nasihat yang diberi berbelas tahun yang lalu yang kuanggap
tidak membawa apa-apa makna ketika itu, rupa-rupa berguna untukku
praktikkan apabila tiba masanya.

Begitu juga, ketika melahirkan anak pertama, aku dikunjungi oleh seorang
kenalan ibuku (sudahpun meninggal mak chik itu....al fatihah utknya),
dalam berbual itu dia menitipkan pesan,
"jaga rumahtangga sebaik mungkin, ada masalah bawak berbincang, jangan
 ikut nafsu muda, kalau rumahtangga kita runtuh, orang keliling tepuk tangan,
 berapa kerat sangatlah yang bersimpati, jadi selagi upaya pertahankan
  rumahtangga kita."

Nasihat yang tidak diminta tapi diberi dari hati yang tulus ikhlas oleh seorang
insan tanpa diduga. Sekalipun kedengarannya hanya nasihat biasa-biasa tapi
sebenarnya mengandungi makna yang cukup mendalam.

Sahabat sekalian, sebagai manusia biasa, kita tidak sempurna, setinggi
manapun ilmu yang kita miliki atau sebanyak manapun harta yang ada, kita
tetap ada kelemahan dan kekurangannya. Nasihat yg berguna tidak semestinya
datang dari orang yang sama tarafnya dengan kita tetapi boleh juga datang dari
orang-orang yang tidak kita sangka, yang mungkin taraf pendidikannya jauh
lebih rendah dari kita tapi kerana pengalamannya, nasihat itu menjadi sangat
bermakna. Benarlah bagai dikata, jangan lihat siapa yang berbicara, tapi lihat
apa yang dibicarakan. Nasihat itu mungkin datang dari orang yang dipandang
rendah oleh kita tetapi kebenaran kata-katanya tetap tidak boleh disangkal.

Itulah yang selalu aku pesankan kepada anak muridku apabila aku berikan
nasihat kepada mereka. Ketika ini, nasihatku kedengarannya tidak dapat
diterima tetapi percayalah suatu waktu suatu ketika, nasihat itu tetap berguna
juga.  Seperti kata-kata yang pernah diucapkan oleh seorang pakar motivasi:

"....jika mereka tidak terima tidak mengapa, jangan dipaksa kerana paksaan
hanya membawa kepada penolakan yang berterusan, tetapi berilah mereka
nasihat kerana dibawah minda sedar nasihat itu sebenarnya ada tersimpan...."


Hidup adalah untuk memberi dan menerima, dengan hati dan minda terbuka,
semoga segala nasihat yang diberi pada hari ini boleh menjadi panduan di
hari kemudian. Semoga apa yang kutulis disini, boleh menjadi pedoman kpd
anda anak-anak muda yang sedang meniti usia menuju ke alam dewasa.

Marilah kita saling ingat mengingat agar dalam sibuknya kita mengurus
dunia, kita masih punya waktu mencari bekal akhirat.....

13 comments:

Abd Razak said...

Assalamualaikum...

Jadikanlah cinta itu dalam rumah tangga sebagai amanah, yang selama cinta diorentasikan untuk ibadah dengan dibingkai taqwa.

Maka marilah berlumba-lumba untuk meraih cinta Allah SWT, supaya mendapatkan cinta yang mampu membimbing kita untuk lebih mendekat kepada-Nya.

Norsha said...

Waalaikummussalam,

Masyaallah......kata-kata yang sangat indah, Insyaallah akan saya ingat, akan saya pegang sebagai azimat, benarlah cinta itu amanah,
dan setiap amanah itu pastinya akan ditanya suatu hari kelak...

Jazakallah Tn Razak...
Teruslah memberi nasihat...
bukan saja untuk saya tapi juga utk semua pembaca d blog ini...

Afida Anuar said...

Terima kasih Norsha,sudi berkongsi..

InsyaAllah, nasihat untuk orang bujang tu fida akan ingat sampai bila-bila,... eh nasihat tuk orang yang dah kahwin tu juga;)

dan nasihat saudara abdul razak...

Mas blogger said...

thx kak...info yg bermanfaat....terkesan bila dibaca

fuad ansari said...

Terima kasih cikgu.. Entri ni ternyata memberi kesan di hati..

Saya pulak selalu teringat2 nasihat ni.. tak tau lah kenapa..

"Dok atas dunia, otak pikiaq satu.. hati ingat satu.. nak jadi orang baik..nak buat benda baik.. cukup.. "

Norsha said...

Afida,
sama2 kasih,
ha.. nanti dah kawin ingat ye

Mas,
moga2 dapat diamalkan bila sampai masanya

Fuad,
ingat nasihat ni sampai bila2 ye
nak buat baik? ...Insyaallah, bila ada azam dlm diri, mudahlah nanti

نور توفيقة ادريس said...

Assalam..

Kak Norsha.. Somehow rasa tak ready upon marriage thingy.. To express my deep feelings about it. Sebab malu dan sebab rasa tak layak lagi untuk that very precious ibadah.. Allah knows best.

Semoga Allah always tolong untuk tarbiyyah diri ni untuk dapat bentuk Baitul Muslim yang bahagia dan berjaya dunia akhirat..

Jazakillah Kak for the wise words:')

Husaini said...

salam singgah...
kata2 yang baik tuh bukan saja sebagai nasihat..malah mampu menundukkan amarah seseorang..juga sebagai doa untuk org yang dinasihatkan..walopon xda org yang nk dgr nasihat kita..tp kita ttp kena bagi nasihat dkt org..sbb insyaAllah kita akan lebih terkesan dgn kata2 kita sndiri..ye kan??

sekamar rindu said...

salam..

perkahwinan adalah satu ikatan yg sangat suci ..masing2 ada pernan dan tanggungjwb baik suami dan isteri,.

sifat bertolak ansur..belas kasihan pada isteri/ suami perlu.

unsur-unsur sakinah, redha perlu juga diselami dan diamalkan.

kebahagian, kententerman hanya diturunkan ke atas 2 jiwa yang beriman...

Norsha said...

pqa,
kenapa pulak rasa tak layak utk
perkara yang baik. Perkahwinan tu ibadah, sesiapa yg berkahwin dh dapat sempurnakan separuh daripada agamanya...hebatkan.

InsyaAllah suatu hari nanti dapat juga bentuk Baitul Muslim yg diimpikan itu...:)

Norsha said...

Husaini,
betul tu, seperti membaling bola ke dinding, kata2 yg baik akan melantun balik kpd kita.

Semoga bila kita bg nasihat kat org lain, kita pun terkesan sama utk amalkan...InsyaAllah


Sekamar rindu,
Ya, perkahwinan itu...2 jiwa 1 hati 1 fikir...

Kembara Perantau said...

Kesabaran amat penting dalam rumahtangga, emosi perlu djaga, itulah kunci segalanya...

Norsha said...

Kembara Perantau,
Ya, seperti pengembara yg sedang berjalan, perlukan kesabaran, kekuatan hati dan fikiran untuk menempuh segala ujian dan cabaran

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...