Monday, April 4, 2011

Mereka kaya sebenarnya.....

Beberapa hari yang lalu, aku diminta oleh suamiku untuk menziarahi isteri
kepada temannya (temannya kini berada di Sarawak atas urusan agama.)
Aku tidak begitu mengenali wanita kepada kawan suamiku itu, namun atas nama
silaturrahim,tiada apa yang menjadi halangan untuk berkunjung seketika. Tujuan
ziarah itu selain dari untuk menghubungkan silaturrahim juga untuk bertanya
khabar keadaan si isteri dan anak-anak yang sedang jauh dari ayahanda tercinta.

Melangkah masuk ke kawasan kediaman yang cuma kira-kira 3 kolimeter dari
tempat tinggalku itu, benar-benar menginsafkan aku. Bertemankan puteriku,
(suami menunggu dalam kereta), kami disambut mesra oleh wanita lewat 30an itu
dengan senyum terukir dibibir sekalipun dapat kulihat keletihan diwajahnya.
Aku pernah ke sini sebenarnya, kira-kira 3 tahun yang lalu, dan dia masih ingat
padaku. Takala dia menyebut namaku, aku tersipu malu kerana sesungguhnya
aku sudah lupa nama panggilannya, (bermain dengan perasaan, aku cuba
mengingat sehabis daya namanya dan akhirnya baru aku dapat menyebutnya
dengan nada perlahan kerana bimbang berlaku kesilapan...)
Kami berbual mesra, bertukar cerita dan dalam berbicara aku cuba
bertanya barangkali ada hajat yang belum terlaksana, ada masalah yang perlu
disekesaikan segera atau ada keperluan yang perlu dipenuhi sementara
menunggu kepulangan suami tercinta.

Ohh...dia tertawa kecil, dengan nada perlahan berkata ,tiada apa yang kurang,
semuanya sudah dibereskan suami tersayang, yang lain-lain itu biasalah.....ada
waktu rezeki ada , terkadang-kadang putus juga...

Wanita ini tidak bekerja, tapi mengambil upah menjahit baju untuk membantu
suami memenuhi keperluan keluarga. Ahh, di mana-manapun, rezeki Allah itu ada
kalau  berusaha! Si suami  menyara keluarga dengan berjaja ikan di sekitar
kawasan perumahan, mereka tiada kenderaan cuma sebuah motosikal lama
sebagai  pengangkutan, 2 buah basikal yang digunakan anak-anak untuk ke
sekolah berdekatan malahan  rumah papan 1 bilik itupun  bukan kepunyaan
mereka tetapi disewa sejak  dari awal perkahwinan.

Ya....rezeki manusia memang tidak sama, ada miskin ada kaya. Ada dilimpah
harta berjuta, ada cuma cukup untuk mengalas perut hingga ke hari esoknya, tapi
sebenarnya di sisi Allah sama sahaja kecuali..........apa ya?

Aku tidak berani mengatakan mereka miskin atau susah sekalipun secara
zahirnya kehidupan mereka jauh bezanya dari kehidupanku. Sekalipun dimata
manusia, mereka  serba kekurangan tetapi aku kagum dengan kecekalan si suami
menunaikan tanggungjawab agama dan  ketabahan si isteri untuk terus berada
di sisi  suami sekalipun tidak dijanjikan harta atau limpahan kemewahan yang
mempesona!

Oh...cinta mereka bukan cinta biasa sebenarnya.....!


Tiada keluhan yang keluar dari bibirnya takala aku bertanya tentang
 kehidupannya yang ditinggal suami sementara, dia masih tertawa, meneruskan
 kelangsungan hidup bersama anak-anak tercinta di rumah kecil itu dengan ceria.
 Sungguh dia sabar menerima kesusahan yang ditentukan tuhan, dan masih cekal
 pula memikul segala urusan dan tanggungjawab tanpa banyak alasan. Tidak pula
 dia bersunggut atau meminta-minta yang bukan-bukan. Dalam serba kekurangan
 itu, dia tetap teguh menyokong suaminya tanpa mempeduli cemuhan
orang-orang keliling yang suka menghina dan sabar pula melayan karenah
anak-anak yang sedang meningkat remaja.

Lalu aku teringat kata-kata bahawa kekayaan hakiki bukan terletak pada
kilauan permata tapi sebenarnya terletak pada hati yang bersyukur dan sentiasa
redha. Ketika  meninggalkan rumah papan 1 bilik itu, perasaanku bercampur baur
antara sayu, kagum dan malu....

Sayu mengenangkan  kehidupan mereka yang serba kekurangan itu namun
kagum  kerana keteguhan mereka berpegang pada agama tanpa ragu..... dan
aku malu bila memikirkan  perbezaan antara kami yang menurut pandanganku
mereka lebih kaya sebenarnya  dari keluargaku [kamipun tidak kaya sebenarnya]
kerana andainya aku yang berada di tempat wanita itu, dapatkah  aku bertahan
seperti dia...?  Hanya Allah yang tahu.....



Lalu aku teringat sabdaan nabi yang mengatakan di dalam syurga lebih ramai orang
miskin dari orang kaya..........

15 comments:

~PENCHENTA~ said...

Allah. Kak, doakan sya juga mampu setabah dia. :')

Cemburu.

Abd Razak said...

Assalamualaikum..

Ukuran kekayaan dan kemiskinan ialah hajat dan keperluan. Siapa yang paling sedikit keperluannya, itulah orang yang paling kaya dan siapa yang amat banyak keperluan itulah orang yang miskin. Oleh kerana itulah Allah adalah Yang Mahakaya. Sebab Allah tidak memerlukan makhluk~Nya barang sedikit pun.

ukhti,mardhiah said...

assalamualaikum cikgu.
moga mardhiah juga setabah itu nanti.
setia d sisi suami d waktu senang &susahnya dia .
sabar melayan karenah anak d waktu baik dan nakalnya.
ikram lebih pada suasana sekeliling d waktu lapang dan sempitnya.
paling penting,tguh pendirian dlm usaha iman dan amal d waktu meningkat dan turun imannya.
moga Allah permudahkan d dunia n akhirat.
Amin Ya Rabb.Aminn.Aminn.

Cikgu Sue [CS] said...

Assalamualaikum
sy setuju..mereka jauh lebih 'kaya' daripada kita...

Wafi said...

benar... orang miskin sebenarnya lebih kaya... kerana di hari akhirat lebih mudah penghisaban mereka..

Norsha said...

Penchenta,
sama2lah kita berdoa agar kita kuat dan tabah memikul amanah, bukan senang dik...

Tn. Razak,
benar ya tuan...kena azam ni kurangkn keperluan, sbb kdg2 ada keperluan yg tk perlupun...

Mard,
InsyaAllah, moga2 diperkenankan Allah impianmu itu

Cikgu Sue,
betul..betul...betul

Norsha said...

Wafi,
MasyaAllah... tak dapat nk hari penghisaban kelak

Ibnu Mutalib said...

hakikatnya mereka lebih kaya...
semakin kurang harta dunia,maka lebih sedikit hisab,InsyaAllah lebih cepat masuk syurga.

tambah2 pulak buat usaha atas iman.

Allahuakbar~~~

~~~feelin baca ni cikgu norsha!

نور توفيقا said...

Assalam,
Kak Norsha..
Nangis baca:'(
Honestly, pada pqa, personally, susah nak betul2 ikhlas to redha on things. Susah nak genuinely, in reality, letak dunia jaaauh dibawah akhirat..

Semoga Allah tolong kita semua utk usaha supaya jadi hambaNya yang kaaaaya sangat dengan harta akhirat. Amin. Amin. Amin..

Norsha said...

Ibnu Mutalib,
jgn feelin saja tau, ambil iktibarnya, buat pedoman...

Norsha said...

piqa, hrp2 Allah bantu kita jadi yg terbaik ikut kemampuan kita, akak pun tak mampu nak jadi kuat macam kakak tu

sekamar rindu said...

salam...

besar pengorbanan si isteri membantu suaminya...

Norsha said...

sekamar rindu,
semoga pengorbanan itu dihargai, tidak disia-siakan dan tidak dikianati...

fuad ansari said...

T_T ...

Kagum dengan orang yang macam ni..

Pernah jugak dari pengalaman sendiri, ketika buat usaha ziarah umumi, kami terjumpa rumah yg tersangat dhaif.. maka penunjuk jalan(orang tempatan) tu kata, rumah ni x perlulah pergi, kerana ni rumah saya.. nak menangis rasanya bila dengar kata2 tu..

Untuk makluman, orang tempatan tersebut dan isterinya selalu nusrah jemaah, keluar masthurat jauh2 dan dalam tempoh yang lama..

Secara jujurnya, rumah mereka terlalu dhaif sehingga hati kecil saya berkata2, adakah ini sebuah rumah??..x sanggup rasanya nak ceritakan kedhaifan rumah tu..

Ya Allah, betapa aku perlu sangat bersyukur dengan apa yang telah Engkau kurniakan padaku..

Norsha said...

Fuad,
betul tu
kena selalu ingat betapa beruntungnya kita diberi nikmat yang baik

bila kita rasa susah, sebenarnya ada lagi org lain yg lebih susah

kita rasa byk ujian dlm hidup kita
sebenarnya org lain lg byk ujiannya

rasa malu sgt dgn Allah sbb Dia bg byk nikmat tapi kita tak mampu nk korban sungguh2 utk agama

Ya Allah, ampunikan kami Ya Allah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...