Monday, April 11, 2011

Tipah tertipu......(?)

Suatu ketika, di bumi Allah ini, di sebuah benua, di sebuah negara bernama
Malaysia, di dalam negeri yang kaya dengan hasil hutannya, di sebuah daerah
 yang biasa-biasa saja, di sebuah kampung yang terpelihara dari pencemaran
 udara, di sebuah rumah yang sederhana, di dalam sebuah bilik yang di hias
cantik bercahaya........tersebutlah kisah dua insan teruna dan dara yang baru
 melalui detik bahagia kerana baru diijab kabul di waktu siangnya.

Jeng...Jeng.....Jeng......

Ditepi birai katil, si suami memegang tangan si isteri sambil berkata:

"Dinda, pada hari yang berbahagia ini, kanda ingin memohon maaf kepada
adinda..."  berkata lelaki yang baru bergelar suami itu dengan machonya.

"Kenapa kanda? Ada apa sebenarnya, sehingga kanda berkata sebegitu rupa?"
tanya si isteri dengan penuh lemah lembut ala-ala perempuan melayu terakhir
lagaknya.

Jawab sang suami yang masih teruna itu;

"Begini, dinda ingat tak semasa kita masih di alam pertunangan, dinda telah
 menghubungi kanda di pejabat untuk berjumpa selepas kanda habis kerja.
 Panggilan itu dijawab oleh seorang rakan kekanda yang memaklumkan
 bahawa kanda telah pulang dan tiada di pejabat. Sebenarnya ketika itu,
 kanda masih ada di pejabat tetapi kanda yang telah suruh kawan kanda tu
 memberitahu bahawa kanda dah balik...."

"Mengapa kanda? Mengapa kanda buat begitu? Kira kanda telah menipu
dinda la ni?" Tanya si isteri yang masih dara itu dengan gaya-gaya manja
seperti merajuk saja lagaknya.

"Dinda, dinda jangan salah faham. Memang benar kanda telah menipu dinda
tapi  ada sebabnya...."

"Apa sebabnya kanda?"

"Begini dinda, sebenarnya ketika dinda telefon dan bagitahu nak berjumpa
 dengan kanda, kanda tersangatlah teruja dan seperti hendak melompat saja,
 maklumlah tunangan sendiri yang hendak berjumpa....tapi kemudian datang
 ilham dalam fikiran kanda yang kita belum ada apa-apa hubungan lagi.
 Walaupun kita telah bertunang tapi itu bukan tiket  untuk kita berjumpa dan
 memadu asmara. Tiba-tiba kanda rasa takut bila teringat peringatan Allah yang
 menyebut, jangan hampiri zina, jangan hampiri zina...."

"Tapi dinda ajak berjumpa tu bukan untuk berzina" jawab si isteri masih tak
 puas hati.

"Memanglah... tapi kanda bimbang seandainya kanda pergi berjumpa adinda
 ketika itu, syaitan membisikkan ke telinga kanda untuk memegang tangan
 adinda, bukankah itu sudah dikira menghampiri zina? Kanda juga takut
 seandainya selepas berjumpa itu kanda tak dapat tidur kerana teringatkan
 dinda, bukankah itu telah menganggu fokus kekanda untuk beribadah kepadaNya?"

"Jadi, kanda taknak berjumpa tu bukanlah sebab kanda tak sayang dinda ya?"
 Jawab si isteri dengan wajah yang dah bertukar dari cuka kepada gula.

"Ya dinda, kanda taknak berjumpa pada hari tu kerana kanda takut jika
 kita berjumpa, syaitan menhiasi mata kita dengan keseronokan semata-mata
 sehingga kita tak dapat membezakan antara dosa dan pahala. Dinda lebih rela
 kehilangan kasih manusia dari kehilangan redha Allah, adindaku sayang..."

"Oh kanda, begitu rupanya....."

"Adinda, itulah kali pertama kanda menipu adinda dan kanda berazam itu juga
 adalah kali yang terakhirnya kerana selepas ini, sesudah kita jadi suami isteri ini
 kanda berazam akan menjadi suami mithali, suami terhebat di abad ini.....eceh!"

"Adinda tak marah kan?"

"Tak kekanda, malahan dinda berbangga kerana telah ditemukan dengan
seorang pemuda  yang teguh pendiriannya sehingga tak langsung tergoda
dengan ajakan seorang dara yang belum tentu kuat imannya. Terima kasih
kanda kerana telah menyedarkan adinda..."

:)
:)
:)
:)

Cut !.....................(adegan seterusnya tidak diluluskan untuk tayangan umum)

Fullamak ! Andainya semua lelaki di zaman ini memiliki sifat-sifat seperti di atas
nescaya tidak adalah gadis-gadis yang sanggup mengorbankan maruah untuk
cinta yang tiada kesudahan. Tentunya gadis-gadis pun malu untuk menonjolkan
diri dalam keadaan yang tak sepatutnya. Pastinya mereka tak berani nak
menggoda mana-mana lelaki lantaran bimbang godaan itu dibalas dengan
tazkirah yang memeritkan. Tentunya apabila si pemuda dapat menjaga matanya,
 telinganya, tangan dan kakinya dari perkara-perkara yang menghampiri zina
rasa-rasanya tiadalah masalah perzinaan dan pembuangan bayi yang berleluasa
dewasa ini sehingga dikhabar setiap hari pasti ada bayi luar nikah yang
dilahirkan. Bukan satu, bukan dua tapi cukup banyak bilangannya....sungguh
mengerikan! Dan anak itu kemudiannya dibuang di mana-mana saja seperti
membuang kertas tisu ke dalam longkang, sungguh tidak beradab!

Ya Allah....beri kami petunjuk, beri kami petunjukMu....Ya Allah

(p/s: cerita di atas bukan rekaan ye, cerita betul ni...cerita siapa? Ada le..:)



Carilah  Redha Allah dengan marahnya manusia, jangan cari redha manusia dengan
marahnya Allah

12 comments:

Ibnu Mutalib said...

keh3,
terbaeeekkk,kak

Naila said...

hahaha....
lawok tapi sinis!

err....ada lagi ke lelaki spesis mcm tu di zaman la ni?

ukhti,mardhiah said...

(",)

Wafi said...

nice btol laki ni... moga daku boleh jadi begini.. moga ramai laki macam ni... amin...

Abd Razak said...
This comment has been removed by the author.
Abd Razak said...

Assalamualaikum...

Ya, lelaki itu memperbaiki batinnya dengan muraqabah dan rasa ikhlas dalam hubungannya dengan perempuan itu, sehingga Allah hiasi lahiriahnya dengan mujahadah..

fuad ansari said...

Cut !.....................(adegan seterusnya tidak diluluskan untuk tayangan umum) <-- saya dibenarkan x? Umur saya dah lebih 18.. hehe.. gurau je..

Boleh ke saya membuat kesimpulan sebegini:
Bila rosak kaum lelaki, maka akan rosakkan kaum wanita..
Bila baik kaum lelaki, maka akan baiklah kaum wanita.. InsyaAllah..

نور توفيقة ادريس said...

:)

There's still such a man now..
There is.

Alhamdulillah..

Afida Anuar said...

Allahuakbar..mana nak cari lelaki persis tu zaman kini ya norsha?..

kalau ada, jangan lupa kenalkan kat fida..errr. he he..gurau je;)

Norsha said...

Izmer,
Hehehe...moga2 sentiasa jadi terbaeekkk...(agak2 blh ikut tak mcm lelaki tu?)

naila,
InsyaAllah ada lagi, try intip kat masjid ke, kt prog agama ke

Mard,
:-) :)

Norsha said...

wafi,
InsyaAllah...amin...(lelaki tu mmg nice)

Tn Razak,
Waalaikummussalam,
moga2 keikhlasannya kekal sampai bila2

Fuad,
la...ingatkn bawah umur lagi..hahaha (nasib baik fuad dh kawin..)

betul fuad, setuju sesangat dgn kenyataan fuad tu. Kita selalu salahkan perempuan bila berlaku perkara terlarang, sdgkn lelaki pun ada peranannya disebalik kejadian tu. Org pompuan ni klu dia goda, lelaki tak layan, lama2 diapun malu sendiri....

Norsha said...

Pqa,
Yes...there is...ada lagi w/pun bilangannya mungkin tk ramai,jadi rebutanlh jawabnya ye...

Fida,
hahaha....ada fida tapi tersembunyi kot ...:) Akak tlg doa jelah utk fida ye

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...