Ada waktunya , dalam hidup ini
kita terjatuh di laluan berliku
atau tergelincir di lorong yang licin....
Andai tergelincir.....
bangunlah semula
teruslah berjalan
sekalipun perlahan
percayalah di hujung sana ada cahaya
ada sinar bahagia.......
bila hujan berhenti
akan muncullah pelangi
kaupun tersenyum
melihat garisnya yang berwarna- warni...........
Sayangku.....
jangan sesekali dalam hidup ini.....
kau berhenti berharap
kerana selagi ada cahaya, selagi itu adanya sinar
hidup bukan untuk mengenang
masa lalu yang suram
tapi untuk merencana
masa hadapan yang masih panjang.......
andai tika ini kau terluka
atau sakit ditikam tajamnya bicara
janganlah meratap hiba
kerana Allah sentiasa ada bersama kita
Dia Mendengar dan Maha Mengetahui
segala duka dan lara di hati.........
12 comments:
Assalamualaikum cikgu...
Pengharapan pada Allah bila ia menyandarkan seluruh keinginan pada~Nya kerana yakin tidak akan terwujud keinginan manusia kecuali telah Allah izinkan. Walapun belum diizinkan, pasti ada yang lebih baik Dia sediakan.
Assalamualaikum kak norsha..
Terima kasih kak, atas peringatan yang tak putus-putus...sungguh, hanya Dia lah tempat yang layak untuk kita meletakkan pengharapan dan doa...tempat untuk mengadu dan menangis. Bukan pada manusia.
dont give up.
Allah yg bagi masalah, Allah juga yang ader jalan penyelesaian.
insyaallah
Allah kn Maha Kuasa..
yakin kan?
ye cikgu,
jgn peduli apa org nak kata
yg penting kita bahagia dgn cara kita
remember,Allah sentiasa bersama kita...
Assalamualaikum cikgu..
sukar saya meninggalkan bait-bait kata di atas tanpa memberitahu kepada sang penulisnya bahawa saya sangat terkesan dengan luahan bicaranya yang ini :)
Wassalam Ya Ustad,
Benar sekali, Allahlah tempat bergantung harap segalanya....
Afida,
peringatan utk diri sendiri juga
Ahlia teeeetttt...
yakin dengan sebenar-benar yakin
Tn Anon,
ya, asalkan bahagia dgn cara kita tapi cara itu mestilah selari dgn ajaran agama
A/P/Skeluarga,
Dia bersama kita selamanya.....
Wassalam Ummu,
moga bait2 kata itu bisa menjadi penawar duka buat sesiapa yg membacanya termasuk penulisnya sendiri
Saya berharap..
Di perjalanan kehidupan ini..
Kalaupun tergelincir pada awalnya..
Ataupun pada pertengahannya..
Tetapi tidak pada pengakhirannya...
Saya berharap..
Saya mampu bangkit semula..
Melangkah dengan gembira..
Di garisan penamat itu..
fuad,
teruslah melangkah....
jangan goyah.....
Biarlah tergelincir berapa kali pun, yang penting adakah kita bangun atau tidak..
wafi,
setiap kegelinciran itu memberi pengalaman utk melangkah dgn lebih tabah....
Post a Comment