Wednesday, May 18, 2011

Diam

              " gaharu, cengal, giam
                tak tahu, tak kenal, diam"

Benarkah diam lebih baik dari berkata-kata?

Nabi s.a.w ada menyatakan bahawa barangsiapa yang banyak cakapnya,
nescaya banyaklah silapnya, barangsiapa yang banyak silapnya, nescaya
banyaklah dosanya dan barangsiapa yang banyak dosanya, nescaya neraka
lebih utama baginya.                                              (Rwt ; Abu Naim)                    

Ada madah berkata:  Banyak diam tak semestinya bodoh dan banyak cakap
                                 tak semestinya cerdik..............

Pilihan di tangan  kita, pilihlah yang mana satu kita suka.

Diam yang indah, dalam diam boleh beribadah
Diam itu nikmat, banyak diam  lebih selamat .
Anda setuju?                                  

14 comments:

~PENCHENTA~ said...

"Jadilah insan yang diamnya fikir, cakapnya zikir."

:)

IMANSHAH said...

tengah diam ni

IMANSHAH said...

tengah diam ni

fuad ansari said...

Tidak hairanlah jika adanya jaminan syurga buat insan-insan yang menjaga lidah dan kemaluannya kerana kedua-dua perkara ini selalu sahaja berbuat dosa..

Ya Allah, jauhkanlah kami dari noda dan dosa...

cik dila said...

kdg2 diam itu lebih baik...=)

Afida Anuar said...

saya seorang yang pendiam...hehhe.. dan dan..

Norsha said...

Penchenta,
zikir...ringan dilidah, berat ditimbangan

ImanShah,
tapi dlm kelas tak boleh diam, kena bercakap...

Cikgu Sue [CS] said...

hanya bila perlu.....

Norsha said...

fuad,
diam yang bertempat, kalau diam sepanjang masapun payah juga

cik dila,
kdg2 bercakap yg baik2 juga baik

Afida,
dan...dan...dan apa?

Cikgu sue,
ya, bila perlu, kang dalam kelaspun diam tak bercakap, pelik pulak budak2 tu

Zuhey said...

Diam... padat dan mantap.

Mas blogger said...

setuju...makin byk cakap....byk plak termengumpat...jangan jadi muflis di akhirat....

Wafi said...

undi entri ini... setuju!

Norsha said...

mas blogger,
kalau boleh kaya di dunia, mewah di akhirat


wafi,
terima kasih sudi mengundi !

menusuk hati said...

orang yang bijak itu lebih banyak diamnya daripada bercakap..brcakap bila perlu,diam sahaja bila tak tahu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...