Monday, May 16, 2011

Terima kasih semua.....

............Jika hari ini sesiapa saja menjadi dewasa
            sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
            dengan sabarnya mengajar tulis baca..........

Terima kasih semua di atas ingatan yang tak putus-putus terhadap
guru biasa ini....segala mesej yang dihantar, segala hadiah yang
diberi, segala doa yang dikirim, malah segala komen yang anda
tulis di blog cikgu yang tak seberapanya ini sangat-sangat cikgu
hargai dan InsyaAllah kekal terpahat di hati.

Sebenarnya, sebelum cikgu mula menulis blog ini pertengahan febuari
yang lalu, cikgu telahpun membaca blog-blog anda semua dan dari
blog-blog anda itulah banyak sekali perkara yang cikgu dapati dan
pelajari. Dari blog anda itulah cikgu mendapat inspirasi untuk menulis
dan berkongsi sedikit pengalaman dan pengetahuan yang cikgu miliki.
Sesungguhnya, anda yang lebih muda dari cikgu ini tidak
kurang hebatnya memiliki ilmu dan pengetahuan yang boleh dikongsi
bersama. Secara jujurnya, blog-blog anda jauh lebih hangat dan memikat
berbanding blog cikgu yang simple ini.  Jadi secara tak langsung, anda
juga telah menjadi guru kepada cikgu !

Ada banyak mesej yang cikgu terima hari ini sebagai tanda ingatan kepada
seorang guru dan di antara mesej-mesej itu, ada satu mesej yang menyentuh
hati dan berbekas sekali. Cikgu kongsikan bersama anda di sini :

           Some one is loving you
           Caring for you
           Watching over you
           Protecting you
           Who ?
           Allah............ who never fails....
           Love you so much.....


           "Happy Teacher's Day"




 Jumpa lagi............

p/s : lepas ni entri kena pendek2 nampaknya.......ringkas, tapi padat dan bermanfaat....





14 comments:

Wafi said...

selamat hari cikgu, cikgu norsha..

fuad ansari said...

ringkas, tapi padat dan bermanfaat.... <-- betul3.. (",)

Memetik kata-kata usman awang..

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa

Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta

Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara

Jika hari ini seorang ulama yang mulia

Jika hari ini seorang peguam menang bicara

Jika hari ini seorang penulis terkemuka

Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa

Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa

Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca

Selamat Hari Guru Cikgu Nor.... (",)

~PENCHENTA~ said...

Eh. Lupa pula nak wish kat cikgu lagi sorang ni. Selamat Hari Guru kak. :)

Oh. 'Cikgu Besar' saya best. Dia ajar saya macam2. Saaaaaaaaaayang Allah. :')

Afida Anuar said...

kak norsha..selamat hari guru... mulianya tugasmu mendidik kami anak bangsa...;)

Cikgu Sue [CS] said...

Selamat Hari Guru Cikgu Norsha..!!

Titisan Hujan said...

selmat hari cikgu
buat cikgu norsha

Ismi Ijmi said...

selamat hari guru,cikgu norsha

Mas blogger said...

selamat hari guru kak

Norsha said...

WAFI
FUAD ANSARI
PENCHENTA
AFIDA ANUAR
CIKGU SUE
TITISAN HUJAN
IZMER
MAS BLOGGER

"Terima kasih daun keladi, ucapan anda sangat berbekas di hati, moga di suatu hari nanti kita akan dapat bertemu di alam realiti...."

Zuhey said...

Selamat hari mengingati pengorbanan dan jasa guru... tanpa guru, bekulah ilmu, tanpa guru, sesat zulumat pengamal ilmu..

Norsha said...

zuhey,
terima kasih yang tak terhingga, sudi singgah di blog insan biasa...

Abd Razak said...

Assalamualaikum...

Pastinya, namamu keramat...GURU
Tak akan tenggelam ditelan zaman
Tak akan ranap dibanjiri lautan
Tegasnya, kau tetapi suci
Kau tetap kukuh, disanubari
Moga nanti akan ada penyambung warisan
Moga Allah mengurniakan kebaikan yang banyak buat sahabat.

Solihin Zubir said...

owhh.. cikgu rupanya.. hehehe,..

selamat hari guru... =)

Norsha said...

Tn. Razak,
Amin...amin...Ya Allah


Solihin,
Iyor le....teman cikgu je...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...