Thursday, May 26, 2011

Kalau saya mati dulu ......?

Cite mati lagi? eh, tak,tak....kali ni cite tentang hidup pulak tapi hidup yg ada
 kaitan dengan mati. Dulu-dulu, lebihkurang  enam tujuh tahun lepas saya
ada tanya en. suami saya soalan ni: "Kalau saya mati dulu, awak kawin lain tak ?"
Dia tak terus jawab, tapi lepas tu dia bagi jawapan yang sangat jujur;
"emm....kalau awak mati masa umur saya 40an, mungkinlah saya kawin lagi,
tapi kalau awak mati , saya umur 70 atau 80 tahun, tak tahulah nak cakap....."
Saya takdelah pulak rasa nak marah ke sedih ke lepas dengar jawapan dia
sebab jawapan tu merujuk kepada situasi selepas saya mati. Orang yang dah
mati dah terputus hubungannya dengan segala urusan kat dunia ni kecuali 3
perkara iaitu doa anak yang soleh, sedeqah jariah yang ditinggalkan dan
ilmu yang bermanfaat......


Lepas saya tanya soalan tu, saya tunggu juga dia tanya saya soalan yg sama
kat saya tapi dia senyap saja. Dalam hati saya, kalau dia tanya soalan yg sama
saya nak jawab camni;
"Saya kan, kalau ditakdirkan awak pergi dulu, rasa-rasanya takde sapa
yg nakkan saya lagi. Saya akan tetap setia kat awak, jaga anak-anak awak,
ingat nasihat dan teguran awak, terus buat baik kat keluarga awak, awaklah
suami terbaik dan saya tak fikir untuk hidup bersama orang lain, saya sayang
awak sepenuh hati, saya nak hidup bersama awak sehingga saya mati.....dan
saya nak tunggu awak dalam syurga 500 tahun lebih awal sebelum awak masuk....."

Amacam ? Cantik tak ayat tu ? Oleh kerana dia tak pernah tanya saya soalan
tu, maka saya simpan saja jawapan tu dalam hati sampai hari ni.....

Antara saya dan dia, tak tahu siapa pergi dulu.............hanya Allah yang tahu....
tapi sementara masih hidup ini, saya mahu buat yang terbaik..... untuk dia, untuk
cahaya mata kami, untuk diri saya, kedua ibu bapa dan mertua saya, kaum
keluarga saya, jiran tetangga saya, teman-teman saya dan sesiapa saja yang
mengenali saya.....berbuat baik kerana Allah.........indah bukan?

(Syurga Isteri terletak dibawah telapak kaki suami....andai aku pergi
dahulu, redhailah pemergianku, suamiku...............)

10 comments:

fuad ansari said...

Lagu ni ditujukan khas untuk cikgu.. (",)

Andainya aku pergi dulu sebelummu
Janganlah kau bersedih hati
Andainya aku tiada lagi di sisimu
Janganlah kau memencil diri
Bayangkanlah masa-masa bahagia
Semasa engkau dan aku
Bermesra di langit biru
Di waktu kasih berpadu (",)

Moral da story...
Wanita yang kehilangan suami lebih tabah dalam meneruskan kehidupan berbanding lelaki yang kehilangan isteri.. hehe..

~PENCHENTA~ said...

Sedih lah kak post yang nii.

Saya risau mak saya pergi dulu. Saya risau kalau2 saya akan terlalu sedih. Saya risau kalau2 saya akan menyalahkan takdir.Ya Allah. Mak saya banyak pengaruhnya dalam hidup saya. :(

p/s: betul juga kata En Fuad tuu. Ibu tunggal lebih tabah berbanding ayah tunggal. Kenapa ya?

Afida Anuar said...

biasanya kan kak norsha, ramai perempuan yang fida tengok kehilangan suami pada usia muda sekalipun, depa tak kawin lain,... jarang sangat tengok depa cari pengganti... mungkin perempuan terlalu setia kan kak? he he...

Allahualam.. hanya Tuhan yang tahu bila kita akan pergi.

Nujma Hayati said...

Wah!cikgu....
terbaik ayt tuh..sy sokong cikgu..
jodoh pertemuan perpisahan semua kehendak Allah...mati tu Insya-Allah cikgu.... =)

Wafi said...

"Apabila seorang perempuan mendirikan sembahyang lima waktu, berpuasa sebulan (Ramadhan), menjaga kehormatan dan taat kepada suami, dia akan disuruh memasuki syurga melalui mana-mana pintu yang dia sukai." (Hadis Riwayat Ahmad)

fuad ansari said...

Tyah n Kak Afida:
Lelaki semakin pupus.. (",)

Norsha said...

fuad,
wah...lagu yg mencuit hati, teringat zaman muda2 dulu...


Penchenta,
tiada apa yg perlu dirisaukan, jgn sedih, yakinlah dgn takdir, anak yg baik akan selalu mendoakan ibunya...
err...ibu memang manusia istimewa, sebab itu mereka cekal hatinya


Fida,
yelah kot, perempuan selalunya setia dan tinggi pengorbanannya...

Norsha said...

Nujma,
hahaha...penyokong setia ni !


Wafi,
antara hadis yg membuktikan betapa Islam begitu menghargai wanita...

Fuad,
pupus?...bahaya ni, kalau lelaki pupus, maka pupuslah juga umat kat dunia ni nanti

Daud said...

Catatan orang bujang:...hik3...nak cari isteri setia...he3...

Norsha said...

Daud,
InsyaAllah....moga bertemu yg anda cari di suatu hari nanti....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...