Saturday, May 14, 2011

.....dari guru kepada guru....

Jika anda mahu kaya harta
jangan jadi guru
kerana guru itu gajinya kecil sahaja

Jika anda mahu dikenali
jangan jadi guru
kerana guru itu tiada siapa yang peduli

Jika anda mahu privasi
jangan jadi guru
kerana guru itu sentiasa dikelilingi si anak didik

Jika anda mahu duduk diam sahaja
jangan jadi guru
kerana guru itu perlu bergerak sentiasa
keluar masuk kelas
turun naik tangga
guru perlu sentiasa bertenaga

Jika anda tidak suka berbicara
jangan jadi guru
kerana guru itu perlu sentiasa berkata-kata

Tapi.....
jika  anda suka memberi nasihat
suka melihat yang lemah menjadi kuat
yang putus asa kembali bersemangat
yang hilang arah kembali bertemu jalan selamat
anda boleh jadi guru
kerana guru selalu memberi tunjuk ajar
untuk orang yang mahu belajar........
untuk mereka yang sudi mendengar

dan....
kalau anda suka dipanggil cikgu
tidak peduli walau penat dan lelah bersatu
bahagia melihat si jahil menjadi manusia berilmu
dan percaya ada pahala diberi Allah Yang Satu
anda boleh jadi guru
kerana guru itu panggilan keramatnya cuma satu
setiap tahun pasti ada yang ingat utk menyebutnya

Selamat Hari Guru, Cikgu.................


 ilhamrasa ;.............................Cikgu Nur..(.Ktn, Phg)
                                               Mei, 2011                  

13 comments:

Norsha said...

menjadi guru, anda akan lebih banyak memberi dari menerima....

Afida Anuar said...

guru..jutawan di hari akhirat..

selamat hari guru kak norsha!

FakirFikir said...

Selamat hari guru

fuad ansari said...

Biar susah di dunia, asal senang di akhirat..
Biar miskin di dunia, asal kaya di akhirat..
Biar penat di dunia, kerana syurga tempat berehat..
Biar letih berbicara, kerana bicara guru itu bermanfaat..

Selamat hari guru Cikgu Nur....... (",)

Norsha said...

Menjadi guru, anda akan lebih banyak memberi dari menerima....

Norsha said...

kepada yang dah bagi komen ari tu, time kasih banyak2, komen dah hilang, tak sempat nak balas....dugaan, dugaan....

menusuk hati said...

selamat hari guru..jangan lupa untuk halalkan ilmu yg cikgu bagi tu ye..hik!

mohdfuad said...

sebab komen dah hilang, saya komen lagi sekali la..(",)

Biar susah di dunia, asal senang di akhirat..
Biar miskin di dunia, asal kaya di akhirat..
Biar penat di dunia, kerana syurga tempat berehat..
Biar letih berbicara, kerana bicara guru itu bermanfaat..

Selamat hari guru Cikgu Nur....... (",)

Cikgu Sue [CS] said...

salam cikgu norsha,
hmmm teringat masa interview nk masuk mktab dulu.. "nape awk nk jd guru..lebih baik awk jd engineer..jd guru xkaya tau!"..."saya xmau kaya tuan, sy mahu bahagia"

SELAMAT HARI GURU!!!

Marina Ali said...

Happy Teacher Day kak,:)

Norsha said...

menusuk hati,
terima kasih atas ucapannya....telah cikgu halalkan ilmunya sejak sekian lama....

Fuad,
komen yg sgt bermanfaat dan memberi semangat, time kasih banyak2


Cikgu sue,
Selamat hari guru juga dan selamat bertemu bahagia


Marina,
Time kasih banyak2 dik...

Abd Razak said...

Assalamualaikum...

Allah ciptakan bunga yang begitu harum,
seperti halnya engkau guru yang telah memberikan keharuman pada hari-hari anak didik

Selamat Hari Guru..

Norsha said...

Tn Razak,
Terima kasih banyak2....

Selamat Hari Guru juga kepada saudara...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...