Friday, May 6, 2011

Sakit....

Semalam tak pergi kerja, mc. Bangun pagi entah apa yang mengigit
terasa anak jari kaki  bengkak dan sakit sehingga berjalanpun
terpaksa berjingkit-jingkit. Saat menyarung kaki ke dalam kasut
bertutup warna hitam dan cuba melangkah, hanya Allah yang tahu
sakitnya, berdenyut-denyut. Lemahnya manusia baru satu jari kaki
yang sakit  sudah terasa kesannya, lalu fikiran menerawang ke klinik
berhampiran. Takleh jadi ni....baru melangkah setapak dua sudah
berkerut muka, bagaimana mahu memanjat anak tangga bangunan
4 tingkat itu nanti, lalu telefon di capai dan memberitahu orang-orang
berkenaan bahawa  akan tiba lewat hari ini untuk ke klinik terlebih
dahulu. Tapi klinik  buka pukul 8.30 pagi, pukul 9 baru doktornya
masuk. Ok , takpe, balik rumah buat solat hajat dulu, minta dengan
Allah untuk bagi kesembuhan , Dia yang beri sakit, Dia juga
menyembuhkannya......

Dan bila berjumpa doktor yang dah 20 tahun jadi doktor tu, diberinya
mc satu hari, nanti kalau banyak berjalan lagi bengkak lagi susah......
Fuuh.....ini mc pertama tahun ini, tahun lepas pun mc cuma satu hari,
CRK pun baru satu kali, itupun sebab anak sakit hari tu, hari-hari
yang lain memang rajin betul ke sekolah (perasan !)

Sebenarnya, dah lama tak sakit....kali terakhir sakit ialah pada 2004,
berulangalik ke hospital selama 2 tahun dan akhirnya menjalani pembedahan,
syukurlah semuanya selamat. Hanya apabila kita sakit, baru kita tahu
nikmatnya sihat. Dan bila diuji dengan sakit yang tak terduga, baru kita
faham bagaimana perasaan orang yang sakit sebenarnya. Orang yang sedang
sakit, sangat mudah terganggu emosinya, ketika itulah kata-kata
semangat sangat-sangat diharapkan dari orang yang datang berziarah.
Ok , lupakan kisah lama itu....setiap sakit yang diberi, ada rahsia
tersembunyi.....

Jadi semalam terasa ringan kepala kerana boleh berehat keseorangan
di rumah kesayangan itu. Sebenarnya tak rehat juga, banyak lagi kerja
menanti samada kerja rumah atau kerja-kerja sekolah yang tak habis-habis.
Dan ketika baru mahu melayan perasaan ketika berseorangan, ada sms
masuk dari teman hidup berbunyi: ...on the way balik, dari klinik, mc juga....
Allah....baru teringat pagi tadi dia mengadu, belakang dan lehernya sakit.....
Entah faktor usia, entah faktor kerja , entah-entah faktor lain.....

Haih....sudah tertulis dalam suratan, semalam berpeluang berdua-duaan,
susah nak dapat peluang ni sebenarnya....patutlah ada motivator cakap
kalau nak menyubur cinta yang lama, pergilah bercuti berdua saja,
tinggallah sekejap anak-anak dgn sedara mara.....

Sakit, sakit juga....tapi dalam sakit ada bahagia..........!

7 comments:

Norsha said...

Bagusnya doktor yg akak jumpa tu, siap pesan, "makan ubat ni, tapi ingat bukan ubat atau doktor yg menyembuhkan".....itulah bezanya bila doktor ada fikir agama.....

Unknown said...

moga lekas sembuh kak...Amin

rajin2 makan ubat yer

Unknown said...

saya suka apabila ada klinik yang mempamerkan tulisan,kami cuma berikhtiar tapi yg menyembuhkan adalah Allah..suke sngat2...

Menusuk Hati said...

saya pula lagi suka jabatan xray HUKM,boleh buka orang berzikir masa kerja..sejuk je...moga sembuh ye

Afida Anuar said...

Get well soon, kak norsha dan hubby..

Alhamdulillah, mungkin ini salah satu rahmat sakit, dapat menghabis masa bersama teman hidup tanpa anak-anak buat seketika;)

Norsha said...

mas blogger,
time kasih....ahaa, baca komen ni baru teringat ubat belum makan lagi !


A/p sekeluarga,
doktor2 sekarang dh ramai yg ada kesedaran agama

Norsha said...

menusuk hati,
eh...bagus cdgn tu, bagi tahulah kat bos...kot2 dia terima


Afida,
hehehe....InsyaAllah, on the way nak sembuh....kira semalam tu hari yang indahlah buat kami...:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...