Sunday, May 8, 2011

Kasihnya Ibu....

Di mana-mana pun di dunia ini, kasih dan pengorbanan ibu tetap sama
tanpa mengira bangsa, agama, taraf hidup dan paras rupa. Mari kita hayati
suatu kisah menyayat hati yang berlaku ketika gempabumi di China pada Mac
tahun 2008. Si ibu ini menjadikan tubuhnya sebagai perisai menahan anaknya
dari ditimpa runtuhan bangunan sekalipun terpaksa mengorbankan nyawanya.
Terima kasih kepada pemilik blog SolihinZubir.com.

Di Malaysiapun, 2 hari lalu, seorang ibu rentung selepas berjaya menyelamatkan
anak-anaknya dari kebakaran yang berlaku di rumah mereka. Ketika semua ibu,
berkorban nyawa  melindungi  anaknya, mengapa  ada ibu sanggup
mencampakkan atau membuang anaknya begitu sahaja tanpa sedikit pun rasa
berdosa ? Kepada semua anak-anak ;

" Syurga Di Bawah telapak kaki Ibu............"

18 comments:

Zyeman said...

Kepada ibu-ibu, kalau anak nakal jangan sumpah jadi batu, tapi sumpahlah supaya jadi pembantu agama Allah...betulkan cikgu?

Abd Razak said...

Assalamualaikum...

Ibu adalah sumber kekuatan diri kita. Iman tidak sempurna jika kita mencalarkan kebeningan hatinya.

ika syafiqah said...

sedihnya..... :(

umu6point said...

Assalamualaikum cikgu,
mengalir-ngalir air mata umu melihatkan gambar dan membaca pesanan ibu di atas tu.
kebetulan, berita ibu yang rentung beberapa hari lepas juga mampu buat umu menangis membayangkan bertapa saratnya kasih sayang seorang ibu. Korban untuk anak x ada batas. hatta nyawa pun sanggup bagi.

**cepat sensitif kerana mengenangkan arwah ibu yang pergi dahulu semasa umu berusia 5tahun.. :'(

Afida Anuar said...

Assalamualaikum kak norsha..

Kasih ibu sampai ke syurga..kasihnya ibu pada kita hingga diri sendiri sanggup dipertaruhkan...

menitis air mata baca kisah ibu ni..

Buat kak norsha..selamat hari ibu;)

Norsha said...

zyeman,
betul,betul,betul (buat gaya upin & ipin)


Tn Razak,
ibu sumber kekuatan, simbol ketabahan...


ika sayang, jangan sedih ye.... love u so much...!

Norsha said...

umu,
akakpun nangis masa baca kisah ni, tersentuh betul hati...selalu doa utk arwah ibu ye


Fida,
ibu cuma satu, tiada galang gantinya...time kasih atas ucapan itu...InsyaAllah, suatu hari nanti fida juga akan bergelar ibu

Wafi said...

"oh ibu, kau disiram bayu pagi... (xingat dah)" .... selamat hari ibu, ibu-ibu sedunia..

fuad ansari said...

Ibu ibu...
Tulus sungguh kasihmu..
Patut la saya mudah tersentuh jika berbicara tentang ibu...

ahLia shahril said...

salam..

waa..terharu nye...

mcm tu skali kn pengorbanan ibu...

mak.. nak mak... :'(

Solihin Zubir said...

ibu adalah manusia paling kuat di dunia walaupun luarannya nmpk lembut.. kan..

~PENCHENTA~ said...

Ya Allah kak. Indahnya hati seorang ibu.

Saya sayang mak saya. Tapi tak pernah cakap kat dia. :'(

Norsha said...

wafi,
selamat hari ibu buat mak wafi...
pandai nyanyi juga budak ni rupanya

Fuad,
anak yg baik fuad ni....

ahlia teeet,
pengorbanan ibu mmg menginsafkan..... eh, nak apa ?

Norsha said...

Solihin,
kecekalan ibu adalah sumber inspirasi anak-anak....

Penchenta,
takpe tak bagitahu tapi jangan lupa doakannya selalu....

نور توفيقة ادريس said...

Rasa macam ada electricity flowing dalam jantung ni.

Masya Allah.. Masya Allah.....

Semoga Allah berkati dan balas sebaik baik balasan untuk semua ibu di dunia.. And to Kak Norsha either.
Amin..

Norsha said...

Fiqa,
moga2 begitulah....moga pengorbanan ibu diberkati dan dihargai hingga ke akhir hayatnya....amin

Menusuk Hati said...

teringat dulu ibu dukung sambil berjalan kaki bawa saya ke klinik sb sakit perut..terpaksa berjalan dekat 2 km....sebak...

Norsha said...

menusuk hati,
kasihnya ibu membawa ke syurga....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...