Siapa berani menyangkal, kematian tidak datang di usia muda
Siapa pula berani menyoal , kematian yang datang tiba-tiba
atau siapa berani meramal, kematian yang bakal menjelma....
Hidup dan mati.....adalah sahabat sejati
sudah tertulis janji....tidak akan dimungkiri
tidak tercepat dan tidak terlewat walaupun sedetik
bila tiba saatnya , ia datang menghampiri
tiada siapa yang dapat lari.....
Gugurlah airmata
melihat mereka yang pergi
panjatkanlah doa, agar mereka bahagia di sana
suatu saat akan tiba jua
kita pula menyusul mereka.....
Hidup dan Mati
sudah tertulis sejak azali......
(AL Fatihah buat mereka yang terkorban dalam tragedi tanah runtuh
di Hulu Langat, Selangor......moga ditempatkan di kalangan mereka
yang beriman)
15 comments:
Allah,kesian rasanya.
amin,semoga Allah terima amalan mereka..
Mati itu pasti... semoga kita mati secara baik dan ruh kita diletakkan dikalangan ahli syurga... InsyaAllah...
Assalam..
Semoga Allah limpahkan rahmat dan kasih sayangNya untuk adik2 yang pergi dulu..
Been involving in so many deaths these days.... Somehow rasa sangat dekat dengan kematian sendiri.......
assalamualaikum kak norsha..
dengar perkataan anak yatim pun dah cukup meruntun jiwa. Apatah lagi terdengar musibah yang menimpa mereka. InsyaAllah..syurga tempat adik-adik semua...
Assalamualaikum w.b.t
peringatan buat kita bakal2 jenazah..hanya sekelip mata..berpindah destinasi..smoga roh mereka dicucuri rahmat Allah s.w.t..Amin!
Menusuk hati,
harap2 begitulah...bahagia dan riang gembira di syurga
Izmer,
mmg kesian....tak terungkap oleh perasaan
A/P sekeluarga,
InsyaAllah....mereka masih mentah dan tak berdosa
Minda Malay,
Amin ya Allah...InsyaAllah
Fiqa,
itulah untungnya doktor, melihat sendiri di depan mata kematian yg datang dgn pelbagai cara, boleh ambil iktibarnya
Fida,
memang, masa first time dgr berita tu rasa sayu sangat, tak sedar airmata berlinangan
Cikgu Sue,
betul tu, sekelip mata, tak diduga, jadi kena beringat setiap masa...sebenarnya kalau tanya hati, tak bersedia lagi nak mati ni...
Mati itu benar,
Mahsyar itu benar,
Hisab itu benar,
Mizan itu benar,
Sirat itu benar,
Neraka itu benar..
Ya Allah.. Ya Allah.. Ya Allah..
Selamatkan kami ketika menghadapi kebenaran tersebut..
takziah utk ahli keluarga, al fatihah utk mangsa.. moga ditempatkan di kalangan org2 yg beriman yg mana syurga balasannya. amin
sgt tkut mengingatkan mati..
hamba Allah yg tlah lama khilaf..
insaf mengenangkan kematian yg entah bila..
mengenangkan nsib saudara kcil seislam yg terkorban
Fuad,
semuanya benar, tiada yg tak benar melainkan benar belaka....
Ummu Fatimah,
InsyaAllah....amin
Ieka,
lemahnya kita, cepat insaf cepat lupa...moga2 Allah selamatkan kita dr terus terpedaya dgn pesona dunia
Assalamualaikum...
Sesungguhnya mati itu kepastian.
Berusaha dan bersiap-siaplah untuk menghuni kuburan yang jauh lebih panjang masa dan kesulitannya daripada membangun sebuah rumah di dunia.
mati itu pasti...
bersyukur kpd anak2 kecil..kerana mereka mningglkn dunia tnpa dosa
Wassalam w.b.t,
Allah...gerunnya bila dgr ttg alam kubur ni sbb amal tak byk manapun...kena siap sedialah ni
liyana,
anak2 itu sedang bergembira di syurga...InsyaAllah
Post a Comment