Entah kenapa, sejak akhir-akhir rasa mahu menulis tentang hidup dan mati.
Berbicara soal mati, boleh membuat kita menginsafi erti sebenar kehidupan
di dunia ini. Sesungguhnya tiada yg kekal di dunia ini. Bunga yg mekar kan
layu, daun yang hijau segar kan gugur, begitu juga roda-roda hidup ini,
berputar dan berputar hingga akhirnya putarannya berhenti di detik yang
tidak kita ketahui. Kata orang, sesiapa yg meninggal sedikit sebanyak ada
membuat sesuatu yang pelik sebelum saat kematiannya atau melakukan sesuatu
yg berbeza dari kebiasaannya, cuma kita yg tidak menyedarinya dan
biasanya kita akan mula ingat apabila dia telahpun tiada.
Mungkin juga ada kebenarannya....
Tiga minggu yang lalu, bekas anak muridku yang berusia awal 20an menemui
ajalnya dijalan raya. Kata ibunya; ...pagi itu sebelum pergi kerja, dia minta
sedikit wang dari ibunya buat belanja kerana gajinya lambat lagi, selepas
diberi, tiba-tiba dia memeluk ibunya erat-erat dan kemas sekali, sesuatu
yang tak pernah dilakukannya sebelum ini kerana biasanya dia turun dari
rumah sekadar memberitahu mahu ke tempat kerja tapi pagi itu sangat
berbeza sekali,.......dan 45 minit selepas itu ibunya mendapat khabar
yang sangat sedih....anaknya pergi selama-lamanya..... rupa-rupanya
pelukan itu adalah pelukan yang terakhir.......
Begitu juga, kira-kira 10 tahun yang lalu, kenalan suamiku, isterinya dan tiga
anaknya turut terkorban dijalanraya. Beberapa minggu sebelum itu, isterinya
menghadiahkan beberapa helai pakaiannya kepada saudara terdekat termasuk
baju pengantin yang sangat-sangat disayanginya. Bila ditanya mengapa diberi
kepada orang lain, arwah menjawab kerana selepas ini dia tidak lagi
memerlukannya. Tiada siapa terfikir bahawa jawapan tersebut sebenarnya
mengandungi maksud yang sangat mendalam.....hanya selepas berlakunya
kematian, jawapan itu kembali berlegar diingatan.....dan sesuatu yang masih
segar diingatanku, waktu jasadnya dikeluarkan dari kereta yang remuk itu,
rupa-rupanya siibu sedang menyusukan bayinya yang masih kecil........
Demikianlah, kematian datang dan pergi, silih berganti..... dan kita yang hidup
ini sebenarnya sedang menunggu giliran dipanggil Ilahi. Sesungguhnya
kehidupan di dunia ini seumpama mimpi yang memperdaya, kehidupan sebenar
dan kekal abadi adalah apabila kita dipanggil pulang oleh Pencipta Yang Maha Suci.....
(.....pertanyaan buat diri sendiri, bagaimana persiapan menghadapi mati?)
9 comments:
nice entry..
hmm..
bgaiman persiapan mghadapi mati?
thanks for type this question...
mmbuatkn ku berfikir~
Betul tu kak. Bila ingat mati, kita akan lebih dekat denganNya.
Allah.
Kak Norsha... tengok sahabat-sahabat yang dah pergi dulu selalu buat saya terfikir, macam mana la cara saya pergi nanti. Tak putus2 minta dengan Allah... semoga pergi dengan keadaan yang baik....semoga kita semua pergi dengan keaddan yang baik, keadaan yang diredhai Allah...
A'ah, kadang2 ade je perbuatan pelik yang kita tak sedari dilakukan oleh insan yang hampir kepada kematian..
Dan lagi pelik jika kita tidak mengambil pengajaran dari peristiwa kematian..
Hari ini, ada manusia yang telah pergi ke Cairo utk melihat jasad firaun dan hanya ingin mengambil gambar tanpa memikirkan siapakah firaun itu dan mengapakah jasadnya tidak diterima bumi..
Ya Allah, matikanlah kami dengan husnul khatimah..
Sesungguhnya kematian itu sangat dekat... kita selalu terleka hingga terasa kehidupan dunia begitu bernilai..
semoga kita semua mati dalam husnul khotimah,Ya Allah
bbrapa hr lepas, terdengar bualan pakcik2 di beranda masjid, antara magrib dan isyak.
kata mereka takut andai2 malaikat maut datang dan menu8njukkan mukanya.
dalam hati saya berkata sendiri,
"malaikat maut le plg selalu jumpa kita pakcik2 oiii)
Assalam,
meremang baca kisah ke 2 tuh. Baju pengantin sya pun sya dh bg kt org. Tapi alhamdulillah umur saya masih panjang.. :)
liyana,
fikir utk tingkatkn iman & amal
Penchenta,
sgt dekat, cuma kita yg tak bisa melihat
Afida,
begitulah harap2nya....penghujung hidup kita berada dlm keredhaanNya
Fuad,
begitulah manusia....mudah lupa
wafi,
ooo...mmgpun, cinta dunia ni tak tahulah bila nak hilang dr hati (ckp kat diri sendiri!)
Ismi,
kalo malaikat maut tu betul2 depan mereka tgh berbual tu, camne yek?
Ummu,
ajal maut tu dah ditentukan Allah...kisah ke 2 tu, arwahnya dan suaminya pun buat usaha agama juga
Post a Comment