Tuesday, April 12, 2011

RM13000...(?)......Maaakk aaiiii!

Salam semua, salam 1 Malaysia, salam pagi yang ceria, semoga di pagi yang
berbahagia ini, anda semua dilindungi oleh Allah yang Maha Kuasa. Dah
sarapan? Belum? Eh, jangan tak sarapan tau, penting tu untuk kesihatan
(kata pakar kesihatanlah). Jangan skip makan pagi, kalau nak jaga badan
kena skip makan malam. Hehehe.......:)

Eh, apasal lain macam je intro hari ini? Saja le....Mula-mula ingatkan tak nak
buat entry hari ni tapi bila malam semalam lepas pukul 10 tu,  sambil-sambil
siapkan apa yang patut kat rumah, tiba-tiba suami yang tengah melayari internet
tu cakap: "Eh, tengok ni....harga ikan patin RM13000 sekali makan....kat
Temerloh ni...."

Biar betul! Mula-mula akak tak percaya tapibila  tengok betullah...RM13000
untuk 50 orang (sekali makan)! Maknanya satu orang kena bayar RM260!
Maakkk aaaiiii ......makan ke apa ni ? Eh, kalau korang tak percaya ce try tgok
kat Kosmo hari ni, ada tak?

Jadi akak pun teringatlah kalau tulis pasal ikan ni okay gak, maklumlah akak kan
orang Pahang tapi takdele duduk kat Temerloh tu, cuma biasalah makan ikan
Patin ni tapi ni dah lama tak beli  patin ni  sebab ada orang kata kolesterolnya
tinggi, tak tahulah betul tidak.

Eh, mahalnya ikan ni, betul ke? Betul tak betul tu tak pastilah pulak sebab kami
tak pernahlah pulak makan ikan patin semahal tu. Setahu akak kat Temerloh
memanglah terkenal dengan ikan patin, sebab tu dapat jolokan bandar Ikan Patin
dan di sepanjang Sungai Pahang tu memang banyak orang usahakan ternakan
ikan Patin dalam sangkar. Cuma ikan patin sangkar tu takdelah mahal sangat,
dalam belas-belas ringgit kot sekilo. (dah lama tak beli, so tak pasti harga terkini).

Dah tu yang mahal sangat, pasal?agak-agaknya patin liar yang original
kot ...yang pernah ayah akak bagitahu ikan patin sungai yang original memang
 mahal, memang melebihi  RM180 sekilo! Kami yang dok kat Pahang ni pun
tak pernah makan Patin yang mahal tu, hehehe.....

Sedap sangat ke ikan ni? Sedap tak sedap ni ikut selera masing-masinglah.
Ada yang suka ada yang tak. Kalau akak bolehlah sekali sekala, kalau selalu
jemu gak. Biasalah dunia, kan. Kalau kat syurga tu lainlah....cheewah...!

Masak apa selalunya? Oo....ikan ni best masak tempoyak....taruk kunyit hidup,
cili api, daun kesum, tempoyak, asam keping sikit, bawang tak pakaipun...
senangkan......tu je? opps!....satu lagi lupa nak bagi tahu taruk airlah, kang
camna nak masak ikan tu.....apalah cikgu ni. hehehe.... kalau nak cuba masak
 ikan patin kukus pun sedap jugak, makan dengan nasi panas-panas...makan
 pulak waktu perut tengah lapar....Allah....nikmatnya....member lalu belakang
gerenti tak  sedar punya....
(Eh, jangan lupa basuh dulu ikan tu  dengan air beras ke, air asam ke sebab
nak hilangkan baunya...kang tak lalu nak makan...)

Ooo...lupa nak cite, ikan patin ni ada banyak jenis, ada patin kolam, patin
sangkar, patin muncung, patin buah, patin juara (kat sini panggil patin jora).
3 yang terakhir tu kira kategori mahallah. Patin kolam ngan patin sangkar tu
biasa-biasa je harganya. Ish.....kalau nak makan cari patin sangkarlah, lagi
best dari patin kolam. Sebab apa?

Patin Sangkar tu diternak di sepanjang Sungai , jadi airnya mengalir tak
macam patin kolam. Isinya manis dan baunya takdelah hanyir sangat macam
patin kolam. Kalau orang dah biasa dengan ikan patin ni, tengok fizikal je
pun dah tahu patin kolam ke patin sangkar. Kalau nak tahu lagi, ikan patin
sangkar di Temerloh lebih sedap rasanya dari ikan patin sangkar di Pekan
(ikut teori akaklah, jgn marah orang Pekan ye...)

Huih....panjang jugak cite pasal ikan patin ni, ingat nak tulis pendek je.
Dulu-dulu ada kawan akak dari negeri lain yang baru posting kat Pahang
ni tanya, cammana rupa ikan patin tu? Akak cakap, rupa macam ikan le,
takkan rupa macam ayam pulak....kehkehkeh....

Okeylah, nak stop dah. Sebelum tu, cuba korang perhatikan bagaimana
hebatnya kebesaran Allah, baik dalam sungai mahupun dalam laut,
pelbagai jenis ikan yang dicipta oleh Allah, setiap hari ada je kapal besar
ke, kapal kecik ke pegi tangkap ikan hingga ke tengah laut tapi ikan-ikan
tu tak pernah berkurangan pun. Kemudian, bila ada kaki pancing pergi
memancingpun, ada juga rezeki Allah bagi. Kalau ikut logik akal, dah
berpuluh tahun orang cari ikan di laut, takkan tak habis-habis lagi ikan tu?
Itulah tandanya kebesaran Allah.......

Lagi satu, cuba tengok ikan-ikan tu, berpuluh tahun hidup dalam laut
yang masin tapi bila  kita masak rasanya tetap tawar  takde pulak masin
macam air laut tu kan, kan.....


Kita hari ni macam2 menu ada....nabi dan para sahabat dulu pernah makan daun-daun
kayu untuk alas perut hingga mulut mereka luka2......(asbab pengorbanan mereka
hidayah tersebar ke seluruh alam......Allahualam....)

15 comments:

Wafi said...

Allahuakbar! xpernah2 abis ikan di laut... umat nabi hari ni xpernah kenal erti lapar.. sahabat nabi sgt sikit makan.. tapi umat hari ni sikit-sikit ja makan...

Norsha said...

wafi,
memang betul wafi, kita ari ni, baru lepas makan pagi, dah fikir tghari nanti nak makan apa? baru lepas mkn malam, dh fikir esok nk masak apa (akak la)...ish, tk abis2 fikir soal makan...sedangkan semua yg dimakan akan dihisab nanti di akhirat...

umu6point said...

Assalamualaikum kak..
Alhamdulillah..baru je balik kampung suami di Lanchang Pahang bulan 3 lepas. Berjalan juga di temerloh. Subanhanallah..bila makan je lauk ikan patin tempoyok masakan mertua, rasa nak bertambah je nasi..hehee. nasib perut ni cepat kenyang.. dah belajar pun ngan mertua cara nak masak..cuma di sabah ni x jumpa patin dan tempoyaknye..hikhik.

Norsha said...

Umu,
la...suami org pahang ke?
eh, mintaklah mak mertua tu poskan ikan patin tu ke sabah ...kihkihkih

AS SAFI TIJARAH ENTERPRISE said...

salam.
Bila blk kg suami kat Pahang, kami slalu dpt free je ikan ni. Mak mertua ikram..alhmdulillah..lgpun menantu sorang ni belum pndai ikram mentua lg.. :-)

Norsha said...

aliaazuan,
ish...suami org pahang jugak ke?
la...boleh buat blog menantu org pahang nampaknya ni...hehehe...
(err...belajola msk ikan patin tempoyak tu, bertambah syg che abang nanti :)

fuad ansari said...

Ye ke pakar kesihatan kata makan pagi tu penting untuk kesihatan.. Saya dah la jarang makan pagi.. Selalunya terus makan tengahari je.. Kadang2 tu terus sampai ke petang.. kira pakej la..Hidup kalau asyik ingat makan je, susah gak kan..

Bukan ke fitnah untuk ummat akhir zaman adalah perut yang penuh dengan makanan.. Kalau perut nabi selari dengan dada.. Perut kebanyakan orang lelaki di Malaysia?? Dah macam orang pregnant dah saya tgk.. tapi tak jugak keluar2 hasilnya.. (peringatan utk diri sendiri) (",)

Cikgu ni mesti pandai masak.. bila la dapat merasa masakan cikgu ni ye.. (",).

Norsha said...

fuad,
wah...klu dh tak mkn dr pagi smpi ke ptg, baik puasa jelah Fuad, dpt gak pahala puasa sunat...:)

mmg betulpun, akhir zaman ni org tkde fikir lain, mkn,mkn,mkn, ce tgk restoran & gerai2, tmbuh bgai cendawan lepas hujan...

hehehe....akak takdele pandai msk ...sikit2 je, org kata takdele nanti kelaparan org kat rmh tu,
eh, mana satu hari kuar masturat kat sini, kat rmh akak ke, blhlah nak rasa air tgn akak...hikhikhik

Ismi Ijmi said...

MasyaAllah mahal betul kan kak.
saya ada baca ni kat tenet.
mmg tekejut,heh.
kawan saya wat entry,
what the fish,owh.
mahal sampai rm260/person.

Norsha said...

Izmer,
akak pun tak tahulah kenapa blh jadi mahal sampai camtu sekali.
Jabatan perikanan kena buat kajian nmpaknya ni...:)

So, nanti klu g Temerloh tu, sblm makan tu tanyalh dulu harganya, kang adalak kena cuci pinggan kat kedai tu sbb tak mampu nak bayor...hehehe

AS SAFI TIJARAH ENTERPRISE said...

Salam.
Hehehe.. cdgn yg bgus utk para menantu. Allhmdulillah dh lulus dh msk tempoyak smnjk awal kawen dulu. Tempoyaknya penuh satu peti ni haa..Yg bestnye, slalu dpt ikan fresh sekor dua bwk blk puchong..tak pyh byr RM260 satu kepala. Mak mentua mmg baik hatilah. jazaakillah mak..

Afida Anuar said...

Salam norsha..

adik ipar fida orang pahang..kalau pi rumah dia, tak sah kalau tak makan ikan patin masak tempoyak..sedappp...

Norsha said...

aliaazuan,
wah..oraitlatu dh lulus msk tempoyak...nk klu ada rezeki g sana, blhlah kami rasa ye

fida,
huh...mmg sedap, tu yg smpi RM13k tu kot

Norsha said...

hari ini dlm akhbar sinar harian edisi Pahang, kat muka depan tertulis berita 'Fitnah Ikan Patin' - Peniaga sangkal harga ikan patin tu sampai RM13000. Ada sorang peniaga bgtahu paling tinggipun dia pernah caj ialah RM6000, itupun utk 100 - 150 org makan, brgantung kpd jenis ikan dan lain2 lauk pauk yg diminta pelanggan.
Mereka minta yg buat aduan tu, kemukakan bukti, so, tak tahulah mana satu betul.....Allahualam

Unknown said...

Salam ziarah,menarik artikel yang di tulis.Saya menjemput kakak untuk memberikan pendapat,pandangan,komentar dan info tambahan di atas tulisan terbaru di blog saya berkaitan “Dakwaan makam Sahabat Nabi Saw ada di Malaysia”.Semoga Allah membalasi segala kebaikan kakak.Sekian,Terima Kasih.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...