Seriously, kadang-kadang aku rasa penat sangat
Penat dgn tugas-tugas yang tak pernah berkesudahan
di tempat kerja, di rumah, di mana-mana.....
ada masa-masa rasa nak 'give up', rasa nak duduk senyap-senyap
tapi aku tahu hidup kena diteruskan....
penat macamanapun dgn tugasan
berat macamanapun dengan ujian
serabut macamanapun dengan hal-hal yang perlu dibereskan
jalan tetap kena jalan....
kayuh tetap kena kayuh sekalipun perlahan.....
patutlah kadang-kadang aku tengok bila tak tahan dengan tekanan
ada orang bakar diri atau terjun bangunan
Nauzubillah.........Ya Allah, jauhkanlah dari memikir yang bukan-bukan
Patutnya aku kena bersyukur banyak-banyak
sebab penat macamanapun taklah teruk macam zaman sahabiah
dipulau, diseksa, dihalau semata-mata nak tegakkan syahadah
berlapar, berjihad , bersungguh-sungguh dalam mujahadah
tapi aku bila sesekali bermacam pekara datang menerjah
cepat je aku gelabah, rasa nak rebah
Ya Allah....aku lemah Ya Allah ......Kau kuatkan
Ya Allah....aku penat Ya Allah .....Kau berilah kekuatan
Nur,
hidup macam tulah, kadang-kadang gembira
kadang-kadang berduka
ada masa penat sangat
sampai masa boleh rehat
janganlah mengeluh
tak baik tau, orang lain lagi banyak cabaran hidup
apa lagi yang tak cukup?
bersyukurlah.....
kerja memang banyak, tak habis-habis
buatlah setakat mana yang mampu
jangan stress............:)
9 comments:
salam cikgu,
jgn susah hati
kalau penat, minggu ni blh cuti 3 hari
Apabila kamu merasa letih kerana berbuat kebaikan maka sesungguhnya keletihan itu akan hilang dan kebaikan yang dilakukan akan terus kekal. Dan sekiranya kamu berseronok dengan dosa maka sesungguhnya keseronokan itu akan hilang dan dosa yang dilakukan akan terus kekal. -Saidina Ali bin Abi Thalib
Saya cadangkan hari pekerja nanti cikgu pergi berehat erk.. Mintak suami tlg tgkkan anak2.. (",)
*Kesian kat kaum hawa yang penat bekerja dan dalam masa yang sama penat menguruskan anak..
Besar pengorbanan seorang isteri juga seorang ibu.. Saya mewakili anak2 cikgu ingin mengucapkan, "Terima kasih, IBU".. (",)
liya,
salam,
ya,ya....cuti 3 hari, bestnya
Wafi,
thanks....sedapnya kata2 tu
terus hilang penat cikgu :)
Fuad,
Sama-sama.....
hehehe....cuti 3 hari, cikgu
balik kg, suami keluar 3 hari
mula2 ingat nak kuar masturat
tapi tulah Allah tak izin...
lain kalilah , InsyaAllah
so, balik kglah sambil rehat boleh ikram mak ayah
salam kak,aduih memang penat tak leh nak kata...offnya bila anak2 sudah melelapkan mata...:),mujahadah kak,kita sama....emmm kiranya dapat suami membantu dihujung minggu kan best hehehe...:)
Wassalam,
begitulah Marina, rutin hidup seorang isteri dan ibu juga pembantu kpd suami...moga Allah bagi ganjarannya nanti
Penat kan kak, jadi pekerja..jadi ibu...jadi isteri... 3 tanggungjawab di galas dalam satu masa.
Moga Allah bagi kekuatan..ketabahan.. buat kita semua menghadapi liku dan paku kehidupan dunia... insyaAllah...
Fida,
mmglah penat...3 dlm 1...tapi tu lah InsyaAllah...Allah beri kekuatan...
Post a Comment