Hari ini 20 April (mengikut tahun masihi) adalah hari lahir Nabi Besar kita,
Nabi Muhammad S.A.W. Baginda lahir pada hari Isnin 12 Rabiullawal tahun
gajah di Mekah. Tarikh itu bersamaan dengan 20 April 571 Masehi tetapi
tidak ramai yang mengetahui atau menyedarinya terutamanya generasi muda
hari ini. Tanyalah pada mereka terutamanya golongan remaja , barangkali ada
yang boleh menjawab tetapi jumlahnya tidak ramai. Benar, Nabi tidak pernah
menyambut ulangtahun kelahirannya tetapi tidak salah untuk kita mengenangnya.
Tak kenal maka tak cinta ! Untuk mencintai seseorang kita perlu
mengenalinya. Sejauh mana anak muda hari ini terutamanya golongan remaja
yang tahu latar belakang atau biodata Nabi kita dengan jelas ? Tepuk dada,
tanyalah mereka !
Benarkah kita cintakan Nabi? Apa buktinya ? Hari ini di media-media massa
jarang diceritakan tentang kisah-kisah perjalanan hidup Nabi kita kecuali
pada hari-hari tertentu seperti sambutan Maulidur Rasul atau Maal Hijrah.
Pada hari-hari biasa, berita-berita di akhbar lebih berkisar tentang isu semasa
selain berita sukan dan artis pujaan ramai baik dari dalam mahupun luar negeri.
Mengenang Nabi bererti mengingati kembali perjalanan hidupnya,
pengorbanannya, latar belakang kehidupannya, jatuh bangun Nabi dalam
menjalankan dakwah, fikir dan risau Nabi terhadap umatnya serta ketinggian
akhlak mulia yang Baginda tunjukkan kepada kita semua. Sejauh mana kesedihan
mengetuk hati kita takala membaca kisah susah payah Nabi berdakwah di Taif ?
Gugurkah airmata kita ketika membaca kisah Bilal yang mengalunkan azan di
Madinah selepas kewafatan Nabi hingga penduduk Madinah turut mengalirkan
airmata kerana teringat saat-saat indah bersama Nabi? Dapatkah kita selami
kesedihan di hati Nabi takala insan tersayang yang tinggi pengorbanannya
menghembuskan nafas terakhir di pangkuan Baginda?
Nabi telah lama pergi meninggalkan kita, tetapi Baginda tidak pergi begitu saja.
Baginda telah meninggalkan kepada kita khazanah paling berharga iaitu cara
hidup yang apabila kita ikuti akan membawa kejayaan kepada kita di dunia
dan akhirat. Rasulullah S.A.W adalah contoh terbaik seorang pemimpin, seorang
suami, seorang ayah, seorang sahabat dan seorang hamba yang sentiasa bersyukur.
Mengenang kemuliaan akhlak Nabi pasti membuat kita malu sendiri kerana
kita pada hari ini dengan segala kemudahan dan kesenangan yang dimiliki masih
tidak mampu mengikut jejak langkah nabi. Sungguh hebat ibadah Nabi, sehingga
kaki Baginda bengkak-bengkak kerana lamanya berdiri dalam solat. Jauhnya
beza ibadah kita dan ibadah Nabi, bagai langit dengan bumi !
Kecintaan kepada Rasullullah S.A.W akan membawa kecintaan kepada Allah.
Apakah yang lebih bermakna dalam hidup ini selain menikmati manisnya cinta
dari Yang Maha Berkuasa. Mencintai Nabi bererti mengikut segala sunnahnya
kerana Baginda S.A.W telah bersabda:
" Barangsiapa yang menghidupkan sunnahku maka sesungguhnya dia telah
mencintai aku dan sesiapa yang mencintai aku, nescaya dia bersama-samaku
di syurga kelak."
[Hadis Riwayat Al-Sajary daripada Anas]
Marilah kita suburkan hati kita dengan rasa cinta yang mendalam
terhadap Junjungan Besar Nabi Muhammad S.A.W kerana di mana adanya
cinta, di situ rindu bermula. Mengenang Nabi tidak seharusnya hanya pada
hari-hari tertentu sahaja tetapi sepatutnya pada setiap detik dan ketika.
Bagaimana caranya? .....dengan mengikut segala apa yang disuruh dan
meninggalkan apa yang dilarang Baginda .
Mari ikut Allah dan Rasul.....
18 comments:
salam ziarah kembali akak.
Takziah dari saya .
smga arwah berada dalam kalangan org yg beriman dan beramal soleh.insyaAllah
Allahu Rabbi. Saya rindu dia kak. :')
Ya Allah. Ya Allah. Cemburunya dengan keindahan akhlak baginda.
Allahuakbar, jahilnya saya kak norsha, saya tak tahu pun Baginda lahir 20April tahun Masihi.. yang saya tahu 12 Rabiulawal...
Salam kak,betullah kak,kalau kita kasih dengan Nabi, jgan hanya dibibir sahaja,kita nak kena yakin bahawa dgn mengikuti akhlak nabi,mualat,muasyarat diri baginda sahaja yang akan membawa kita kepada kejayaan dunia n akhirat,macam para sahabat R.HUM...yang Allah SWT telah iktiraf kejayaan mereka kerana taat yg tidak berbelah bagi kepada Nabi dan agama...kita pulak issh2 baru nak belajar untuk contohi akhlak mereka...macam kura2...hehehe :),walaupun lambat tapi akhirnya berjaya...
Salam.
Rasulullah itu cntoh ikutan yg trbaik..ikutlah Baginda. Mudah2an kita bersama2 dgnnya di sana nnti. Amin.
hanya dengan taat perintah Allah seperti diajarkan oleh Nabi Muhammad SAW saja akan membawa kejayaan dunia dan akhirat..
semoga kita dapat bertemu baginda di telaga haudh ya.
telaga haudh kan?
sayang Rasulullah s.a.w kepada umatnya melebihi kasihnya seorg ibu kpd anaknya.......Masha Allah.....
srikandi ummah,
salam ziarah juga utk anda
Penchenta,
semoga kita dpt ikut akhlak Baginda biarpun kita tidak sempurna
Afida,
takpe fida, yg ptg kita tahu thn hijrahnya
Marina,
ikut Allah dan Rasul, InsyaAllah selamat dunia akhirat
Aliaazuan,
InsyaAllah, insyaAllah
Wafi
benar sekali
Ibnu Mutalib,
telaga kautsar
haudh maksudnya telaga (kalau tk silap)
Jasmin,
Benar sekali....hingga ke akhir hayat, baginda menyebut ummati, ummati
Bermanfaat.
Moga diri dicintai Allah...
Baitil a'tiqa,
moga2....selama2nya dicintai Yang Maha Kuasa
menghidupkan sunnah nabi perlu dilakukan secara berjemaah...
melalui kerja jemaah inilah,Allah akan hidupkan amalan sunnah pada umat ini..
Pasti Nabi saw akan menangis kekecewaan jika dia mengetahui keadaan ummat pada ketika ni..
Maafkan kami Ya Rasulullah.. Betapa hidup ini sukar tanpa dipimpin oleh dirimu..
A/P sekeluarga,
ya, memang benar kerana melalui jemaah ada kemanisan, ada kekuatan, lagipula kambing yang berseorangan akan lebih mudah diterkam oleh serigala yg kelaparan, betul tak?
Fuad,
segala pesanan dan pimpinan yg ditunjukkan oleh Rasulullah S.A.W adalah seumpama cahaya yg menerangi kegelapan, semoga kita semua dapat ikut cahaya itu utk beroleh kejayaan
yang diredhai Allah
Assalamualaikum...
Allah SWT telah memuliakan manusia ketika memilih orang yang paling agung di antara mereka yang bermukim di bumi ini. Sungguh kita tidak pernah bersua muka dengannya namun dia (S.A.W.) sangat rindu akan umatnya yang tidak dilihatnya.
Sungguh rindu itu tidak pernah hilang dan keinginan untuk bertemu dengan Rasulullah sering terpancar dalam hati kita semua..
Waalaikummussalam....
Tn. Razak,
Moga dapat bertemu dengannya di akhirat kelak....
Post a Comment