Ohh Ya Allah.....Sungguh benarlah hidup ini penuh ujian yang terkadang begitu
menguji perasaan. Karenah anak-anak yang menghiburkan itu adakalanya
bertukar menjadi medan ujian kesabaran. Benarlah seperti apa yang telah
difirman bahawa anak-anak itu ujian, ketika kecil dengan karenah kecilnya,
ketika remaja dengan karenah keremajaannya.................
Mungkinkah aku ibu yang kurang sabar, kerana mudah benar marah takala
mereka bertelingkah? Oh Ya Allah......beri aku sabar, beri aku sabar........
agar marahku bukan kerana nafsu tapi kerana utk mendidik mereka anak-anakku
Ya Allah, bantu aku..... bantu aku
aku insan yang lemah, ku mohon pertolonganMu yang Maha Gagah
bantu aku kerana mereka itu amanah
agar dapat kupandu mereka dengan lembut tapi tegas berhikmah
tika sabar ku diuji padaMu ku berserah
agar langkahku tetap teguh dan tidak goyah
agar kasihku tetap kukuh dan tidak pecah
mereka permataku dunia akhirat
bantu mereka menjadi seperti para sahabat..................
Ya Allah, ini doaku yang tulus suci
dari hati seorang ibu yang dipanggil umi
kerana Kau telah berjanji
takkan terhijab doa seorang ibu kepada anak yang dikasihi
kupohon limpahi mereka dengan kasih sayangMu yang tak berhenti
lindungi mereka dari tipudaya dunia ini
tunjukki mereka jalan yang Engkau redhai
kasihi mereka dengan kasihMu Ya Ilahi................
Ya Allah, berikan kami kebaikan di dunia dan di akhirat
7 comments:
Bersabar ye cikgu..
Dunia memang pentas ujian..
Kadang2 kita diuji dengan anak2, terkadang2 dengan pasangan, terkadang2 dengan keluarga, terkadang2 dengan kerjaya..
Kesimpulannya, dunia penuh ujian..
Senang kata..
Hensem itu ujian..
Hodoh juga ujian..
Yang pasti, Allah ingin mengganjarkan syurgaNya buat insan2 yang berjaya menghadapi ujian dengan baik dan cemerlang..
p/s: doakan saya juga agar mampu menghadapi ujian hidup dengan baik dan cemerlang..
benar fuad,
hidup ini medan ujian
ujian kesabaran utk tingkatkn iman
pagi2 baca komen fuad ni sejuk hati
ujian kecil saja sebenarnya
budak2, benda remeh temehpun tk nak mengalah, tu yang kadang rasa tersirap darah, pagi ni dah okay.... tgk mereka bgn pagi,solat subuh, ketawa2 mcm takde apa2 je berlaku,padahal mlm tadi bukan main bergaduhnya, nilah bebudak...
betul tu cikgu norsha.
kdg2 takde apa2pun kita akan terasa diuji.
hidup ni ibarat pentas ujian.
habis satu,maka satu lagi akan dtg.
bak kata mafhumm hadith;
sedar atau tidak kita sedang berhadapan ujian.
senang ujian,susah ujian
hensem pun ujian kan en fuad,heh
السلم عليكم ورحمة الله
Suka dan duka itu adalah rahmat Allah.
Berkata Imam Ibnu Athaillah Askandary, "Allah melapangkan bagimu, supaya engkau tidak selalu dalam kesempitan, dan Allah menyempitkan bagimu supaya engkau tidak hanyut dalam kelapangan, dan Allah melepaskan engkau dari keduanya, supaya engkau tidak bergantung kepada sesuatu selain Allah..
Ibnu mutalib,
benar2....semua yang kita lalui adalah ujian, hanya kita yg tk mengmbil iktibar darinya
Tn. Razak,
Indahnya kata2 tu...benar2 menyentuh hati & perasaan,
boleh menjadi azimat ketika sedang
berdepan dgn ujian
doa ibu sentiasa makbul..amin
cikgu..ble cikgu nk ltk contoh for kerja kursus akaun????eheheh..
Post a Comment