Friday, April 1, 2011

Selamat Hari Lahir

Pagi tadi, sampai tempat kerja, kat meja sebelah ada bakul buah yang dah siap
digubah,  cantik terletak kat atas meja.....dalam hati kata, bertuahnya budak
Wana ni, ada je orang bagi hadiah kat dia!
Kalau hari-hari datang kerja, pastu ada orang buat kejutan, bagi hadiah ke,
bagi ucapan selamat ke, mesti hari-hari tak sabar nak datang kerja.

Tak lama lepas tu, cikgu yang cantik manis  dan masih single mingle tu pun
masuk bilik guru dengan penuh bergayanya. Tak lama adalak anak murid
nak jumpa....dari muka pintu tu terdengarlah ucapan " Happy belated
birthday cikguuuu........!"

La, patutlah ada bakul hadiah atas meja! Hadiah birthday rupanya, eh, pasal
tak bagi tahu kat akak, ish, ish, ish......kalau tahu pagi-pagi tadi dah bagi ucapan.
Bukan apa, akak ni walaupun tak pernah sambutpun birthday2 ni tapi suka je
nak wish kat kengkawan . Seronok tahu dapat ucapan dari orang-orang yang
ada kat keliling kita. Walaupun tak bagi hadiah, dapat doa dari mereka pun dah
cukup baik.

Ahaa......Wana sayang, Selamat Hari Lahir yang ke...........? La, lupalak nak tanya
tadi, nak main tulis je kang kalau silap marah pulak tuan punya badan. Takpelah
Wana , tak kisahlah yang ke berapapun, alar....umur hanyalah angka!

He...he , disamping tu dapat juga kenakan dia, bila tengok ada pisang dalam
bakul hadiah yang cantik tu, terus teringat nak bagi teka-teki, tengok boleh
jawab tak cik mek kelate ni. Nak tahu, teka-teki apa? Ha...dengar....

"Makan pisang, buang kulit, makan kulit, buang apa?"

Keh...keh...keh....lama gak tunggu jawapan dari cikgu fizik ni. Ha...ha....ha....
tak dapat jawab.....nampaknya tak dapatlah hadiah daripada akak tahun ni...

Takpelah tak dapat jawab pun, yang penting akak nak ucap ni:

"SELAMAT HARI LAHIR, MOGA HIDUPMU TERUS DIBERKATI,
 TERUS DIMURAHKAN REZEKI DAN MOGA-MOGA DAPAT
 BERTEMU PUTERA IDAMAN HATI TAK LAMA LAGI, BOLEHLAH
NAK BALIK KELANTAN NANTI......"

Kelas gitu, kan?


Ada sapa-sapa nak jawab teka-teki tu? Ha....tulis kat bahagian komen....

10 comments:

ukhti,mardhiah said...

salam cikgu,
aha..nk jwb!nk jwb!
makan kulit,buang ukk..ukk(",)
lawak ja.
sanah helwah cikgu wana!
cewah,mcm kenal ja.
btw,cikgu norsha bila pula??
teetttt.hihi

wana...=) said...

thanks k'ani...hehe,suka2...2 kali bc ni...kelas gitu...terharu rs...sedih pun ade...('______')

Norsha said...

Mard,
birthdy cikgu?
dah lepas dh, bln 1 ari tu


Wana,
apsal sedihlak ni?
takmo sedih2lh, hidup mesti ceria
barulah awet muda, tak gitu?

Bijen M. said...

Buang tebiat gamoknye.
Eh, hai cikgu Wana.
Apa khabar?
Oh, saya Bijen.
Terima kasih.

Norsha said...

Bijen,
hang memang terer,
hang memang terer,
patutpun...patutpun...

CS said...

salam norsha,
hmmm sy punya jwpan pun sama dgn tn bijen..tp dh tau, b4 bc komen tau..hihihi...tersengih baca entry ni pepagi...=)

fuad ansari said...

Selamat hari guru buat cikgu norsha.. (",).. eh, bila erk hari guru??xpelah, anggap la bahawa setiap hari adalah hari guru... kerana guru perlu dihargai setiap masa..(",)

Sempat lagi tuan bijen ni menjawab tatkala seruan IPB semakin dekat.. (",)

Abd Razak said...

Assalamualaikum cikgu..

Nak jawab juga teka teki tu tadi tapi dah ada orang jawab...ermm kalau makan kulit pisang tu tak lain kalau tak makhluk yang bergayut kat pokok dalam hutan tu..

Norsha said...

cikgu sue,
haha...takpe nk jwb w/pun orglain dh bg jwpn,tkde hadiahpun...

Fuad,
time kasih bg ucapan tu w/pun
hari guru lmbt lagi, bln 5 nanti

Tn. Razak,
oh ye ke?...eh tk terfikirlak saya

Nur Amira Bt Zamari Aris said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...