Sayang betullah.............!
Kenapa ? Takde le , ada sorang budak lelaki ni
datang ke sekolah melawat cikgu-cikgunya baru-baru ni.
Eh, pasal nampak makin hensem sekarang ni?
Dulu, masa sekolah hensemlah jugak tapi ni lagilah terserlah ketampanannya.
Dah masuk U lah katakan, ambik medic pulak tu, pandai ngaji lagi
(Dulu masa sekolah , jadi wakil sekolah dalam pertandingan Tilawah Al Quran)
Fuuh...! Pakej lengkap betul ! Akhlakpun baik, murah betul dengan senyuman.
Kalau jadi doktor nanti, alamat ramailah pesakit taknak kuar hospital
Tu lah yang berkenan sangat tu. Ingat naklah masuk minang buat menantu, tapi
anak baru 10 tahun ! Isk....tak de peluanglah nampaknya.
Err............ada tak sapa-sapa minat nak isi borang utk program cari menantu
tapi KIV dululah, 10 tahun lagi baru proses borang tu. Itupun tertakluk kepada
terma dan syarat...........
kihkihkih......
dulu...... masa muda-muda, org tanya bila nak kawin
dah kawin, org tanya bila nak dapat anak
dah dapat anak orang tanya bila nak dapat menantu
nanti dah dapat menantu, orang tanya pulak bila nak dapat cucu
Satu benda je yang orang tak pernah tanya?
Apa dia?
Emmmmm....................bila nak mati?
Eh, dah matipun kena tanya lagi tau........kena soal dengan Munkar dan Nakir.....
Haa,........tahu takpe, dah tu buat-buatlah persediaan.........
8 comments:
salam cikgu,
haih, dh pikir pasal menantu ke cikgu? cepatnya....hehehe
(",)...
dulu...... masa muda-muda, org tanya bila nak kawin
dah kawin, org tanya bila nak dapat anak
dah dapat anak orang tanya bila nak dapat menantu
nanti dah dapat menantu, orang tanya pulak bila nak dapat cucu <-- jawapan yang paling senang bagi kesemua soalan... Wallahua'lam.. (",)
zyeman,
tak adalah, main2 je tu
tak pernah fikirpun lagi
saje nak buat intro lain macam sikit
Fuad,
betul juga .....ada sesetengah soalan, Allah saja tahu jawapannya
Assalamualaikum...
Rasanya tak pernah orang tanya bila nak mati. Sebaiknya sentiasalah bertanya kepada diri sendiri apakah persediaan kamu untuk menghadapi mati..
beruntungnyerr anak-anak murid yang disayangi oleh guru-gurunyer... sentiasa didoakan oleh guru-guru agar kehidupan sentiasa diberkati Allah, begitu juga diharapkan agar pelajar2 bertuah ini sentiasa juga mendoakan guru-gurunyer...
program cari menantu je ke kak norsha?program cari suami takde? kehkehkeh.. gurau je..
itu la kan, rasanya takde sorang pun setakat ni yang tanya bila nak mati.. hu hu hu
Tn Razak,
memang tak pernah ada org tanya bila nak mati, kalau tanya alamat nak kenalah....diri sendirilah kena ingat sbb mati ni bila2 je dtgnya
Tn/Pn/Cik Anon,
harap2 begitulah....saling mendoakan antara kita
Fida,
tak beranilah nak buat program cari suami...takut kontroversi! hehehe
Post a Comment