Salam Jumaat penuh berkat. Salam rahmat dan kasih sayang sesama umat.
Semoga hari ini lebih baik dari semalam, lebih bahagia, lebih ceria, lebih
dilimpahi rahmat dan rezeki berganda-ganda.
Di hari yang berkat dan penuh rahmat ini, mari kita dengar sedikit nasihat:
Ibrahim bin Adham berkata : Telah datang kepadaku beberapa orang tetamu,
dan saya tahu mereka itu adalah wakil dari guru tarekat. Saya berkata kepada
mereka, berilah nasihat yang berguna kepada saya, yang akan membuat saya
takut kepada Allah SWT.
Lalu mereka berkata : Kami wasiatkan kepada kamu 7 perkara :
1. Orang yang banyak bicaranya janganlah kamu harapkan sangat kesedaran
hatinya.
2. Orang yang banyak makan janganlah kamu harapkan sangat kata-kata
hikmat darinya.
3. Orang yang banyak bergaul dengan manusia janganlah kamu harapkan sangat
kemanisan ibadahnya.
4. Orang yang cinta kepada dunia, janganlah kamu harapkan sangat husnul
khatimahnya.
5. Orang yang bodoh, janganlah kamu harapkan sangat akan hidup hatinya.
6. Orang yang memilih berkawan dengan orang yang zalim, janganlah kamu
harapkan sangat kelurusan agamanya.
7. Orang yang mencari keredhaan manusia , janganlah harapkan sangat akan
keredhaan Allah daripadanya.
[Dipetik dari buku Himpunan Hadis Pilihan oleh Harun Arrasssyid Hj Tuskan]
Mari kita perbanyakkan selawat kepada Rasullullah S.A.W pada malam Jumaat
dan siang hari Jumaat. Sabda Baginda s.a.w, maksudnya: "Perbanyakkanlah
selawat kepadaku pada hari Jumaat dan malam Jumaat. Sesiapa yang berselawat
kepadaku satu kali maka Allah akan berselawat dan memberikan salam
kepadanya sepuluh kali. "
(Riwayat al- Baihaqi)
Selamat menunaikan Solat Jumaat...............dan Selamat beristirehat..............
11 comments:
Ya Allah....Norsha, terima kasih atas perkongsian murni di pagi Jumaat yang mulia ni..
Salam kak,nie yang saye suka,saling ingat mengingatkan diri yang punyai serba kelemahan.perkongsian yang bermanfaat.
salam cikgu,
saya suka baca blog cikgu, penuh dgn nasihat dan kata-kata semangat
moga cikgu sihat dan terus bahagia
di samping keluarga tercinta
dr anak muridmu
Assalam..
Kak Norsha..
Pqa banyak cakap.. Dengan patient sampai nak start operation tu pun pqa cakap2 lagi..
Pqa banyak makan.. Dalam beg mesti ade biskut and coklat. In the middle of working, amam..
Pqa banyak bergal dengan manusia.. Doctor, nurses, kawan2 penuh dekat sini. Patients sangat ramai..
T_T
Afida,
sama2 kasih ....sharing is caring...betul ke?
Marina,
Wassalam dik, emm....akak pun suke
Anon,
time kasih sudi baca blog cikgu
Piqa,
Doktor kenalah byk ckp, klu doktor diam je, nanti patient serik nak jumpa
Doktor kenalah byk mkn, baru ada tenaga nak rawat pesakit, kang kalau doktor pengsan, sapa nk rawat
doktor kenalah byk bergaul, nanti org kata sombong pulak
Alar piqa.....jgnlah susah hati, kalau doktor susah hati nanti patients sume cabut lari :)
oo...ingatkan wasiat apa tadi
salam singgah teacher sha...
:)
.
TesekM
terima kasih sudi singgah, lain kali mai lagi ye......:)
Salam.
Norsha, masyaAllah... byknya yg perlu diusahakan lg. Nk dpt yg trbaik bkn senang kan. Kena byk kontrol nafsu,insyaAllah baru Allah bg hakikat. jazaakillah atas ilmunya.
waalaikummussalam,
bukan dlm diri m/hati saje ada, dlm diri cikgupun byk lagi sebenarnya ciri-ciri tu
Aliaazuan,
mmg bkn senang nak lwn nafsu ni sbnarnya, byk mujahadahnya, tapi kita cubalah yg terbaik ye
Post a Comment