Thursday, October 6, 2011

Anda tahan dengar leteran?

Ada org tanya saya; mengapa  perempuan suka berleter?
Saya pun jawab dgn penuh  yakin, sebab;

pertama;  perempuan suka berfikir. Bila byk berfikir idea byk dtg, bila dtg idea
               takkan nak biarkan saja, mestilah kita akan zahirkan dlm bentuk kata-kata.

kedua;     perempuan spesis yg peka (bukan pekak ye..) Bila peka mereka mudah nampak
               apa yg tak kena. Bila ada yg tak kena mereka akan tegur, takkan nak diamkan saja.

Ketiga;   perempuan penuh sifat kasih sayang.Orang takkan tahu kita kasih atau sayang pada
              seseorang kalau kita membisu seribu bahasa. Jadi jalan terbaik ialah meluahkannya.
              Leteran juga satu bentuk pernyataan kasih sayang.....err, maksudnya di sini ialah
              leteran yang bersifat membina, bukan menghina.............

Alahai.....sekali-kali kena leter, takkan tak boleh kot, kuatkanlah semangat tu, sahabat nabi,
Saidina Umar yg garang tu (punyalah garang sampai iblis pun takut) pun boleh bersabar
waktu isteri dia berleter, dia tak jawabpun diam saja , disitu terletak kebijaksanaannya,
(garang-garang Saidina Umar pun, masih ada taman dalam hati....)

Seorang suami yang berdiam diri ketika isteri berleter bukan bererti dia takut kepada
isterinya dan kekuatan seorang suami sebenarnya bukanlah terletak kepada sekuat mana
dia berjaya mematahkan tulang rusuk isterinya atau melebamkan biji mata isterinya tetapi
kekuatannya terletak kepada sekuat mana dia menahan telinganya dengan leteran isterinya.
Setuju? Tak setuju tak mengapa.

(lain kali kalau  kena leter dgn mak atau isteri ke, cuba pergi peluk mak/isteri tu dan dan tu
 juga, mesti tak jadi dia nak berleter.....trylh kalau tak caya.....)

Sekian.

p/s: isteri kalau nak berleterpun agak2lah, kalau kawan tu baru balik kerja, penat-penat
      takkan terus nak berleter kot.....pandai2lah, kan dah  pesan ari tu jangan buat suami
      marah.....

9 comments:

~PENCHENTA~ said...

Tak sabar nak meleter kat suami. Haha. Boleh takk macamtu?

Afida Anuar said...

Ni perli sapa ni kak? he he he..

oh.. tak nak jadi isteri yang suka berleter tak tentu masa, tak nak juga jadi isteri yang pendiam, ;)

fuad ansari said...

moga saya sekuat Umar ra untuk mendengar leteran isteri.. (",)

p/s: itulah, dulu ada orang pesan suruh carik isteri yg bisu, sy taknak.. (",)

Norsha said...

Penchenta,
boleh2, takde hal punya....D

Fida,
takde perli sapa2, cuma ari tu sembang2 ngan kengkawan, keluarlh isu ni, tu je...:D


Fuad,
nasib baik fuad taknak, kalau tak camne agaknya ye....:D

Abu Zarim Mohamad said...

subhanAllah,,,hebat nye,,,,ada mafhum hadis rase ny,,,,satu org yg kuat ialah satu org yg mampu tahan marah ketika dlm keadaan marah,,bukan nye yg mmpu utk angkat beban seberat 110 kg,,:),,,gengster tol suami,siap patah kan tulang rusuk n lebamkan mata isteri,,,haish,,,meh sini,biar saya lak lebam kan mata die,,xpon basuh hati die ngan prckapan agama,,:),,,moga Allah beri kite sifat hikmah,,,,,sedangkan lidah lagi tergigit,,(ckap mcm ada pngalaman je,,,:)..~~)

Abd Razak said...

Assalamualaikum...

Berleter tu boleh asalkan ianya membawa kepada kebaikan tapi jika ianya mendatangkan dosa, ada baiknya dijauhkan

CS said...

hihihi...senyum simpul sy kak bila baca entry ni...utk ckgi2 mcm kita ni, inilah rutin harian di skool,,,kdg xlarat dh nk leter kat umah....tp sesekali perlu jg,,,hincik2 somi,,, sila jgn manja sgt @ ober sensitip okey,,,kdg2 isteri bkn nk bebel, cuma nk bg reminder je...neeway suka tips tu,,,mmg InsyaALlah dh terbukti berkesan,,,taktik tu dh pernah dicuba~~

Norsha said...

abu zarim,
ish...ada pengalaman ke? ok, sama2 kita usahakn agar tidak marah2 ye...


Abd Razak,
Waalaikummussalam, sebaiknya begitulah, diam itu kdg2 lebih baik dari berkata2....


CS,
dh pernah cuba ke? bagusnya, teruskan, teruskan....

Bijen M. said...

K!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...