Kiah, Peah dan Joyah bersahabat baik. Mereka selalu bertemu utk membincangkan isu2
semasa. Satu hari, mereka mengadakan forum perdana dirumah Kiah. Moh kita dengar isi
perbualan mereka.....
Kiah : untunglah kau Peah, kau takyah keje, duduk rumah goyang kakipun, cukup bulan
dapat upah dari suami. Aku hari2 kena pergi kerja, pergi pagi balik petang, dapat
gaji bayar hutang, nak harap laki aku kerja sorang, dapat makan ikan kering ngan
ikan bilis jelah hari2
Peah : Untung kata kau ! hei....ko lagi untung tau, cukup bulan dapat gaji, pegang duit
sendiri, boleh beli barang apa kau nak. Aku kena mintak baru dapat, ko ingat
senang ke nak dapat duit orang, cam pengemis tau !
Kiah : Suami ko kerja pangkat besar, gaji ribu riban, takkan dia tak nak bagi, lainlah
macam aku, laki aku gaji kecik, aku jeles tau tengok ko, takyah belajo tinggi2
tapi dapat suami boleh tanggung serba serbi
Peah : Apalah ko ni, patutnya aku yg jeles kat kau, kau ramai kawan, walaupun kau keje
tapi laki kau rajin tolong kau buat keje rumah , tak macam aku, semua benda
kat rumah tu aku kena buat, mentang2lah aku ni suri rumah.
Kiah : Memanglah kau yg kena buat sebab kau duduk kat rumah, dia sibuk kat pejabat.
Kalau kaupun malas nak buat, apa ke jadahnya kau duduk kat rumah 24 jam?
Macam aku ni, kenalah dia tolong aku, sama2 penat cari duit, sama2lah buat kerja
rumah, aku mana ada bibik...
Peah : Tapi aku nak suami yg ada ciri2 macam laki kau. Walaupun gaji kecik, tapi dia
hormat kau, tolong kau buat kerja rumah, tak macam aku, laki aku ego, mentang2lah
dia bos kat pejabat, balik rumahpun dia dok mengarah aku je
Kiah : Aku lak, selalu berangan nak laki kaya cam suami ko, kurang2 aku takyah penat2
keje, kau ingat aku suka ke bawak kete hari-hari, pagi2 buta tekan minyak, masuk
gear, pecut macam nak masuk F(1) sebab nk sampai cepat ke pejabat, silap2
haribulan, tak sempat pencen aku dah jalan
(Joyah yg sedari tadi mendiamkan diri menyampuk.....)
Joyah : Apalah korang ni, tak tahu bersyukur langsung. Cuba tengok aku, lagi kesian, aku
dahlah ibu tunggal, takde suami, kena kerja lagi cari rezeki, ada masalah ke apa ke
kena tanggung sorang2, korang ada juga tempat nak bercerita, mintak pendapat ke...
Kiah : kaupun untung juga, kurang2 kau nak g mana2 takyah mintak izin suami, boleh buat
keputusan sendiri, tak macam kami, nak g mana2 kena mintak izin dulu, kalau dia tak
bagi, terpaksa ikut juga walaupun dalam hati rasa berbuku je.....
Joyah : Pulak...! Eh, payah2 sangat kau bagi jelah laki kau tu kat aku, habis cerita....
Peah : Kau biar betul Joyah, ada bermalam kat hospital malam ni kang.....!
( Mat Bon, anak Kiah yang baru2 belajar nak kenal dunia dan sedari tadi memerhati
gelagat wanita2 harapan negara tu hanya mampu mengeleng2kan kepala sambil berkata
di dalam hati; patutlah nabi kata perempuan ramai masuk neraka )
AMARAN :CERITA REKAAN SAHAJA ! TIADA KENA MENGENA DENGAN YANG
MASIH HIDUP ATAU YANG BARU DIKEBUMI....
11 comments:
hmmmm....sindiran penuh makna...kita mmg slalu xpuas dgn apa yg ada~~~
akk ada ym x?
even man do the same thing lahh..
yang ada jarang disyukuri, yang tak ada dikejar2...
bersyukurlah dengan apa yang Allah dah kasi kat kita, insyaAllah kita akan jadi manusia paling bahagia...
adehh, keje payah, tak keje pun payah, ada laki susah, takde laki pun susah... manusia..manusia...
assalamualaikum kak.
wah, sesi jalan menuju ke pintu neraka. subhnaAllah.
tapi itulah yang selalunya jadikan. dalam hidup senang ke susah ke, tak sedar yang kita ni tak bersyukur atas semua. tak pernah nak cukup tak pernah nak puas. itulah hakikat sekarang ni. hmm..
takut sangat jadi camni. dalam tak sedar, kita dah bercerita tentang orang lain even ianya tidak memburukkan seseorang tu. mengumpat tetap mengumpat kan. kalau dah membawa fitnah, tu lagila dasat. haish! sedeh!
Pandanglah orang yang lebih rendah darjatnya agar muhasabah menjadi tunjak keimanan selalu. Di situ, lahir kesyukuran dengan ikhlas bukan ikutan.
tambah lagi seorang sahabatnya yang belum berkahwin... bertambahlah keluh kesah...
Manusia tidak pernah puas
Setuju dengan Pencari Cinta Sejati
cg.Norsha, cantik cerita ni... ingatan untuk diri
mujur kiah dan peah tak kata, jom kita tukar suami, nak tak!!.. (",)
saya merasakan, kalaulah sepanjang masa kita berpuas hati dengan seluruh kehidupan dunia kita tanpa sedikitpun ujian , maka bukanlah kehidupan dunia namanya..
tempat yg mana kita akan kekal berpuas hati dengan kehidupan kita adalah kehidupan syurga..
apa ni......smebang sembang!
CS,
manusia cam tulah tak pernah puas
ym tk delah nape ?
couvery,
...yup, lelakipun kdg2 sama je
cikgu ma,
akhirnya yg dikejar tk dapat, yg
dikendong berciciran
afida,
gitulah kita ni, serba tak kena !
sar,
kena selalu azam baiki diri
Pencari cinta sejati,
kalau naik kete, kena tgk org naik moto, bila naik moto, tgk org naik basikal....
Naeblog,
ingatan utk diri akak juga
fuad,
ada ke org nk buat lagu tu? tukar suami tu..?isk..!
safwan,
apa tu....dgr2, p main jauh2 !
Post a Comment