Lumrah hidup ini, tidak selalu indah dan menyenangkan. Selalu ada awan gelap melitupi
langit yang cerah dan seringpula hujan turun tiba-tiba dikala hari panas terik membakar
bumi. Begitu juga dalam kehidupan berumahtangga, tidak semua isteri atau suami bernasib
baik beroleh pasangan yang menghiburkan. Ada ramai yang hidup bahagia , namun tak
kurang yang berendam airmata. Sebenarnya, ujian dan cabaran adalah mainan kehidupan.
Ia tanda cinta Allah untuk melihat kesabaran manusia menempuh segala dugaan. Bukankah
hidup satu perjuangan, dalam perjuangan perlu ada kesungguhan, keyakinan, jua kesakitan
yg mematangkan fikiran dan menambah pengalaman.
Kerana perkahwinan umpama satu pelayaran, tidak semua berjaya sampai ke pulau
perhentian kerana apabila dilambung ombak dan dihempas badai,pasti ada bahtera yang
tenggelam atau hancur berkecai. Kepada sahabat yang diuji dengan kegagalan dalam
perkahwinan, kepadamu ingin ku berpesan; bersabarlah...........dan teruskanlah hidup.
Menangislah semahunya dan kemudian kumpullah semula kekuatan untuk melangkah
ke hadapan. Yakin dan percayalah, Allah tidak pernah berlaku zalim kepada hamba
hambaNya. Betapa disebaliknya semua ujian itu, pasti ada hikmah yang tersembunyi
buatmu, yang mungkin tidak kau rasai pada hari ini tapi akan kau temui juga bila tiba
saatnya nanti.
Benar, tiada siapa yang mahu pelamin hidupnya musnah dilanda taufan sengketa tapi
siapa kita untuk menolak takdir yang telah tertulis. Selepas semua jalan perdamaian
yang kau usahakan menemui jalan buntu, barangkali perpisahan itulah yang terbaik.
Lebih baik jauh yang mendamaikan dari dekat yang menyakitkan. Sungguhlah cerai
itu perkara halal paling dibenci Allah tapi apabila kau terpaksa jua menempuhinya,
tiada yang dapat membantumu selain sabar, kerana sabar itu indah dan Allah sentiasa
bersama orang-orang yang sabar...............
Dalam kesedihanmu, barangkali bait-bait kata ini dapat membantu;
Sahabatku, pandanglah ke depan, jalan terbentang luas, sekali kita gagal, bukan bererti
kita akan gagal selama-lamanya kerana kegagalan yg sebenar adalah apabila kita tidak
dapat taat perintah Allah dan ikut sunnah Rasulullah s.a.w.
Ranjau hidup adalah ujian yg menghidup jiwa......Jangan bersedih........teruskanlah hidupmu
9 comments:
tq 4 the advice....bait kata yg sgt indah,.....love u !
kalaulah sy sedang bersedih dan menonton video tersebut, barang mungkin sy akan bertambah sedih dengan kesedihan yg lain (yakni kesedihan yg menginsafkan..)
HasbunAllahu wa nikmalwakil..
assalamualaikum kak.
erm, setuju dengan kata encik fuad.
ujianNya menguji ketaqwaan kita kan. musibah mendekatkan diri kita dengan Dia lagi. tapi bukan pula time susah baru nak ingat Dia kan. :)
indahnya sabar dan syukur.. (",)
Petang tadi macam sedih mengenang gaji tak masuk-masuk lagi. Tapi bila tengok video ni.... eh tak sedih dah;)...
HasbunAllahu wa nikmalwakil..
x mungkin org beriman berputus asa....
bila iman lemah,yakin kpd amalan kurg,keyakinan kpd nizam ghaib Allah swt akan smkin kurg..
pn anon,
love Allah first...!
fuad,
jgn bersedih.....Allah sentiasa ada...
sar,
waalaikummussalam,
setiap detik & saat kena ingatkan Allah
nam,
keindahan yg hanya dirasai dijiwa insan
Fida,
dah masuk gajinya ?....jgn sedih2 ye...
APK,
org beriman sentiasa diuji, tapi berputusasa jauh sekali...
hidup perlu diteruskan walau apapun cabaran yg mendatang..... :-)
salam k.norsha,
sy pn pernah berhadapan dgn situasi hmpir sama mcm ni..sgt2 kasihan n sentiasa beri smgt n nasihat, since dgn sy je dia share prob...n Alhamdulillah hbgn mereka sudah pulih...happy rasanya :)
Post a Comment