Wednesday, June 1, 2011

Suatu hari, di sebuah kelas...........

Jumaat lalu, sehari sebelum cuti sekolah, tidak ramai pelajar yang datang.
Almaklum baru habis midyear exam. Di satu kelas yang saya masuk itu
cuma ada 8 orang yang terdiri dari 7 pelajar perempuan dan seorang pelajar
lelaki. Baru habis exam, hendak mengajar tajuk baru, memang budak-budak
tu takde mood, bukan pelajarnya saja takde mood, dengan cikgunya sekali.

Saya berkira-kira mahu menanda kertas soalan peperiksaan di dalam kelas
tersebut tetapi kemudiannya mengubah fikiran setelah saya mendengar
mereka berbual perlahan sesama mereka dan saya dapat menangkap beberapa
perkataan seperti 'abang angkat', 'pakwe', 'antar mesej' dan lain-lain
perkataan yang ada kaitan dengan dunia remaja. Rasanya lebih baik berbual
dengan mereka disamping memberikan nasihat berguna untuk remaja
di depan saya ini. Lalu saya batalkan niat menanda exam paper itu dan
bertanya soalan ini;
"Siapa sedang bercinta di sini ?" Tiada yang menjawab atau mengangkat tangan
tapi soalan saya berjaya memancing mereka untuk diam dan menunggu respon
saya seterusnya. Sekalipun tiada yang mengaku, mereka saling berpandangan
dan tersenyum, tanda ada rahsia yang mereka sembunyikan.

"Perasaan ingin dikasihi dan disayangi adalah lumrah dalam hidup manusia.
 Apa lagi remaja seperti awak semua, cuma sekarang masanya tidak sesuai,
 yang penting waktu ini pelajaran ". Berhujah seperti seorang motivator, dan
semua pelajar didepan saya itu memberikan perhatian. Yalah, berbicara soal
cinta, siapa tidak suka, apalagi ketika usia remaja, dunia dipenuhi yang indah
indah saja. Lalu kami berbual tentang cinta remaja, baik buruknya, bagaimana
 menepisnya, apa simpton orang mabuk cinta dan macam-macam lagi.
Nampaknya, subjek berkaitan cinta mudah mendapat perhatian di hati remaja
seperti mereka. Respon yang diberi memang menakjubkan, tiada yang tidur
atau separa tertidur....

Dan saya tidak terlepas dari ditanya soalan cepumas, "Cikgu dulu berapa
lama bercinta dengan suami sebelum kahwin?" Soalan yang membuatkan saya
tersenyum dan menjawab ; " Saya tidak bercinta dengannya sebelum kahwin,
saya bercinta selepas kahwin " diikuti pandangan pelik seakan hairan bercampur
tidak percaya !

"Kalau tak bercinta, bagaimana mahu tahu tentang dirinya?" tanya seorang
pelajar perempuan.

"Waktu bercintapun, awak tidak kenal pasangan awak sepenuhnya, masa tengah
 bercinta semua tunjuk yang baik-baik saja..."

"Sebelum kahwin cikgu ada pakwe ?" Tanya pelajar yang lain.

"Ada, tapi dia tinggalkan saya."

"Ce citer, ce citer...." sampuk yang lain macam excited .

"Takde apa nak cite, kami kawan dalam setahun, masa tu saya kat U,
 dia di maktab perguruan, lepas setahun, dia bagitahu mahu putuskan hubungan,
 katanya  ibunya tak mahu menantu orang jauh, saya nak kata apa lagi...."

"Frust tak masa tu?"

"Frust juga, 3 hari jugaklah menangis..." Disambut gelak ketawa mereka.

"3 hari je ? Sekejapnya ? Ye ke cikgu ni ?" Ada nada tidak percaya.

"Begini, 3 hari tu yang betul2 frustlah, makan tak lalu, tidur tak lena tapi mandi
tetap basah....hahaha....ambik masa juga nak lupakan dia, berbulan juga tapi
lama-lama masa akan mengubati kita. lagipun buat apa nak rosakkan diri
dengan menangis macam orang meroyan, tak berbaloi langsung....!"

"Apa jadi lepas tu, cikgu ?"

" Tak jadi apa, saya terus belajar, tamatkan pengajian, masa bercinta dulu bukan
  macam budak-budak sekarang, sentuh tangan sayapun dia takpernah,
  jumpapun time cuti, dan kalau jumpa cuma  sembang-sembang, selebihnya tulis
  surat, telefonpun jarang, dulu mana ada handset "
 
"Ha, ni mesti tulis surat cinta, pastu letak bedak..." Usik minah sorang yang mulut
macam murai ni, berderai ketawa kawan-kawannya.

"Takdelah, tak mainlah bedak-bedak tu, tulispun biasa-biasa saja....cuma adalah
 kenangan. Eh, saya bersyukurlah dia taknak kat saya, sebab lepas tu saya
 dapat ganti yang lebih baik, saya jumpa suami saya sekarang, lagi baik dari
 pakwe lama....Allah bagi yang lebih baik, suami saya tak smoking, rajin pergi
 masjid lagi, caring and loving...."  Phewittttt.....!.........ada yg buat bunyi nakal.

Saya sambung cerita;

"Memang saya tak bercintapun dgn suami saya sekarang sebelum kami kahwin.
 Lepas kenal saya  dua bulan dia beritahu mahu melamar saya, 5 bulan
 kemudian kami kahwin selepas yakin dengan Solat Istikharah, tak sempat
 bercintapun, jadi lepas kahwin baru bercinta, Alhamdulillah.....bahagia sampai
 sekarang...." Ada yang tersenyum.

"Wah....sweetnya...!" Apa yang sweet? Entah............
 
"Sebab itu saya tak pernah yakin dengan cinta sebelum kawin, buang masa,
  buang tenaga, lebih baik awak tumpukan pada benda-benda yang penting
  sekarang.Takpayahlah buat benda-benda mengarut sekarang ni...."

"Lagi satu, kalau pakwe awak tinggalkan awak, takpayah nak terjun sungai
atau terjun bangunan sebab nak bunuh diri, tak berbaloi awak rosakkan
 diri sendiri kerana lelaki yang tak datangkan apa-apa faedahpun dalam hidup
 awak. Think positive....Sayang diri sendiri dulu, sebelum sayang orang lain..."

Semua diam;

"Kalau awak nak pasangan yang baik, awak kena jadi baik dulu, kalau
 setakat berangan nak suami atau isteri baik, tapi perangai sendiri macam
 pelesit, takpayahlah, Allah itu adil....."

"Eh, lambat lagilah nak kahwin, cikgu...!"

"Sebab lambat lagilah saya nak ingatkan ni, nanti bila masuk U, takyahlah
 couple-couple, takut2 awak takpandai jaga diri, terbabas, terpesong,
 silap-silap buat dosa besar, saya taknak tengok nama awak dalam surat
 khabar kena tangkap sebab buat maksiat."

"Alar, cikgu ni, ke situ pulak.....kami baiklah..."

"Baik hari ini tak semestinya baik sampai bila-bila, sebab tu kena ingat, sayang
 macammanapun kat pakwe atau tunang awak, jangan bagi dia 'sentuh' sebelum
 kawin, memang kita kena sangkabaik kat orang, tapi bila melibatkan maruah
 dan harga diri, awak kena juga ada sangkaan buruk, supaya boleh berjaga
 jaga..perempuan takboleh terlalu murah, kena jadi mahal"


"Mahal macamana cikgu?"

"Mahal macam mutiara atau permata yang disimpan dalam peti berkaca, dikunci
 supaya takde sapa boleh pegang sewenang2nya, hanya boleh tengok dari jauh."

"Mahal sangat nanti tak laku !"

"Awak nak jadi murah yang akhirnya dicampak di tong sampah atau mahal yang
 terjaga dan terpelihara?"

Semua diam. Satu-satunya pelajar lelaki yang sedari tadi diam akhirnya menyampuk;

"sedang-sedang saja cikgu, tak mahal, tak murah, berpatutan, mampu milik !"

hahaha.............

"Axxxx, nanti bila awak tinggalkan alam persekolahan, dunia diluar sana
 lebih mencabar, lebih menggoda, sampai bila-bilapun ingat pesan saya, jangan
 sesekali 'rosakkan' anak dara orang. Kalau kita aniayakan orang hari ini,
 suatu hari kita atau keturunan kita pula yang dianiaya "

"Saya tak sejahat itu...!"

"Saya tak kata awak jahat, saya cuma bagi nasihat supaya awak ingat...."

Akhirnya locengpun berbunyi menandakan tamat waktu untuk saya di kelas itu.
Terasa cepatlah pulak ! Sebelum keluar , saya tanya satu soalan ;

"Bagaimana membenteng diri dari terpengaruh dengan anasir luar yang jahat ?"

"Solat, cikgu " . Sejuk hati dengar jawapan tersebut

"Ya, solat dan pandai-pandailah pilih kawan, cari kawan yang bawa ke jalan
  kebaikan bukan kawan yang ajak buat kejahatan..."

 "No couple....okay !"
Tamat pelajaran motivasi jangan bercinta untuk hari ini.

Selamat bercuti.................

12 comments:

Afida Anuar said...

Ok cikgu..keep those in mind.. cinta selepas kahwin, n solat...;)...

wahh bersemangat anak murid kak norsha haa... he he

Unknown said...

Salam cikgu.

cikgu baik, sebab tu Allah beri jodoh yg lebih baik...Alhamdudilla...bercinta selepas kahwin...terpelihara.....

Norsha said...

fida,
budak2 tengah membesar.......


Wassalam Mas,
bercinta lepas kahwin....lebih indah, dugaanpun banyak juga...

~PENCHENTA~ said...

Salam kak.

Bagus nasihat tu. :)

Anak2 muda sekarang terlalu melayan perasaan ingin mencuba tuu.

Tapi tidak pula mencuba untuk cintakan Allah, mencuba untuk cintakan sunnah rasulullah, mencuba untuk cintakan ayat cintaNya.

:(

fuad ansari said...

Terasa macam nak jadi anak murid cikgu la.. kelas cikgu ada kosong lagi x? nak mendaftar masuk ni.. (",)

"bercinta lepas kahwin....lebih indah, dugaanpun banyak juga..." <--benar dan sukar untuk sy menyangkalnya kerana saya juga mengalaminya.. sukar tapi indah dan terpelihara..

Mataku said...

Lelaki baik untuk wanita yang baik... Lelaki jahat untuk wanita jahat...

Itu janji Allah...

hidayu samsudin said...

bercinta lepas kawen sweett nya...
insyaallah..:)

Norsha said...

Penchenta,
mungkin kerana mereka berdarah muda...doakanlah mereka

Fuad,
hehehe maaplah, pendaftaran dah ditutup....lagipun kelas tu utk 18 thn ke bawah...

ujian dlm r/rangga akan mematangkan kita...kuncinya sabar dan taqwa...jika ada masalah, jgn lari darinya, hadapi & cari solution

satu lagi, komunikasi yg berkesan antara suami isteri.......

Norsha said...

Minda malay,
janji Allah semuanya benar....

Hidayu,
InsyaAllah...moga diberkati Allah

Unknown said...

Salam,apa khabar,menarik sungguh cerita di atas,tuan/puan pemilik blog,sya menjemput tuan/puan untuk memberikan cerita pengalaman tuan/puan di dalam isu penggunaan miswak or sugi ini.
Mungkin pembaca di luar sana,ada cerita yang menarik untuk di kongsi bersama,mana tahu,cerita tersebut merupakan kenangan manis kita ketika kita dalam proses untuk menghidupkan kembali sunnah junjungan besar kita di zaman yang kehidupannya serba mencabar ini.Pembaca yang budiman dan rakan-rakan sekalian,bolehlah berkongsi di sini,kenangan manis yang ada ketika mula mengamalkan sunnah bersugi @ miswak ini.

Norsha said...

APS,
InsyaAllah...time kasih sudi menjemput...nanti kita ke sana ye

Norsha said...

menusuk hati,
hahaha...betullah tu, kalau belum kawin dah tunjuk perangai sebenar, kena tinggallah jawabnya kan...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...