Monday, June 20, 2011

Terbaik dari ladang....

Saya duduk menikmati minum pagi, di sebuah cafe pagi tadi (err....kantin
sebenarnya), bersama 4 lagi kawan-kawan perempuan, yang merupakan
rakan sekerja. Salah seorang dari kami mencapai  suratkhabar arus perdana
untuk melihat tajuk-tajuk panas hari ini. Sedang enak menikmati teh tarik
panas, teman tadi membacakan dengan agak kuat salah satu tajuk berbunyi
"Kelab Isteri Taat Dilancar Di Indonesia". Nak dengar apa respon kami ;

Puan A   :  Macam-macam, ada agenda la tu...

Puan B   :  Tak payah kelab-kelab, dah lama dah taat.......

Puan C   :  Taat suami kerana Allah, bukan kerana kelab.....

Puan D   :  Yelah, takut mula-mula join kelab sebab nak dapat ilmu,
                 lama-lama habis semua rahsia rumahtangga terbongkar bila dah jumpa
                 ramai-ramai tu

Puan E   :   Pokok pangkalnya hati.....tak payah masuk kelab pun boleh jadi
                 isteri yang taat, selagi tak melibatkan maksiat.........

Puan A  :   Silap-silap, aktif sangat berkelab-kelab, rumahtangga terabai, suami
                 pergi ke kelab lain.....

Puan  D :   Eh, pasal diorang ni sibuk sangat dengan kelab isteri taat ni, isteri saja
                  ke  yang kena taat, suami tak payah nak setia ke ?
                  Dua-dua pentinglah....

Itulah lebih kurang reaksi spontan dari mak-mak dara yang memang taat kat
suami masing-masing walaupun kami tak pernah masuk kelab isteri taat.
Berpeganglah kepada apa yang telah diajar oleh nabi kita, InsyaAllah kita
akan selamat.........

Isteri hamparan dunia, suami langit penaungnya,
Isteri bagai kejora, suami bagaikan purnama,
Isteri ladang tanaman, suamilah pemagarnya
Ayuh.... kita jadi yang terbaik dari ladang...................!

7 comments:

Norsha said...

"Apabila seorang perempuan mendirikan solat lima waktu, berpuasa dibulan ramadhan, menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklah ia ke dalam syurga melalui mana-mana pintu yang dusukainya" (Hadis Riwayat Ahmad)

Afida Anuar said...

Setuju tu kak, risau jugak kan kalau dah sibuk berkelab, berpersatuan...suami/rumah tangga akan terabai, jadi nak taat macam mana lagu tu..adehh mcm2..

fuad ansari said...

utk taat suami, tidak perlukan kelab...

sebagaimana utk taat perintah Allah dan Rasul, tidak perlukan kelab... (",)..

Wanita Bertudung Hijau said...

sy sukalah entry ni

x perlukan kelab

yg pntg kena tahu matlamat perkahwinan ni apa

ramai yg lupa perkahwinan ni adalah satu peluang drpd Allah utk kita tambah pahala berganda2

:-)

Anak Pendang Sekeluarga said...

isteri,galak,mahram mereka keluar jalan Allah...

keberkatan Allah akan campakkan dlam hubungan...

Norsha said...

Afida,
macam2 sekarang ni, kena hati2....


Fuad,
hanya perlukan faham dan laksanakan


Wanita Bertudung Hijau,
setuju, tapi bila datang ujian, ramai yg dah lupa tujuan mereka perkahwinan...


APS,
InsyaAllah....isteri sumber kekuatan suami, pemberi Inspirasi, moga selamanya diberkati....

~PENCHENTA~ said...

Tergelak sensorang dengar nama kelab tu.

Taat suami kerana kelab atau kerana Allah?

Mungkin lepas ni sekolah2 patut lancarkan 'Kelab Taat Ibu Bapa'.

Barulah lebih bermakna kepada anak2 muda. :)

Keh3.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...