Thursday, January 26, 2012

Jaga solatmu, Allah akan menjagamu.....(bahagian 2)

sambungan entry yang lalu

Oleh kerana kak A tak berani nak minta izin bosnya untuk tumpang solat di biliknya, akhirnya
dia buat keputusan solat secara diam-diam waktu bosnya tiada di pejabat. Biasanya setiap pukul 1
tengahari bosnya keluar untuk makan tengahari dan  hanya akan masuk semula ke pejabat sejam
kemudian. Jadi, ada peluanglah nampaknya untuk solat. Caranya ? Kak A masuk ke bilik bos, tanpa membuka lampu mahupun kipas, dia solat. Bukan lamapun, tak sampaipun 20 minit. Tak tahulah
sama ada pekerja lain  perasan ataupun tidak, atau mungkin mereka tak peduli kerana sebagai
setiausaha keluar masuk bilik bos adalah tugas kak A. Lagipun sebahagian besar staf di pejabat tu
lelaki, jadi mungkin mereka tak ambik pot sangat.

Begitulah yang berlaku selama beberapa bulan, masuk saja waktu zohor, kak A akan segera solat
secara sembunyi-sembunyi supaya tak bertembung dengan bos besarnya. Waktu asar pula akan
dikerjakan di rumah atau singgah di masjid ketika dalam perjalanan pulang.

 Segalanya berjalan lancar sehinggalah suatu  hari yang tidak disangka........Apa ??
...................bosnya masuk lebih awal ke pejabat !........ tanpa menduga apa-apa, dia membuka
pintu, menekan suis lampu dan aaaaaaaaaaaaaaa.........!...terperanjat besar dia kerana melihat
ada perempuan bertelekung putih sedang solat dibiliknya......! Agak-agak apa bos tu buat ?
Dia mengherdik ? tidak. Dia tutup lampu dan keluar semula dari biliknya, tak tahu ke mana .
Sementara kak A teruskan solat hingga selesai. Lebih kurang 30 minit lepas tu, bosnya balik
semula ke pejabat, masuk ke bilik dan tak lama kemudian  terdengarlah suaranya memanggil kak A
masuk. Habislah aku kali ini !, kata kak A dalam hati. Confirm kena pecat ! Tapi kak A sudah
bersedia menerima apa jua risiko hatta dipecat sekalipun.

Dia masuk dan dari arah pintu dapat dilihat wajah bosnya yang masam mencuka. Ya Allah,
hanya Engkau yang dapat membantu, doa kak A dalam hati.  Bosnya tanya dengan nada marah;

" Sudah berapa lama u sembahyang dalam bilik ni?"

"Hampir satu tahun..."

" What ?!......Satu tahun ? You should tell me......"

" Tell what, Mr......?"

" Tell me that you need space for prayer...."

"  I afraid you might get angry with me....lagipun  saya faham memang tak ada ruang untuk
    dijadikan bilik solat."

" Before this...? Mana U sembahyang....?"

" Saya pergi masjid tapi kena ambik masa dan agak jauh juga....."

Bos besar termenung sekejap macam fikirkan sesuatu, tarik nafas dan kemudian berkata dengan nada suaranya yang sudah sedikit perlahan.

" Ok....... from today, I give  u permission to pray in this room with one condition...."

"One condition ?"

" Do your pray as early as possible , so I do not see you...."

" One more.....U boleh buka lampu dan kipas...."

SubhanaAllah. Lain yang dijangka, lain pula jadinya. Sangka Kak A tentulah teruk dia kena herdik atau
kena pecat dengan bosnya hari tu, tapi sebaliknya,  dapat kebenaran terus dari bosnya untuk solat tanpa sebarang masalah. Siap bagi guna lampu dengan kipas untuk keselesaan. Nampak tak ? Kita merancang, Allah juga merancang dan sesungguhnya perancangan Allah itulah jua yang lebih baik. Dia jugalah yang memegang hati dan jiwa manusia dalam gengamanNya. Asal saja kita yakin pada janjiNya, Dia pasti menolong kita. Tapi  kita andai solatpun kita tak mampu nak jaga dengan baik, bagaimana kita nak harap bantuan Allah datang pada kita ?

Kak A yang saya kenal itu bukan saja sedaya upaya jaga solatnya  dengan sempurna, tapi  juga
seorang pekerja yang komited dan tidak berkira bila diminta melakukan sesuatu kerja. Mungkinkah
kerana itu juga bos besarnya juga tidak berkira dengannya ? Waallahullam........yang pasti tak semua
orang berani buat macam yang kak A buat. Dan yang lebih-lebih pasti,  Allah tak mungkir janji, kita jaga
solat kita , Allah akan jaga kita.

11 comments:

cikguNae said...

kak Norsha, saya suka kata-kata ni:

...andai solatpun kita tak mampu nak jaga dengan baik, bagaimana kita nak harap bantuan Allah datang pada kita?

Kadang2 saya leka juga dengan kerja dunia, hingga melewatkan solat :(

s a r said...

terbaik kak. alhamdulillah.

susah situasi akak tu. tapi ye la kan, kita percaya adanya Dia sentiasa melindungi. :)

mmm... dulu mase saya kje kat suatu ofice, staf kat situ pelik sikit. sembhyang zohor dah dekat hujung2 zohor sebab nak terus sembhyang asar dan tak perlu ulang alik ke surau. erm..

fuad ansari said...

alhamdulillah, nice ending..

rugi bos tu kalau pecat kak A.. mana nak dapat kakitangan yg macam tu..

bercakap tentang tidak berkira dalam kerja...

tidak berkira dan yg lain tidak ambil kesempatan, seronok..

tidak berkira, tapi yg lain ambil kesempatan, itu yg tak berapa nak seronok.. (",)

Bijen M. said...

Kak A lah yang perkenalkan dengan Abang M?
Hak hak hak!

As said...

Haiyoh bestnya akak!

Allah terlebih dulu merancang, baik punya. :)

School Of Tots said...

Semalam saya dgr bayan...kalau kita jaga solat 5 waktu, insyaAllah mendapat 5 ganjaran berikut:
1. Rezki yg berkat
2. Terlepas siksa kubur
3. Terima buku catatan amal dgn tgn kanan
4. Meniti sirat sepantas kilat
5. Masuk syurga tanpa hisab.

Embun said...

Alhamdulillah......

Ummu Wafi said...

Alhamdulillah tp masih ramai yg mengabaikan solat, Dalam pekerjaan sy kena deal dgn remaja2 yg kena rape ( actually suka sama suka tp sebab bwh umur jd kes rape), selalu sy interview, dia orang mengaku tak solat @ jrg2 solat, dan majoriti ayah pun tak solat juga.

Mindaberbisa said...

Syukur..suka entry ni :)

Unknown said...

benar kata2 cikgu...

solat merupakan perintah Allah..
kalo kita menjaganya,maka Allah akan menjaga kita..
yakin pd perintah ada kejayaan..

Norsha said...

nae,
kita manusia, lemah.... sama2lah kita usaha jaga solat kita di awal waktu

sar,
manusia ada mcm2 ragam

fuad,
3 thn lepas tu, kak A berenti keje lepas suaminya dpt kerja yg lebih baik

Bijen,
memandai je hang ni na...!

SOT,
benar sekali tuan tapi kita selalu lupa ganjaran2 tu

Embun,
SubhanaAllah.....

Ummu wafi,
situasi kat sek akak pun sama, ramai pelajar tk solat dan ramai juga mengaku yg mak ayah pun tk solat....

Pencari Allah,
sama2 suka...

Anak Pendang,
malangnya ramai yg anggap solat sbgai satu beban....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...