Tuesday, January 3, 2012

Betulkan niat mu.....

Buat anak-anakku
Selamat kembali ke sekolah
selamat meneroka gedung ilmu
selamat bergelumang dengan buku-buku
betulkan niatmu.....
bahawa kau belajar kerana mencari keredhaan Allah
untuk   kenal lebih dekat denganNya,
agar nanti kau boleh berbakti untuk agama, bangsa dan negara
juga keluarga.....
dan bukan untuk kamu berbangga-bangga dengan ilmu dan kepandaianmu.
Ingatlah...
bahawa ilmu yang kamu pelajari itu samada ilmu dunia atau akhirat
hanyalah sekelumit dari ilmu Allah yang Maha luas.

Anak-anakku sayang,
sesungguhnya, menuntut ilmu itu wajib bagi laki-laki dan perempuan,
maka tunaikanlah dengan sepenuh hatimu
ikhlaskan dirimu dan belajarlah dengan tekun
kerana Allah sangat suka kepada hamba-hambanya
yang bersungguh2 apabila melakukan sesuatu perkara.
ingatlah anakku
sesiapa yang keluar dari rumah dengan niat menuntut ilmu
akan ditunjukkan jalan ke syurga........

(Ya Allah yang maha Pembuka.....bukalah segala pintu kefahaman buat anak-anakku
  dan buat sesiapa jua yang sedang menuntut ilmu......)

Buat diriku dan teman-teman guru......
Selamat kembali ke sekolah,
selamat berdepan karenah pelajar
selamat bergelumang dengan tugasan dan arahan yang ada waktu menguji sabar
Mari betulkan niat....  bahawa kita bekerja
kerana Allah
untuk mencari rezeki yang halal agar dapat digunakan untuk kebaikan
dan diinfakkan kembali ke jalan agama
kerana sesungguhnya setiap sesuatu yang kita perolehi  pasti akan ditanya olehNya
Jangan kita jadi insan yang berbangga-bangga dengan tugas dan jawatan
bukan untuk mengejar pangkat dan kedudukan
tapi  bekerja untuk mencari keredhaan.....

Bekerjalah dengan tekun, jujur dan amanah
kerana ia juga satu ibadah..........

Ya Allah, ya tuhan kami.....
bantu dan permudahkanlah segala urusan kami
dan janganlah kesibukan dunia ini
melalaikan kami dari mengingatiMu

Peganglah pesanan ini;
Dari Abu Hurairah r.a , berkata nabi s.a.w :
"SESIAPA YG MENCARI DUNIA UNTUK BERBANGGA2 KE ATAS ORG LAIN, UNTUK MENJADI KAYA ATAU 
UNTUK MENDAPAT NAMA, WALAUPUN DGN CARA YG HALAL- DIA AKAN BERTEMU ALLAH SWT DALAM 
KEADAAN ALLAH SWT AKAN SGT MURKA TRHADAPNYA. DAN SESIAPA YG MENCARI DUNIA DGN CARA YG 
HALAL BERTUJUAN SUPAYA DIA TIDAK PERLU MEMINTA2 KPD ORG LAIN, UTK MENCARI KPD AHLI KELUARGA, 
DAN SUPAYA DIA MAMPU MELAKUKAN KEBAJIKAN KPD JIRAN TETANGGA, MAKA PADA HARI KIAMAT, 
DIA AKAN BERTEMU ALLAH SWT DLM KEADAAN WAJAHNYA BERCAHAYA SPRTI BULAN PURNAMA."


HR BAIHAQI

8 comments:

Afida Anuar said...

kata2 puitis ni boleh dishare dengan anak2 didik seluruh dunia ni kak..

Selamat memulakan tugas mendidik anak-anak bangsa!

Noorieda said...

ASSALAMUALAIKUM W.B.T...

Pesananmu sangat bermakna cikgu...

fuad ansari said...

sebagaimana hebatnya sekali seorang professor, dia tidak mampu utk menguasai semua cabang ilmu..

teryata, ia hanyalah sekelumit dari ilmu Allah swt yg Maha Luas..

suka hadis kat bawah sekali tu... (",)

Mindaberbisa said...

Sharing is caring. Teruskan berdakwah :)

As said...

Amanah. Amanah. Amanah.


Kakak thanks, jatuh kat hati semua huruf2.

Marina Ali said...

Salam,kak....terharu,mudah2han jadi renungan buat guru2 semua,mendidik anak2 kerana Allah SWT.

Norsha said...

Terima kasih fida, Selamat bertugas juga untuk fida di tahun 2012 ni

Norieda,
sematkan dalam hatimu....

fuad,
buat pegangan agar tidak lupa....

Pencari Allah,
InsyaAllah....

As,
dari mata jatuh ke hati ....:)

Marina,
ingatan untuk diri sendiri juga tu...

Rafi Harumin said...

Assalamualaikum.

Sungguh, saya terkesan dengan tulisan ini. Semoga ia membawa manfaat kepada semua pembaca amnya. Teruskan menyebar perkara kebaikan. Semoga Allah memberkati. Amin, amin...

Salam ukhuwwah.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...