Friday, January 20, 2012

Jaga solatmu, Allah akan menjaga kamu.....

Pertengahan  90an, saya jalani latihan praktikal di sebuah syarikat pengeluar barangan elektrik
yang terkenal dari Jepun. Praktikal selama 6 bulan. Di situ saya kenal seorang wanita yang banyak
bantu saya sepanjang saya menjalani amali (sekalipun saya bukan dibawah seliaannya). Saya panggil
dia Kak A. Dia  seorang setiausaha dan sangat komited dengan kerjanya. Di syarikat tersebut hanya
10% sahaja pekerja Melayu manakala  pekerja perempuan tak sampai pun  10 orang dan Kak A
adalah satu2nya pekerja wanita  muslim. Dia sangat baik, tutup aurat sempurna dan tak tinggal
solat. Ada  kisah menarik tentang dia yang mahu saya kongsikan bersama anda semua.

Sebenarnya saya kagum dengan wanita ini, di sebalik jubah dan tudung labuhnya, dia mampu berkerja
dengan baik di syarikat  milik bukan bumiputera yang  mempunyai 90% tenaga kerja lelaki,  dan tugasnya sebagai  setiausaha memerlukan dia berurusan secara terus dengan bos. Apa yang menarik ?
Dia dihormati  rakan sekerjanya termasuk bos besar yang berurusan dengannya setiap hari.

Suatu hari dia bercerita kepada saya. Katanya; Dia asalnya seorang yang tak ambil peduli tentang
solat mahupun cara berpakaian. Keluarganya tidak begitu ambil berat tentang agama. Waktu remaja ,
seperti orang lain, dia suka berhibur. Kerapkali juga dia ikut kawan-kawan ke kelab-kelab malam
dengan alasan ia sekadar satu cara melepaskan tekanan. Di situlah dia bertemu jodoh dengan
suaminya yang bekerja sebagai pemuzik di kelab tersebut. Selepas berkahwin, mereka  jalani hidup
seperti biasa. Dia terus berkerja sebagai setiausaha, suaminya bekerja di kelab dan mereka sering juga menghabiskan hujung minggu dengan berhibur. Hinggalah suatu hari, Allah yang pengasih memberi
mereka hidayah.

Suatu petang yang damai, rumah mereka dikunjungi sekumpulan lelaki tidak dikenali, mengetuk
pintu dan mengajak ke masjid. Si suami sekalipun jahil tidak pula sombong malah melayani
lelaki-lelaki itu dengan baik. Sebenarnya , ia bukanlah kali pertama mereka bertemu dengan
kumpulan tersebut yang melakukan ziarah dari rumah ke rumah tetapi pada hari itu selepas
berbual dengan kumpulan tersebut si isteri (Kak A) berkata kepada suaminya; " why don't you
go to the mosque and see what they are doing....."

Si suami yang tak pernah ke masjid,  malam itu terbuka hati ke rumah Allah; di situlah bermulanya
 'turning point' dlm hidup mereka.....

Selepas dapat hidayah, mereka 'berhijrah'. Perlahan-lahan mereka tinggalkan cara hidup yang
mereka amalkan. Suaminya beralih kerja tapi kak A masih ditempat sama cuma dia buat
keputusan ubah penampilan ikut syariat. Dan sejak itu, dia berazam menjaga solat sekalipun
ketika di pejabat. Oleh kerana tiada kemudahan surau di tempat kerja, kak A akan ke masjid
berdekatan ketika waktu rehat tengahari untuk solat zohor. Bagaimanapun, lama kelamaan
kerana faktor jarak dan masa, dia buat keputusan solat di pejabat saja. Masalahnya di mana?
Dia tidak selesa solat ditempat terbuka. Meja kerjanya terletak di bahagian hadapan dan menjadi
laluan utama untuk pekerja lalu lalang. Kak A  dapat idea. Bosnya ( lelaki non muslim yang tegas
dan berdisiplin), selalunya akan keluar makan tengahari dan pulang semula jam dua petang. Dia
tiada pilihan, ruang yang terbaik adalah di bilik bosnya di satu sudut berdekatan pintu. Masalahnya,
dia takut nak beritahu bos. Tapi, takkan nak tinggal solat kerana takutkan manusia......?

Apa jadi lepas tu ? Tungguuuu.................(to be continue)

12 comments:

syuhadaa said...

bersambung lah pulak.. hehe.

Cikgu Ma said...

eh, ada sambungan (",)

~PENCHENTA~ said...

Oh. Sambung cepat. Hee. :D

s a r said...

assalamualaikum kak.

erm, untung sangatkan bila Allah dah bagi jalan wpun ianya dari kunjungan org yg tknal je pun.

sila sambung kak. jangan tak sambung :D

NaeBlog said...

ala... ada sambungan...
tak sabar nak tunggu ni :-)

Saya ada pengalaman 'masalah tempat solat' semasa kerja sementara tunggu result SPM. Dipandang sinis apabila minta kebenaran untuk bersolat. Disindir...
Hanya bertahan beberapa hari saya berhenti... haha.. tidak sempat ambil gaji pun

Afida Anuar said...

Alhamdulillah... Allah pilih depa tuk kasi hidayah.

PS: kak, tak sabar saya nak tau apa dia buat;)

Norsha said...

Sabar, sabar....ada sambungannya...
tunggu ye....

fuad ansari said...

alamak, suspen la cerita ni...

intro dah best dah.. (",)

RuMaH TuA said...

Menunggu...

ashrafi said...

Menanti sambungan kisahnya. Mohon dimaklumkan nanti. :)

mhafiz_ydin said...

Respek2.. Hebat Allah.. :)

Wanita Bertudung Hijau said...

alahhhh, ada sambungan ya, tak sabar nak tunggu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...