Friday, February 3, 2012

Cinta Rasul: Kisah-kisah tauladan....

Kisah 1

Hazrat Bilal r.a ialah seorang sahabat yang masyur yang sentiasa menjadi juru azan di Masjid
Nabawi. Pada mulanya, beliau seorang hamba kepada seorang kafir dan kemudiannya telah
memeluk islam. Beliau telah di seksa dengan berbagai cara oleh tuannya Umayah bin Khalaf.
Akhirnya beliau bebas selepas dibeli dan dimerdekakan oleh Saidina Abu Bakar r.a.
Semenjak itu, beliau menjadi juru azan di Masjid Nabawi. Selepas kewafatan Nabi s.a.w,
sukar bagi Bilal r.a untuk terus tinggal di Madinah dengan melihat tempat baginda s.a.w yang
telah kosong. Oleh itu beliau telah berniat untuk menghabiskan saki baki hidupnya dengan jihad.
Beliaupun bertolak untuk menyertai jihad dan tidak pulang ke Madinah untuk tempoh yang lama.
Pada suatu hari beliau telah bermimpi bertemu Nabi s.a.w. Baginda telah bersabda, "Bilal !
Apakah yang menyebabkan engkau tidak pernah datang kepadaku?"

Setelah terjaga daripada tidur beliau terus pergi ke Madinah. Hazrat Hasan dan Husin r.a
iaitu cucu Nabi telah memohon agar beliau melaungkan azan. Permintaan itu tidak dapat ditolak.
Beliaupun  mula melaungkan azan seperti di zaman Nabi s.a.w. Sebaik sahaja suara beliau sampai
ke pendengaran penduduk Madinah maka berhamburanlah air mata mereka sehingga mereka
keluar dari rumah-rumah mereka dalam keadaan menangis kerana terkenang saat-saat ketika
baginda Nabi s.a.w masih hidup.

Kisah 2

Seorang wanita telah pergi berjumpa Saidatina Aisyah dan berkata kepadanya, " Bawalah saya
menziarahi makam Rasulullah s.a.w." Saidatina Aisyah pun membuka bilik itu dan wanita itupun
pergi menziarahi makam tersebut sambil menangis. Beliau menangis dan terus menangis sehingga
meninggal dunia.

Kisah 3

Seseorang telah bertanya kepada Hazrat Ali r.a, " Setakat mana kasih sayang tuan terhadap
Rasulullah s.a.w?" Beliau menjawab, " Kami mengasihi Baginda s.a.w lebih daripada harta-harta
kami, anak-anak kami, ibu-ibu kami dan lebih daripada air sejuk ketika tersangat dahaga."

~ dipetik dari kisah para sahabat


Cinta, rindu dan kasih sayang para sahabat terhadap Baginda s.a.w begitu mendalam, moga kita
yang hidup di akhir zaman ini dapat mencontohinya.............

4 comments:

Wanita Bertudung Hijau said...

hibanya membaca entry kali ni

salam maulidul rasul ya kak :-)

Noorieda said...

SALAM MAULIDUL RASUL cikgu...

Sungguh tersentuh membaca kisah2 perjuangan Nabi Muhammad SAW dan sahabat2 baginda..betapa umat2 dahulu mencintai ALLAH dan Rasul berbanding sekarang.....

Semoga kita semua tergolong dalam golongan yang beriman dan beramal soleh...amin...^_^

fuad ansari said...

Menikam di kalbu sungguh cerita ni..

saya ada dengar kisah seorang hamba Allah yg telah melalui pelbagai kesukaran dalam perjalanan yg jauh untuk berjumpa dengan Nabi saw.. Ketika beiau masih dalam perjalanan, Nabi saw telah wafat.. Kemudian, beliau tidak dibenarkan utk memasuki kota madinah atas arahan khalifah.. Dalam keadaan yg begitu sedih, beliau telah bermimpi berjumpa Nabi saw, maka Nabi saw telah kata (lebih kurang), "bukan aku tidak mahu engkau menziarahi aku, tetapi aku telah wafat.. dan jika engkau datang ke kuburku, nescaya akan aku keluarkan tanganku untuk bersalaman denganmu.."

maka orang tersebut hanyalah digelar tabi'in dan bukannya sahabat kerana walaupun lahir ketika Nabi saw masih hidup, tetapi beliau tidak sempat untuk berjumpa Nabi saw..

ternyata, mereka orang yg hebat2..

p/s: kisah yg didengar ketika jorr.. (",)

Norsha said...

WBH,Nooerieda, Fuad,

Salam Maulidur Rasul, maaf lambat balas komen....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...