Monday, November 21, 2011

Bersedekahlah sebelum terlambat.....

Daripada Abu Hurairah r.a katanya , Rasulullah s.a. w bersabda;

" Setiap anggota tubuh manusia mempunyai kesempatan untuk bersedekah setiap hari,
   iaitu mendamaikan dua orang yang berbalah adalah sedekah. Menolong orang naik
   kenderaan atau menolong orang mengangkat barang ke atas kenderaan ,itupun sedekah.
   Ucapan atau tutur kata yang baik juga sedekah. Setiap langkah  menuju solat, sedekah.
   Dan menyingkirkan sesuatu yang berbahaya di jalan awam, adalah sedekah. "
   [ Sahih Muslim]


   Sedekah tidak terbatas kepada harta benda sahaja.....memberi bantuan walaupun kecil,
   hatta sekadar sekuntum senyuman juga sedekah. Demikian indahnya islam, peluang terbuka
   setiap hari untuk bersedekah, siapa kata kena tunggu jadi kaya baru boleh bersedekah,
   sesungguhnya dengan bersedekahlah rezeki akan bertambah.......

   p/s : Selamat bercuti untuk yang bercuti, tapi saya tidak boleh bercuti sepenuhnya sehingga
          semua anak murid saya selesai menduduki kertas peperiksaan Akaun pada 5 dis 2011.
          Saya masih ke sekolah   untuk menyiapkan tugasan, dan mengadakan kelas bimbingan
          percuma untuk mereka yang memerlukan pada saat-saat akhir menjelang peperiksaan.
          Moga-moga Allah menerima itu sebagai sedekah.....

9 comments:

Afida Anuar said...

Seolah kita tidak berkira, Allah jugak tidak akan berkira dengan kita kan kak?

InsyaAllah, selamat menduduki peperiksaan buat semua anak didik kak norsha, moga semuanya berjaya di dunia dan akhirat...

Wanita Bertudung Hijau said...

nice sharing :-)

teruskan perjuanganmu :-)

Hidayatullah said...

jgn lokek bersedekah.. rezki Allah takkan putus2... melainkan maut sudah mari.. moga Allah bg kefahaman kpd saya dan readers

Unknown said...

sucikan harta dengan berzakat, sedekah dan infaq..Insha Allah

sLam ziarah cikgu

mhafiz_ydin said...

Dalam harta kita, sebenarnya ada hak orang lain. Hak ni perlu dikeluarkan sebagai zakat dan sedekah. kalu kita tak keluarkan, Allah sendiri akan ambil melalui apa cara sekalipun. kereta rosak, barang hilang.. So.. byk2 la buat sedekah no.. =)

fuad ansari said...

nak jadi kaya kena rajin bersedekah...

kalau tak kaya kat dunia, leh kaya kat akhirat.. (",)

cikguNae said...

Salam cg.Norsha,

sedekah mampu melembut... mendidik hati
kan?

Selamat Bercuti!
Tidak sabar untuk lihat soalan akaun tu
Semoga Allah permudahkan segala. Amin

~PENCHENTA~ said...

:D Eh, kak Norsha ajar subjek apa?

Norsha said...

buat semua, moga Allah beri kekuatan pada kita untuk sama2 sampai dan amalkan, InsyaAllah....


Penchenta,
akak ajar subjek Akaun :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...