3 hari lepas lepas, saya bertemu teman lama, sembang-sembang, cerita-cerita. Katanya;
"Aku bosan betul kalau org tanya,..... anak sorang saja? dah besar tu, tak nak tmbh lagi?"
"Jawab jelah, itu je rezeki Allah bagi, nak buat camne..." Kata saya memujuk.
Kadang2 yg bertanya tu, tak de modal nak buat bercakap. Jadi nak tak nak terpaksa
bertanya.
"Kdg2 rasa nak jawab; kalau dpt anak tu mcm tekan butang, dah 8 anak aku..."
Saya ketawa , diapun ketawa. Kelakar pun ada sebab kadang-kadang pertanyaan blh
mengundang kesedihan atau kemarahan dipihak satu lagi. Mungkin sebab itulah dalam
Islam kita diajar agar menjaga lidah kerana kalau tersalah ckp boleh mengundang padah.
Sebenarnya, bukan dia seorg saja yg mengalaminya, sayapun kdg2 ditanya;
" aik, 3 je, dah taknak ke? sikitlah 3 tu, tambahlah lagi....." . Ish, kalau dapat anak
semudah mengisi nasi tambah, memang dah lama saya tambah. Mentang2lah yang
bertanya tu anaknya ramai. Cuba kalau diapun takde anak ? Dulu2 terasa juga tapi
sekarang tidak lagi. Apa saja org nak tanya, itu hak dia. Kalau mampu jawab, kita
jawab, kalau tak , senyum sajalah.....positif, takyah ambik hati sangat......
******
Itu kisah anak. Belum lagi soal jodoh. Kata seorang teman, yg hanya beberapa tahun
lebih muda tapi masih sendiri;
"Saya dah tak fikir pasal tu lagi kak. Ada jodoh ada, kalau takde berserah saja....."
Saya mengusik " Janganlah berserah, kena usaha juga, bykkan doa.....mintalah mak
ayah carikan....."
Dia ketawa ; "itulah yg susah.....bila kita dah stabil, lelaki tak berapa berani nak masuk..."
"Takpe....nanti akak tlg doakan, nak tolong caripun tak de calon, tak de pengalaman
jadi agen pencari jodoh ni........"
" tapi kadang2 sedih gak bila orang buat statement macam-macam...."
" Jangan sedih, semua benda yg berlaku ada hikmahnya......Allah tak jadikan satu
benda dgn sia-sia, kita aje yg tak tau rahsia dan kebaikannya...."
Cakap senanglahkan ! Saya pukul diri sendiri, habis saya nak ckp apa lagi? Takkan
saya nak ckp benda2 yg boleh lukakan hatinya. At least, bagilah dia sokongan moral.
Lumrah hidup. Tak semua benda yang kita inginkan akan kita dapati dan tak semua
juga yang kita dapat itu adalah apa yang kita inginkan. Cuma jangan putus asa kerana
sebagai manusia kita kena berusaha sehabis daya, sekuat tenaga dan selepas itu
serahkan kepada Yang Maha Berkuasa......
Kemudiannya saya beritahu dia dengan lembut;
" Cepat atau lambat, sikit atau banyak, itu semua urusan Allah, kita buat yang terbaik
tapi belum berjaya, bermakna Allah belum izinkan...... redhalah dgn ketentuannya......"
Wah....! macam pakar motivasilah kak ........dia mengusik.......hahaha.....
Pakar motivasi tak bertauliah...........! Tak kisahlah kan, janji kita bagi nasihat....
daripada buat org sedih, baik kita bg semangat........jika anda belum mendapat
apa yang anda inginkan, jangan putus asa , teruslah berusaha tapi sematkan dalam
hati......apapun hasilnya ; He knows better than us.........
20 comments:
Betul..
Cakap memang senang...
Doakan iqa juga...
(^-^)y
Moga Allah redha.
biasalah. asam garam kehidupan!
Asbab family datang.
Allah dah bagi green light.
:)
:)
;)
Rumah tua,
InsyaAllah, Allah akan meredhaimu....
Acik,
ya, rempah ratus kehidupan !
Bijen,
Allah dah bagi green light, makanya bolehlah jalan terus ke depan....:)
Senyum panjang fida baca entry akak ni..Yeap, He Knows better...
Segala kepahitan
Segala keperitan
Terima bagai penghapus dosa
Malang yang menimpa
Duka yang melara
mungkin di baliknya ada bahagia
Jangan..jangan berputus asa
Dari rahmatNya Yang Maha Esa
Jangan...jangan kita lupa
ujian lumrahnya dunia......
-Berjalan Tanpa Henti;)
"Tak semua benda yang kita nak, dapat"
So true kak. :)
betul tu, sedih dgn statement org sekeliling yg x penah nak memahami, cuma belajar utk bersabar dgn kerenah dan statement mereka
Allah lebih tahu :-)
Yup! He Knows better...
tapi, ada segelintir manusia yang bertindak seolah dia tahu segalanya... sebab bagi dirinya, mungkin hidup dialah yang paling sempurna
Jadi, orang sebegitu akan mempersoalkan hidup orang lain...
mengapa? kenapa? ... awat? :)
Terima Kasih cikgu Norsha
entry yang tepat...
Fida,
segala cabaran utk matangkan kita
segala ujian utk tingkatkan darjat kita di sisinya...
Penchenta;
betul, kerana Allah tahu apa yg terbaik buat kita...
Wanita Bertudung Hijau,
takpe....akan tiba masa, mereka akan faham juga
Naeblog,
mungkin sbb mereka tidak melaluinya...mereka lupa setiap dr kita, jalan hidupnya berbeza...
Fida,
segala cabaran utk matangkan kita
segala ujian utk tingkatkan darjat kita di sisinya...
Penchenta;
betul, kerana Allah tahu apa yg terbaik buat kita...
Wanita Bertudung Hijau,
takpe....akan tiba masa, mereka akan faham juga
Naeblog,
mungkin sbb mereka tidak melaluinya...mereka lupa setiap dr kita, jalan hidupnya berbeza...
Alhamdulillah...Allah beri tarbiah penuh dlm 3 hari ni...sy jumpa ramai rakan yg sama 'subjek ujian'~ 'soalan' diaorg lg susah~ i'm not alone---
salam persahabatan...
apalah sangat redha manusia carilah redha Allah ianya lebih bermakna...
ada orang kata, jadi bujang, susah..
ada orang kata, dah kawin pun susah..
ada orang kata, memutuskan perkahwinan, pun susah..
nampaknya hidup penuh kesusahan yg perlu dihadapi dengan baik...
bersusah2 di dunia, bersenang2 di syurga.. (",)
Kelebihan istighfar..
- Allah tambahkan anak-anak
- Tambahkan harta
- Suburkan pertanian
Amal.. Amal.. :)
Cs,
hidup ini mmg penuh dgn ujian, hadapi saja dgn tabah....
atie,
salam persahabatan juga,
ya...sesungguhnya redha Allah itulh yg lebih utama...
fuad,
aduhai....bujang susah, kawin pun susah, ish, tk kan nak tunang je smpi bila2
mhafiz_ydin,
InsyaAllah, InsyaAllah....
tq, wah byk ilmu ni...
Allah nk tingkat darjat tu...
APK,
Ya benar, setiap ujian dan cabaran utk tingkatkn darjat insan....
warna warni hidup... ada yang Allah beri harta menimbun... tapi tiada anak... ada yang tiada harta, anak pulak yang banyak...
tapi kan... fitrah manusia, ada anak pun di tanya bila nak tambah... yang takda anak lagi lah mahu di tanya bila nak ada anak... takkan merancang kot... huhu manusia kan... (^__^) ~
Salam cikgu.
kat entry pasal radiasi saya pun ada bgtau.
lecturer saya dekan,
isteri lak timb naib canselor,
tapi anak xdak.
tahulah Allah dalam memberi.
he knows better than us
menusuk hati;
InsyaAllah....nanti dapatlh tu bagai dihajat
manje,
tu lah namanya manusia.....suka bertanya....
Izmer,
sebab itu kita redha saja dgn ujianNya....
Post a Comment