Saturday, September 10, 2011

Budak baik....

Saya sebenarnya sukar mahu menjemput sesiapa jua dtg ke rumah  kecuali
saudara mara, teman-teman rapat dan jiran tetangga. Tapi entah mengapa,
dengan yang seorang ini, saya mudah saja nak ajak dia dtg ke rumah ketika
pertama kali saya tahu dia ada di daerah tempat tinggal kami walaupun
hakikatnya saya belum pernah melihatnya. Bukan senang sebenarnya untuk
saya pujuk en suami  beri persetujuan. Katanya ;

" Percaya sangatlah manusia dlm internet tu, entah sapa-sapa....."

Terdiam juga saya, tapi instinct saya kuat mengatakan dia bukan jenis manusia
seperti yang disebut en suami itu. Sebab ? ooo....sebab saya tengok  blognya
tulis benda2 yg baik walaupun kadangkala bahasanya sedikit kasar. Yelah, orang
muda, jiwa muda, darah muda maka tak heranlah bahasanyapun bahasa orang
muda.  Tapi saya tak putus asa. Saya pujuk lagi en suami agar bersetuju dgn
cadangan saya untuk menjemput dia makan malam di rumah kami. Anak-anak
pula menyampuk ;

"Ummi....jangan mudah percaya pada orang yg kita tak kenali...." Kata anak
sulong saya.

"Aahlah.....sekarang banyak jenayah siber ...." anak kedua saya pula menambah.

"betullah....tak payah, tak payah......" sokong anak ketiga saya.

Ish, dah bersekongkol pulak mereka. Nampaknya berkecailah harapan saya
(bagaimanapun saya tak nafikan kebenaran kata-kata mereka itu ), takpe, takpe
cuba lagi hari lain. Pujuk punya pujuk, akhirnya dia setuju cadangan saya
(agaknya dia bosan dengan pujukan saya). Akhirnya, dia benarkan saya jemput
pemuda itu datang makan malam di rumah kami. Tercapailah hajat saya.
Sebenarnya, pemuda itu hanya makan malam dengan suami dan anak2 lelaki
saya saja di ruang tamu , sementara saya dan saudara perempuannya makan
di dapur. Pemuda itu tak bercakap pun dgn saya. Lepas makan,  dia pulang dan
en suami beritahu saya;

" baik budaknya....."

"kan betul gerakhati saya"  kata saya  tersenyum (bangga lah tu...tak baiknya)

********

Saya fikir itu kali pertama dan terakhir, dia akan jadi tetamu kami tapi tak sangka
dia sudi datang lagi ke rumah kami malam tadi. Kali ini, en suami dan anak2
saya tidak membantah. Nampaknya , mereka sudah mesra, rancak betul berbual
sambil ketawa-ketawa walaupun sebenarnya jarak usia mereka jauh berbeza. En
Suami saya sudah 40an (tak tahulah nak kata tua ke muda sbb di mata dan dihati
saya, en suami sentiasa muda....mesti dia bangga habis kalau dia baca ini.. hihihi)
Wah, en suamipun dah mula sukakan dia.....err, maksudnya sukakan akhlaknya...

lepas dia pulang, saya pun bisik kat en suami; " nasib baiklah kita takde anak
pompuan besor, kalau tidak mahunya saya pinang dia jadi menantu" hahaha......
....gurau saja, gurau saja , don't take seriously......(dia sudah ada pilihan hati)

kalaulah budak baik tu baca entri ini, saya nak tanya dia, apa ilmu dia pakai
sampai semua orang suka padanya........

(lain kali kalau dia dtg lagi, saya nak suruh dia bawa keropok lekur barang
seketul dua )

moral of the story: anda tidak perlukan wajah tampan atau badan sasa untuk memikat hati
bakal  mertua. cukuplah anda punya agama + akhlak yang baik , kerjaya yg stabil dan 
pemikiran yg matang...... (eh.....jangan tanya saya sapa budak baik itu ye.....)

22 comments:

Wanita Bertudung Hijau said...

bagusnya jalinkan ukhuwah :-)

ukhti,mardhiah said...

(",)Alhamdulillah....misterinya....suka3

Bijen M. said...

Siapa budak baik tu?
Eh, tak boleh tanya pula.
Sori.
La la la la.

Btw nasi ayam tu nak targhib cecepat ke?

RuMaH TuA said...

Nak jadi budak baik jgk....
(^-^)y

CS said...

wah terima tetamu istimewa nmpaknya...

Abu Zarim Mohamad said...

pergh,,,misteri tol,,,nak tahu2,,,:p...

Afida Anuar said...

Hmmmm... adakah pemuda itu...pemuda yang 'bertunang' dengan cik P?

;)

fuad ansari said...

sungguh byk pembayang yang diberikan.. sudah agak mudah utk diagak.. sudah ada pilihan hati rupanya orang tu ye?? (",)

kak afida:
cik P tu bukan orang minyak ke?? (",)

Norsha said...

WPH,
ukhwah sesama ummah....

ukhti mardhiah,
misteri ke ? tak misterilah....:)


Bijen,
sudah gaharu cendana pula
sudah tahu bertanya pula
nasi ayam tu? ooo...sbb nak makan nasi ayam kat kenduri hang taktau bila...

Rumah tua,
boleh2, takde masalah, mmg sume org kena jadi baik...

Norsha said...

CS,
aah...tetamu dari jauh....

abu zarim,
nak tahu?.. dah ada hint kat atas tu...

Afida,
hmmm....yelah kot

Fuad,
pandai fuad ni...hahaha, moga tercapai impian budak baik itu,
kita doakan sama2...

Ismi Ijmi said...

seronok la budak baik tu namanya disebut2..

tapi budak tu mmg baik, (errr,budak ke??)

doakan saya juga dapat jadi budak baik..jemput ya budak baik ke Kubang Kerian,Ahlia Teeeet pun ada ..:-)

Abu Zarim Mohamad said...

teka teki teka tekuk,,,
sy dah tahu,,,dah xmisteri dah,,,sume dah terbongkar,,,hahahah...:)

Norsha said...

Izmer,
awakpun budak baik juga....eh, tak nak jemput kami sekali ke sana ke?


Abu Zarim,
hahaha...mmg tak rahsia sgtpun...

Ismi Ijmi said...

boleh cikgu.kalau kwn2 dtg,bole ajak tidur masjid, kalau family cikgu nak datang, saya try arrange homestay.. heh.

btw, doakan saya. kalau boleh cikgu buat entry untuk student2 final yr. pengalaman masa belajar dulu ke.

Afida Anuar said...

Fuad, eh cik P orang minyak eh? bukan kah tunang cik P, yakni budak baik itu adalah orang minyak?..

errr;)

~PENCHENTA~ said...

Kih3. Tergelak membaca ni.

Teringat waktu mula-mula mahu berjumpa dengan 'kawan internet'.
Kisahnya macam akak juga.
Cuma mak saya jenis tak mahu hampakan harapan anak2.
Alhamdulillah, semuanya lancar.
Mereka yang saya jumpa pun alhamdulillah baik, tak hampakan mak saya. :)

Untunglah siapa calon tu. Dah terbau2 nasi dagang nih. Kikiki.

Norsha said...

Izmer,
lama benor dah zaman cikgu belajor final year tu....dah tak sama kot dgn final year sekarang...la ni bdk2 lagi canggih, lagi bijak, lagi advance, lagi kedepan, lagi dan lagilah...


Fida,
Cik P tu tunang olok2 je...err, tunggu pengumuman dari empunya diri


Penchenta,
dia taknak jamu nasi dagang, katanya nak jamu nasi ayam...hahaha

Bijen M. said...

Habis semua buka cerita jumpa kawan internet.
Tak ada nilai moment to be kept langsung.
Ha ha ha!
T_T

Nak cerita jugaklah.
Hari tu saya jumpa Izmer dekat Sri Petaling.
Baik orangnya.
Dia bagi kek lapis Sarawak pasal dia baru balik 40 hari dekat sana.

~PENCHENTA~ said...

Motif Bijen cakap orang, lepas tu dia pun buka cerita?

Tak ada nilai moment to be kept langsung.

mhafiz_ydin said...

Wah.. nak cari perempuan baik lak dalam tenet. Wat calon isteri.

Norsha said...

Ok,ok....stop,stop....takyah gaduh2 kat sini...org baik takde gaduh2 tau !

Norsha said...

mhafiz_ydin,
nak cari blh, kena jaga2, jgn terpedaya....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...