Wednesday, September 28, 2011

buat lelaki yang bergelar suami........

Sedikit pesan kepada lelaki samada yang sudah berkahwin, yang baru berkahwin,
yang belum berkahwin atau yang akan berkahwin :

Di saat anda melafazkan "aku terima nikahnya......", ingatlah :

~ isterimu itu perlu dikasihi, bukan dikasari
~ isterimu itu perlu disayangi, bukan disakiti
~ isterimu itu perlu dihargai, bukan dikhianati
~ isterimu itu perlu dihormati, bukan dipijak sesuka hati
~ isterimu itu perlu dilindungi, bukan dibelasah kalau tak puas hati
~ isterimu itu perlu dididik, bukan untuk ditengking herdik
~ isterimu itu perlu diingatkan tapi bukan dengan ugutan
~ isterimu itu AMANAH, bukan untuk disumpah seranah

berilah dia cinta yang ikhlas, dia akan berbakti kepadamu tanpa mohon dibalas
berilah dia kasih dan sayang, dia akan bersamamu di saat susah dan senang
berilah dia penghargaan, dia akan memberimu penghormatan
berilah dia bahagia , dia akan berusaha membuatkan kamu gembira
berilah dia hak yang sepatutnya, pasti rezekimu berganda-ganda
berilah dia DIDIKAN AGAMA, dia akan membawamu ke SYURGA

Wanita yang kamu nikahi itu..... lembut hatinya
janganlah keegoanmu menyebabkan isterimu berubah perilaku
andai kau menjaganya dengan penuh wibawa
dia akan bersamamu hingga ke hujung nyawa.....

berkahwin itu sunnah, mahligai kasih yang indah
ada waktu tergigit lidah......
mengadulah kepadaNya segala resah dan gundah
jangan jadikan isterimu tempat melepas segala masalah
diapun manusia biasa......rapuh dan lemah.......
Engkaulah penguatnya......tapi bila kau biarkan dia tanpa arah
tanpa bimbingan, tanpa didikan, yang kau tahu cuma memerintah
bagaimana dia dapat menjadi isteri yang setia?
sedang engkau terlalu ego untuk melihat ke dalam matanya
berkongsi segala duka dan lara dihatinya
akhirnya, jadilah dia isteri yang dendamnya sentiasa membara
kelak mahligaimu  bertukar menjadi neraka dunia

Duhai lelaki ibarat mentari
jadilah dikau kekasih sejati, suami mithali
tawan hatinya dengan wibawa seorang menteri
didik isterimu seikhlas hati penuh berseni
pimpin tangannya, tunjukkan jalan yg diredhai
percayalah........dia kan taat berbakti seperti bidadari..................

14 comments:

RuMaH TuA said...

Tersurat + bermakna...
(^-^)

Afida Anuar said...

Kak norsha, kena kasi bakal suami baca ni..

ps: bakal suami yang tatau sapa.. haha

nam said...

wah.. best2!!...

buat sang kekasih yg belum ada.. :D

fuad ansari said...

sayang anak tangan-tangankan..
sayang bini tinggal-tinggalkan, ye ke?? (",)

terima kasih cikgu atas perkongsian yg menyentuh jiwa ni.. barang mungkin cikgu boleh apply jawatan kaunselor rumah tangga.. (",)

CS said...

wahai para suami,,,jgn baca je,,,,sila usahakan yer,,,InsyaAllah para isteri akan tersenyum bahagia~~

s a r said...

assalamualaikum akak.

sangat menarik. hari tu pesanan biat sang isteri. ni buat bakal suami pula. terbaik! alhamdulillah.

p/s_ sangat setuju dengan kata2 CS. :D

mamawana said...

Yang indah itu hanya coretan di kanvas kehidupan.

Tebing hati selalu nan lara

Cinta Tuhan lebih abadi.. haqiqi

Sabarlah duhai isteri.

mhafiz_ydin said...

Wah.. kena baca balik sebelum kawin..

Abd Razak said...

Assalamualaikum...

Carilah keberkatan hidup dengan menjaga hubungan dengan Allah, iaitu dengan sentiasa berdoa kepada~Nya tanpa menghebohkan kekurangan pasangan nescaya engkau akan dapat kasih sayang~Nya dan kasih sayang manusia.

Pemilik Sekeping HAti said...

sangat2 berguna..nice share..

Norsha said...

rumah tua,
tersirat buat yg memahami....

Fida,
sampai masa nanti taulh sapa calonnya...

menusuk hati,
takyah beli, buat je sendiri...

nam,
nanti adalah tu.....

Norsha said...

Fuad,
kaunselor r/tangga? nak apply kat mana ye ?....btw, jadi kaunselor kat rmhpun ok dah....

CS,
sudah semestinya tersenyum.....


Sar,
Waalaikummussalam,
kalu pesan kat satu pihak saja, tak adillah pulakkan....

mamawana,
isteri mmmg kena selalu sabar....:D

Norsha said...

mhafiz_ydin,
jgn lupa baca lagi tau...

Tn Razak,
Waalaikummussalam,
terima kasih atas ingatannya. benarlah bahagia itu milikNya jua...


Saleem wahab,
moga ada manfaatnya....time kasih sbb sudi baca....

Unknown said...

Salam,apa khabar saudara/saudari,artikel yg menarik,saya jemput saudara supaya memberikan koementar/pandangan terhadap artikel yg di tulis oleh saya...harap memberikan komentar/pandangan yang tidak beremosi…hahahah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...